Memaparkan catatan dengan label hidupku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hidupku. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Jun 2013

Fall in Love, Again and Again, and Again...

Endless Love..

Bagaimana harus aku suarakan,
Nyatakan dengan bahasa puitis,
Betapa indah perasaan ini...

Yang Tuhan kurniakan,
Melalui dia...

Dia...
Sang penghulur cinta murni,
Yang buat lenaku diulit senyum,
Bangunku disapa bahagia,
Hidupku diwarnai ceria.

Ya Allah,
Besar kurniaan-Mu ini,
Terlalu besar...

Tidak setanding amalanku untuk-Mu.

Semoga dengan hadirnya dia,
Cintaku pada-Mu,
Sang Pencipta sang penghulur cinta,'
Makin tebal,
Makin utuh,
Makin kukuh.

Syukur pada-Mu,
Ya Rabbi...

Nikmat ini terlalu istimewa,
Hingga sukar untuk diungkapkan,
Walau dengan bahasa ringkas.

Ya Allah,
Kekalkan rasa cinta,
Antara aku dan dia,
Sang penghulur cinta,
Hingga kesyurga...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin

Terima kasih cinta,

Sang Penerima Cinta

15062013
03:08 am

Sabtu, 8 Disember 2012

One step closer...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Salam semua!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis blog-sendiri-tulis-sendiri-baca ini. Lepas masuk sem baru, ini adalah catitan pertama sementelah diri ini perasan busy.

Hari ini bersamaan 8/12/2012, dengan erti kata lain lagi DUA BULAN to go for the BIG DAY, insha Allah. huhu! time pass very fast. Tetiba rasa macam banyak lagi  tak settle. Seriously Rafha oiii!

So, disamping busy yang memanjang for no reason tu sempat laa buat few preparation wajib, that is Kursus Pra-Perkahwinan.

Memang banyak sangat yang dapat through out this kursus. Banyak... (next catitan insha Allah...)

 Owh.. ada cerita sadis disebalik kursus ni. At the end of kursus, kena beratur ambil sijil Yang ada dalam fikiran time tu is " aku daa boleh kawen..wink2~". Excited, sangat! (gatai ko!)

Aku adalah orang terakhir, dan sampai giliran aku meja urus setia tutup atau dengan kata lain semua sijil da dituntut kecuali for those yang ada ponteng or skip any slot. What???!

And yes!Nama hamba yang tak bersalah ni memang ada dalam list makhluk yang skip slot. Ya Allah, bila masa pulak eden ponteng kak...jangankan ponteng, tido pon tak. Khusyuk kot (da namanya excited nak kawen~)

Almost menangis, sebab the day after da nak balik kampung. Mana sempat nak pegi tuntut kat Pusat Islam. waaaaa! DOWN!

Dengan penuh harapan wat muka paling suci pegi jugak minta dengan urus setia. My friends dah membebel-bebel sebab tak puas hati. Dan bersaksikan kawan-kawan, Alhamdulillah. Dapat jugak my sijil!

*syukur, Allah mudahkan urusan kami.

And here it comes~~~
Balik kampung dengan senang hati. Dan bermula laa urusan menyetelkan urusan seri paduka baginda.

Senarai semak terbaru adalah berikut:

  • Kursus pra-perkahwinan - checked!
  • Surat kebenaran JPA - checked!
  • Ujian darah (HIV) - checked!
  • Tempah pelamin + makeup + photographer + baju - checked!
  • Tempah kad jemputan -checked!
  • Goodies for guests - checked!
  • Gubahan hantaran - checked!


Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan kami menuju gerbang cinta halal, aamiin.

Ok..banyak lagi to come.

Jzkk~

n/k: Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik
      (Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU)

Selasa, 31 Julai 2012

Cerita Pakcik Teksi


Assalamualaikum…

Sekadar berkongsi kisah hidup dan pendapat yang Insyaallah dari hati bukan nafsu semata.

19 Julai 2012, disebabkan Encik Tunang tak dapat jemput balik  keje, maka aku dengan Hakim terpaksa cari jalan sendiri nak balik. At first kami rancang nak balik dengan bas, tapi kebetulan cuti awal Ramadhan maka kami naik teksi.

Seberang jalan terus dapat teksi. Lega.

Dalam kereta tu hanya ada seorang je penumpang. Makcik usia dalam 40-an dengan barang-barang borong dia yang jelasnya kain dan tudung. Dan sangat banyak.

Bila teksi gerak, aku terkesima.

Pakcik tu bawak 40 km/jam dari KB sampai Machang.
Ya Allah, sabar jela.

On the way, ada sorang pakcik naik teksi. Bayangkan barang-barang makcik tu dah almost half tempat duduk, aku terhimpit kat tengah-tengah ni dah nak jadi ikan sardine. Sikit je lagi. Serius!

Makcik tu lak asyik laa dok gerak-gerak yang memaksa aku yang kat tengah-tengah ni berhimpit dengan pakcik 2.

DAN YANG PALING AKU NAK MARAH RASA NAK MAKI PAKCIK SEBELAH BILA DIA KEEP MASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR BELAH KANAN ATAU DENGAN KATA LAIN BELAH AKU DUDUK! 

PAKCIK, TANGAN TU DOK DIAM KANG ADA NAK KENA IKAT KAT  TAYAR KERETA KANG!

DAH TAHU TEMPAT SEMPIT, RAPAT-RAPAT, TOK SAH DOK NGADA NAK MASUK TANGAN BAGAI! AKU RASA NAK JERIT KAT SITU GAK. WALAUPUN LUARANNYA TAK NAMPAK GESEL-GESEL KAT AKU TAPI HAKIKATNYA TETAP SAMA, RABA!
AKU MEMANG PANTANG LAAAAAAAA!!!

Dan sampai Ketereh PAKCIK tu turun. Lega sangat-sangat.

Dan masih, pakcik driver teksi still bawak 40 km/jam


*ambil gambar sisi pakcik tu untuk menjaga maruah beliau. Gtew~

Pakcik tu dah nampak agak uzur sebenarnya. Bawak perlahan tu dah satu hal. Ada ketika sampai nak hit belakang kereta depan. Cuak tak yah dok cita. Kena hon dek kete belakang sebab pakcik suka tukar line.

Again, sabor jela.

Naik teksi pukul 3.45 pm and still sampai Machang around 5.15 pm..hurm


*ini muka kesian aku.
(kesian ke??)

p/s:
1. kepada PAKCIK suka-masuk-tangan-dalam-poket seluar semoga ada hidayah untuk PAKCIK dan sedar.
2. kepada pihak yang berkenaan, mungkin lepas ni buat limit umur untuk driver teksi. Bukan la demand nak driver muda, tapi untuk keselamatan bersama. Untuk pakcik driver tu, untuk aku sebagai penumpang. Mungkin kena letak criteria tertentu untuk terus drive teksi. SERIUS!

+hidup kena sabor....+

Rabu, 11 Julai 2012

Internship: part 2

The next day juga hari yang sangat kalut lagi menguji keimanan.

Lebih kurang pukul 6.30 a.m. aku and mama gerak dari rumah. Ma g keje kat Jeli and singgah hantar aku kat hentian bas Tanah Merah.

Jam 7.30 a.m., bas nombor 24 sampai. Bas Tanah Merah-Pasir Mas-Kota Bharu.

Aku pon confident naik nak bayar tambang. Sekali pakcik tu cakap dia tak lalu area Tunjung

WHAT???!

Dekat sejam aku tunggu bas tu,sekali pelamin anganku musnah. +_+

Dengan penuh redha aku naik teksi dengan tambang RM36 yang aku boleh buat makan plus tambang bas for one week.

Terima kasih pakcik teksi walaupun saya akhirnya sampai hampir jam 8.30 pagi.

Terus buat kad kedatangan.

Yay! Da ley start punch card. I'm working person now!

Dan lapor diri kat Unit Penyiasatan Kebakaran.





Pemandangan dari aras unit kami...
Its sawah padi okeyh~



And ini adalah buku yang kami dengan gigihnya akan baca bila takde keje nak buat selain daripada main SUDOKU!

-bersambung....~


Internship:part 1


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, sudah memasuki minggu kedua latihan industry. So going to update what had happened during whole first week.

Nervous. How I’m going to face new phase of my life. Working!

Start with the first day or well-known as HARI LAPOR DIRI. And dengan semangat untuk start keje, pukul 7.30 pagi gerak dari rumah together with mama and bawak selaju mungkin dengan harapan akan sampai before 8 a.m. walhal umah ke tempat keje ambil masa one hour and half!

8.30 a.m. sampai ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.


And first thing yang aku fikir bila sampai depan bangunan tu adalah, why this place is so0o sunyi without people and vehicles.




And this is my mom yang setia tunggu till late morning.
Thanks mama~



Once my friend, Hakim sampai kami naik ke tingkat 2. Tapi hanya ada dua kakitangan. Seriously??!

Rupanya jabatan ada majlis APC  kat hotel. Sebab tu jadi padang jarak that day.

Kami tunggu pegawai bahagian pengurusan until 2p.m and still xmuncul. Bila one of staff asked us to back home first and come again the next day aku rasa macam nak gigit-gigit jew!

Why?

Sebab rumah aku bukan kat sebelah ofis tu!


It is me yang sudah muka penat tunggu whole day for nothing.

Pengalaman laaaa~

About 2.30 pm baru pegawai tu sampai and lapor diri. And still tak dapat lapor diri kat unit penyiasatan kebakaran, sume orang busy dengan program derma darah.

Ok, dimaafkan~

Then about 3.15 pm, Encik Wan hantar kami ke stesen bas.

Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku naik bas Kota Bharu-Kuala Krai (bas nombor 5).

Yoho00!

Aku pulang dengan harapan 2nd day will be better.

Aamiin~

Ahad, 24 Jun 2012

kahwin

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, pagi Isnin yang redup and aku rasa tenang.

owh..masa memang cepat  berlalu. Sangat...

Another 7 months to go, for the BIG DAY. Ya Allah, bila kenang 'benda' ni, aku jadi nervous. So many things to settle up and prepare. Physically, mentally and 'money'ly..

Semoga dipermudahkan.

Disebalik ke'nervous'an dan kebimbangan untuk new status and life tu, ada few friends and juniors bagi macam-macam responds.

      "Ya Allah, yeke tiqa?Alhamdulillah...bestnya. Nak kawen jugak".

hehe! Ini my friend nye respond. Comey jew. Jom kawen ramai-ramai.

      "Kak tiqa nape 'gatai' sangat nak kawen sebelum abes belajar?"

*bunyi cengkerik lamaaa

Then aku senyum.

      "Tiqa bulan bape majlis nye?"

aku: "InsyaAllah bulan 2. Yang rancang".

     "Cepatnya????"


*bunyi cengkerik lamaaa


Then aku senyum.

Respon ni yang agak banyak aku terima. huhu!
Aku tak marah atau terasa pun bila diorang cakap macam tu sebab kita masing-masing ada pendapat yang berbeza. And macam aku jugak, before this aku pun akan cakap gitu.

Perancangan besar ni memang agak drastik. Bulan sepuluh 2011 kami suarakan hasrat nak ikat tali pertunangan kat family, bulan Januari 2012  kamu bertunang. And time majlis peminangan takde tetapkan tarikh majlis akan berlangsung. dua-dua pihak tunggu keputusan kami berdua. Bila ready let the elders know. And kami pun tak jangka it will so soon macam ni.

Actually, bila da ikat tunang ni macam-macam dugaan datang. Dari kami sendiri and dari orang lain kepada kami. Dan tempoh bertunang makin lama, makin banyak cabaran.

Kalau nak listkan sebab kenapa kami just ikat setahun, banyak sangat. Tak perlu mention, orang kata 'klise' lak..

Biar kita jew paham what and why. kan? (^___^)

      "Owh..patut la dah start pakai stokin. Sebab bertunang dah."

*bunyi cengkerik lamaaa

Then aku senyum.

Ya Rabbi cinta, tak perlu sebab untuk something good and better. For Allah S.W.T.

Semoga benda baik ni jadi penguat buat kami untuk jadi hamba Allah yang lebih baik. Just do'a yang terbaik.

Insyaallah. Jazakallahu khairun.

wallahua'llam

Jumaat, 22 Jun 2012

pernah tak..

Pernah tak korang jalan laju-laju nak gi somewhere tiba-tiba korang nampak sekor siput sedut jalan sangat perlahan korang rasa nak tanya beliau nak gi mana so that korang boleh tolong beliau supaya cepat sampai and tak jadi mangsa pijakan kaki-kaki rakus lagi laju macam kaki korang???

Pernah tak korang solat Subuh dihening pagi kemudian tadah tangan dengan tawaduk berdo'a korang rasa berdosa sepanjang korang hidup sampai langsung takde kebaikan yang mampu padamkan dosa-dosa u???

Pernah tak korang gi kafe pastu order makanan ikut nafsu atau ikut orang atau sebab gatai nak makan walau tak lapar kemudian korang makan ala kadar atau tak habis korang rasa bersalah teringat budak-budak kat Somalia berlapar tak makan sebab takde makanan???

Pernah tak korang rasa korang laaaaa manusia paling malang ditimpa pelbagai ujian dan dugaan hidup kemudian kita mengeluh dan berkata Tuhan tak adil sebab kita yang kena tanggung padahal orang lain kena uji berlipat ribu kali juta kali ganda ujian tapi langsung tak mengeluh????

Pernah tak???

Kalau kita dah pakai cantik-cantik, hensem-hensem kita tengok cermin, dalam hidup pun kita kena tengok 'cermin' yang jauh lebih besar dari cermin biasa iaitu MUHASABAH DIRI.

Kelakuan, kebaikan, keburukan, kejahatan, kenakalan dan ke pape pon kita pernah buat kita kena 'cermin' balik.

Ini ditulis untuk peringatan semua especially diri aku sendiri.

Jazakallahu khairun~

Khamis, 3 Mei 2012

Redang 2012


Sambungan episod lepas...

MECAR' 12 stand for 'Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang 2012' anjuran Sekretariat Rakan Muda UKM.







  

Penuh excited selamat sampai setelah lebih kurang 45 minit perjalanan dengan bot.
Alhamdulillah


Owh...ni my 1st picture berjaya ambek oleh seniorku.


Pagi tu agak ramai pengunjung dan pelancong yang datang untuk aktiviti air especially snorkeling and scuba diving.
Gambar kat atas tu jeti kecik, sebab main jeti memang crowded. 


Tengahari yang panas tapi nyaman. 


Ini group members saya yang sporting abes.
Me, Din, Amir, Paeh, K'izni, K'syerah, Wani and Marina.


Pulau kecik tu menggamit aku untuk snap picture.
Cantik


Haaa...ni la main jeti yang aku maksudkan. Time ni xde orang pon.
Bestnya dapat wat wedding photoshoot kat cni.
Romantik jew scenery nye..
(stop ur angan-angan plz!)



Snorkeling time and its awesome!
N also, time ni tak ramai lagi orang, seriously~


Pandangan jeti dari belah kanan.


Anak penyu. Three of them are our "adopted child". 
And one of them we named as Agar-agar
(how i miss u.....)
Teringat timenak lepaskan AA, aku almost cry sebab kena berpisah and i did kissed it and said
"my dear...do be strong,survive. I'll pray we'll meet again in future. I really hope so"
And si kecil tu aku lepaskan dengan berat hati.
Orang JTLM ada bagitahu yang anak penyu susah nak survive sebab ada ikan jerung and kena kipas enjin bot (pukul bot!). Dalam seribu pon susah nak jumpa yang akan survive till adult.
Sebab tu aku lagi sedih! =.=


Yang ni pulak, penyu yang remaja. Umur baru setahun. 
DOB: 4 April 2011
Owh..penyu akan dikira matang ketika apabila mencapai usia 25-30 (lebih kurang laaa~).



Aku try snap gambar bulan mengambang, tapi not really clear.
Time ni aku tidur kat tempat lepaskan anak penyu.
Mode jiwang


The next day, in the morning...
Gotong royong bersih pantai.


Rain is coming.


Nampak hujan dari pulau berdekatan.


Enjoy the scenery and really appreciate, Alhamdulillah coz Allah did give me the chance to see and feel His great ciptaan.
Subhanallah

And its raining of barakah

wallahua'llam.

Khamis, 8 Mac 2012

baik dan tudung part 2

assalamualaikum..


Malam tu kebetulan seluruh UKM Bangi and kawasan sekitar black-out. So,my friends ajak makan kat luar. Kami makan kat satu kedai ikan bakar yang agak femes on the way ke Putrajaya.


And malam tu sebenarnya kami ada tetamu, adik-adik dari UNITI Port Dickson merangkap kawan-kawan cousin one of my fren. Kesian sebab diorang lapar and tibe-tibe black-out.


Da bagi order sume, aku and kawan aku terpandang sepasang suami isteri yang duduk kat meja sebelah kami. SUAMI ISTERI. Aku yakin sebab aku yakin,insyaAllah. Kami jadi tertarik sebab once makanan yang diorang order sampai, terus suami baca do'a makan sambil si isteri aminkan. SWEET~~


Actually, secara jujurnya aku pandang both of them macam orang lain gak. Si suami nampak stylo and si isteri free-hair. Yang aku respect sebab sekurang-kurangnya diorang baca doa sebelum makan.


Sebenarnya fokus aku pada si isteri yang free-hair a.k.a tak bertudung tu. Ini bukan entry nak hina or jatuhkan maruah orang k. Walaupun dia tak pakai tudung tapi dia pon tahu baca doa sebelum makan. Nabi S.A.W sendiri baca walaupun 'bismillah' sebelum makan. And walau tak semua tapi aku yakin sangat ada dikalangan yang BERTUDUNG tak baca do'a sebelum makan. ye dok??!


Kesimpulannya, aku yakin tak semestinya bertudung kita baik, dan tak semestinya tak bertudung tu jahat. Tapi pakai tudung tu tetap wajib sebab mendedahkan aurat tu DOSA!




"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah
melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." 

-Imam Hassan Al-Basri-



wallahua'llam~

Jumaat, 24 Februari 2012

baik dan tudung

assalamua'laikum...

mula-mula aku nak akui yang aku tulis entry ni bukan untuk tunjuk aku adalah orang baik. tapi sekadar berusaha supaya jadi baik dan kekal baik, IsyaAllah.

mesti pernah dengar kan orang cakap;
"walaup0n I tak pakai tudung, tapi hati I baik..."

tak pon maybe;
"ingat semua orang pakai tudung ni baik ke?"

yep! dua-dua betul. tak salah. tapi kita kena ingat jugak yang;

"....orang baik akan menunaikan segala kewajipan yang Allah dah tetapkan termasuklah menutup aurat. menutup aurat termasuklah memakai TUDUNG!."

tak gitu?

bukan lah nak cakap yang tak pakai tudung tu sume jahat. ada jew yang lagi baik dari yang pakai tudung. Maybe that person/s tak dapat hidayah lagi. so, jom kita same-same doakan semoga hidayah Allah sentiasa ada untuk kita dan orang-orang disekeliling kita, insyaAllah.

aaamiin~

wallahua'llam..

Khamis, 26 Januari 2012

kena ikat!


Alhamdulillah…
Fasa  baru dalam hidup aku bermula. Transformasi 180 degree. Kenapa bukan 360 degree? Sebab belum dapat letak gelaran ‘mam besar’ kat depan. *kidding!

Aku dah jadi tunangan orang? *sujud syukur

Aku sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada ‘suara-suara’ kurang enak kedengaran, tapi aku yakin pada ketentuan-Nya dalam solat istikharahku. InsyaAllah.   

10th November 2011. Beliau (a.k.a  tunang) amek cuti semata-mata nak habeskan masa bersama aku. even hanya datang borak-borak kat umah (ditemani along n makcik Fatimah). Time tu cuti sem break almost end. Before beliau balik aku cuba cari kekuatan untuk suarakan hasrat aku. tapi aku tak cukup kuat. aku menangis jew. Serius, aku pun tak tahu kenapa. Pelik! Beliau panic actually..and aku senyum sambil nanges (horrornyew~~) gtau akan mesej beliau nanti. After solat Zohor, aku mesej beliau. Panjang-panjang~

Aku redha andai jawapan yang bakal beliau beri adalah negative. Aku detailkan setiap hasrat aku dengan alasan. And Alhamdulillah, jawapan yang aku terima adalah sangat positif.

Malamnya aku terima lagi mesej dari beliau. Kali ni I’m totally shock! Beliau ciap bincang ngan ma beliau and gtau rombongan merisik will come in few days. Ape???

Versi mama aku bermula few days before. Aku drive kete, mama dok sebelah. Aku did gtau mama wanna say something serious. Dari pergi Bandar, sampai balik umah balik, aku tak jugak Berjaya luahkan. Malamnya sambil baring-baring bergosip, aku try lagi. Berkias-kias so that mama tak shock. And mama just gtau if betol aku serious mama akan held majlis yang serba ringkas. Stop situ for that night.

Bersambung balik after got message from him. I told mama rombongan merisik nak datang and if mama setuju cuti raya cina langsung (majlis tunang). And surprisingly, mama tak marah tapi tetapkan terus wane tema, hijau krim! Alhamdulillah~

Namun acara merisik terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terus tunang!

So, bermulalah sesi menyiapkan barang hantaran,mencari baju,barang mini pelamin and os0 sewaktu dengannya.

Balik kampus, tugas aku hanya mencari baju untuk majlis and alas pahar sementara yang lain mama and MCF yang handle.

And today, 23rd January 2012 majlis berlangsung. And I’m still shock!

Dalam majlis yang sederhana, Alhamdulillah.

“…Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Semoga Allah panjangkan jodoh kami, amin~
Wallahua’llam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Rabu, 7 Disember 2011

Menjadi solehah atau mencari soleh?


Assalamualaikum semua…

Baru-baru ni aku terbaca satu statement yang membuatkan aku terkesima seketika.

“ramai yang tersalah memasang niat untuk berubah. kadang kala kita berubah menjadi solehah/soleh bukan kerana Allah S.W.T. tapi untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah. Padahal Dia yang lebih layak untuk kita dambakan.

Ingat, semuanya kerana Allah…”

Tak salah untuk mencari yang terbaik untuk diri tapi nawaitu yang asal kena betul. Berubah lillahi taala dengan harapan Allah temukan dengan insan yang baik untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih solehah/soleh. Itu baru betul.

Kebetulan my friend mengalami nasib yang lebih kurang. So, tibe-tibe aku terpikir..
Aku salah sorang ke?

Ya Allah..aku rasa aku jahil. Kerdilnya aku.

Dan lagi satu. Bila kita berubah kerana nak dapatkan suami imam muda bapak mertua tok lebai, kadangkala kita kurang istiqamah.

Kerana?

Bila kita sentiasa berharap pada yang akan mati maka sampai masa kita kecewa kerana yang diharap tak mendatang yang dirancang tak menjadi. Padahal yang tak kan mati (Allah ta’ala) sentiasa mahukan hambanya berharap pada-Nya.

So, bila sampai kita kecewa kita akan stop dari ‘berubah’. Maybe tak semua. Tapi still ada.

Berubah perlukan istiqamah.

Maaf andai kata-kata aku agak tidak sopan atau mungkin kurang ‘educated’. Still belajar dari semua benda.

Wallahua’llam…

Jumaat, 25 November 2011

bila sedih...


Assalamualaikumwarahmatullah…
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas.
Baru few second my BFF datang and did cry for something that just comes up.  Keep told me yang dia sedih. And aku turut merasai sedihnya.

Sebab?

Aku kan kawan dia..bak kata orang purba dulu kala, cubit paha  kanan ayam paha kiri terasa sedap juga. Tol la kan??

Ok.. sebenarnya aku ni jenis yang tak reti nak bagi nasihat kat orang yang tengah sedih. Takut nanti apa yang kata tak kena tempat or maybe disalah tafsir buat orang makin sedih. Ada la cikit-cikit ayat dak sekolah aku bagi, tapi biasanya doesn’t work. =,=

Teringat balik kenangan dulu-dulu. Not that dulu2 sangat. Last year kalo tak silap aku. My mom rasa hidup dia kosong sangat, sedih, tertekan. Because of a bad person. Sebagai anak perempuan sulung, almost everything mama akan share ngan aku.

So disebabkan aku adalah seperti yang aku tulis kat atas, aku beli buku La Tahzan (jangan bersedih). Aku beli yang kecik2,ada tiga volume. Even aku pon tak habes baca tapi aku bagi kat mama aku. Every day mama did bring it to her office. And bila ada masa luang, mama baca. Alhamdulillah, the result is POSITIVE!

Mama no longer bersedih because of that person.

Ya Allah, bersyukur sangat.

Haaaa…tapi bukan sebab buku tu. Sebab Allah S.W.T. buku tu jadi panduan dan sebagai ingatan. Kita kan manusia yang lemah, perlu sentiasa diingat dan mengingati.

Saat engkau gagal dalam menggapai mimpimu, Yakinlah bahwa ALLAH sedang menguji keistiqamahanmu agar tetap berjuang.
Saat engkau merasa tersakiti, Yakinlah bahwa ALLAH sedang mengujimu untuk bisa memaafkan.
Saat engkau merasa jiwamu hampa.. sepi dan sendiri.. Yakinlah bahwa AlLLAH akan selalu ada untukmu.. selalu menemanimu.

so...bila sedih ingatla, Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah~ ^__^

Rabu, 26 Oktober 2011

love

Cinta..
Kali ni aku nak share pasal kisah cinta..gtew~
Macam-macam kita dengar sal suka duka bercinta. Tapi aku honestly not expert at all bab-bab cinta. So, aku nak kongsi permulaan cinta dalam erti kata lain sesi ngorat mengorat..
bila seorang lelaki berkata "awak terlalu sempurna/baik untuk saya", itu bermakna beliau sedang menolak kamo.bukan kerana kamo sempurna @ baik tapi nak gtau yg kamo xsesuai ngan beliau
Pernah dengar tak ayat macam nie bila berkenalan dengan mana-mana lelaki? Sebenarnya banyak jenis (yeke ke orang panggil jenis ek?) perkenalan. Ada yang secara tak sengaja, sengaja, tak patut and so on. Tapi bila part nak ‘tamat’kan perkenalan tue seorang lelaki atau perempuan akan guna ayat di atas dengan harapan orang yang di reject tak kecewa sangat or frust menonggeng. Betol x?
Aku sendiri pernah dihadiahkan ayat ‘indah’ seperti di atas. Dan aku tak pernah salahkan lelaki itu malah berterima kasih sebab bagi idea aku nak tulis entry baru untuk blog aku. Hehe! Thanks bro…(^_^)
The best part is beliau rujuk makwe lama beliau and aku sangat happy for both of them. Cuma aku tak ley terima ayat beliau time tue.
“…saya harap faham yang saya dah berpunye dan saya sayang dia.”
Aku agak terkilan sebab aku ikhlas berkawan dengan beliau. Tanpa ada unsur-unsur lain, aku control pergaulan and ayat time berchatting. Kenape perlu beliau menggunakan ayat seperti diatas??? Tibaaaa jah!
Bukan aku nak kata beliau telah terperasan tapi kind of it. Bila beliau mesej gitau aku sal makwe dia, sikit pon aku tak sedih. Hmmm…pelik-pelik..
Sebenarnya rasa terkilan yang wat aku gigih menaip nie..
To encik PE..hope awak happy ngan pilihan awak..
Wassalam
RA: bila manusia diberi hak untuk bersuara

ampunkan aku~

Dalam hening subuh sunyi
Tika khusyuk dalam sujudku
Manik-manik jernih keinsafan
Deras membasahi pipiku
Betapa aku dambakan keampunan
Dari Pencipta-ku Yang Esa

Lama…
Aku menatap setiap liku noda
Yang dulu aku agungkan
Setiap kealpaan yang suatu ketika
Jadi peneman hidup lara

Ya Allah…
Hinanya aku…
Jahilnya aku…
Jauh sudah aku tinggalkan Mu
Terasa jijik pada diriku

Ya Rabbi…
Aku pohon petunjuk dari-Mu
Bimbinglah aku dari dunia yang kelam
Sinarilah perjalananku kepada-Mu
Dengan cahaya hidayah
Aku takut…
Terlalu takut…
Ampuni aku…
Terimalah taubatku…
Amin Ya Rabbala’lamin…
10/10/2011
2011

RA: hamba yang kerdil lagi hina~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...