Assalamualaikum semua…
Baru-baru ni aku
terbaca satu statement yang membuatkan aku terkesima seketika.
“ramai yang tersalah
memasang niat untuk berubah. kadang kala kita berubah menjadi solehah/soleh
bukan kerana Allah S.W.T. tapi untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah. Padahal
Dia yang lebih layak untuk kita dambakan.
Ingat, semuanya
kerana Allah…”
Tak salah untuk
mencari yang terbaik untuk diri tapi nawaitu yang asal kena betul. Berubah lillahi
taala dengan harapan Allah temukan dengan insan yang baik untuk menjadikan kita
lebih baik dan lebih solehah/soleh. Itu baru betul.
Kebetulan my friend
mengalami nasib yang lebih kurang. So, tibe-tibe aku terpikir..
Aku salah sorang ke?
Ya Allah..aku rasa
aku jahil. Kerdilnya aku.
Dan lagi satu. Bila kita
berubah kerana nak dapatkan suami imam muda bapak mertua tok lebai, kadangkala
kita kurang istiqamah.
Kerana?
Bila kita sentiasa
berharap pada yang akan mati maka sampai masa kita kecewa kerana yang diharap
tak mendatang yang dirancang tak menjadi. Padahal yang tak kan mati (Allah ta’ala)
sentiasa mahukan hambanya berharap pada-Nya.
So, bila sampai kita
kecewa kita akan stop dari ‘berubah’. Maybe tak semua. Tapi still ada.
Berubah perlukan
istiqamah.
Maaf andai kata-kata
aku agak tidak sopan atau mungkin kurang ‘educated’. Still belajar dari semua
benda.
Wallahua’llam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan