Assalamualaikum…
Sekadar berkongsi kisah
hidup dan pendapat yang Insyaallah dari hati bukan nafsu semata.
19 Julai 2012,
disebabkan Encik Tunang tak dapat jemput balik
keje, maka aku dengan Hakim terpaksa cari jalan sendiri nak balik. At
first kami rancang nak balik dengan bas, tapi kebetulan cuti awal Ramadhan maka
kami naik teksi.
Seberang jalan terus
dapat teksi. Lega.
Dalam kereta tu hanya
ada seorang je penumpang. Makcik usia dalam 40-an dengan barang-barang borong
dia yang jelasnya kain dan tudung. Dan sangat banyak.
Bila teksi gerak, aku
terkesima.
Pakcik tu bawak 40 km/jam dari KB sampai Machang.
Ya Allah, sabar jela.
On the way, ada sorang
pakcik naik teksi. Bayangkan barang-barang makcik tu dah almost half tempat
duduk, aku terhimpit kat tengah-tengah ni dah nak jadi ikan sardine. Sikit je
lagi. Serius!
Makcik tu lak asyik laa
dok gerak-gerak yang memaksa aku yang kat tengah-tengah ni berhimpit dengan
pakcik 2.
DAN YANG
PALING AKU NAK MARAH RASA NAK MAKI PAKCIK SEBELAH BILA DIA KEEP MASUKKAN TANGAN
DALAM POKET SELUAR BELAH KANAN ATAU DENGAN KATA LAIN BELAH AKU DUDUK!
PAKCIK,
TANGAN TU DOK DIAM KANG ADA NAK KENA IKAT KAT
TAYAR KERETA KANG!
DAH TAHU
TEMPAT SEMPIT, RAPAT-RAPAT, TOK SAH DOK NGADA NAK MASUK TANGAN BAGAI! AKU RASA
NAK JERIT KAT SITU GAK. WALAUPUN LUARANNYA TAK NAMPAK GESEL-GESEL KAT AKU TAPI
HAKIKATNYA TETAP SAMA, RABA!
AKU MEMANG
PANTANG LAAAAAAAA!!!
Dan sampai Ketereh
PAKCIK tu turun. Lega sangat-sangat.
Dan masih, pakcik
driver teksi still bawak 40 km/jam…
*ambil gambar sisi
pakcik tu untuk menjaga maruah beliau. Gtew~
Pakcik tu dah nampak
agak uzur sebenarnya. Bawak perlahan tu dah satu hal. Ada ketika sampai nak hit
belakang kereta depan. Cuak tak yah dok cita. Kena hon dek kete belakang sebab
pakcik suka tukar line.
Again, sabor jela.
Naik teksi pukul 3.45
pm and still sampai Machang around 5.15 pm..hurm
*ini muka kesian aku.
(kesian ke??)
p/s:
1. kepada PAKCIK
suka-masuk-tangan-dalam-poket seluar semoga ada hidayah untuk PAKCIK dan sedar.
2. kepada pihak yang
berkenaan, mungkin lepas ni buat limit umur untuk driver teksi. Bukan la demand
nak driver muda, tapi untuk keselamatan bersama. Untuk pakcik driver tu, untuk
aku sebagai penumpang. Mungkin kena letak criteria tertentu untuk terus drive
teksi. SERIUS!
+hidup kena sabor....+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan