Selasa, 31 Julai 2012

Internship: kes 3



Kes: Kebakaran bilik pejabat sekolah (Sekolah Agama)
Lokasi: Pasir Tumboh, Kelantan
Anggaran waktu kejadian: 3.00-4.00 pagi

Kes kali ini agak mencabar. Salah satu sebabnya adalah ia kes yang agak berat and second thing is, aku tak sempat lagi study tajuk electrical fire. So basically, basic je aku tahu.

Once sampai, semua mata dak sekolah tengok. Nervous kot. Aku and Hakim dah macam wartawan nak pegi buat liputan kat tempat kejadian.


*jari tu tunjuk kedudukan ofis yang terbakar


Naik ke tingkat atas bangunan. And this is what we saw.


Full picture of fire origin

Sambil pegawai penyiasat ambil gambar dan teliti tempat punca kebakaran, kami pun sibukkan diri bertanya. Bukan senang nak belajar sambil tengok contoh yang real.orang cakap lagi senang lekat.


Encik Wan Azmi actually did explain about how to investigate fire scene.
*ada interruption luar 


Dan critical thinking is very important.


 Encik Zul sedang menguji tahap 'critical thinking'.

Time pegawai penyiasat bagi penerangan kat pengetua dan cikgu2 adalah part paling menguji tahap kesabaran. Mana taknye, diorang awal2 cakap ada orang bakar ofis. Sebab ada kesan geledah. 


Bilik guru yang kena geledah, sebelah ofis yang terbakar

Bila pegawai bagitahu yang kebakaran berkait ngan overload arus elektrik, diorang keep cakap ada orang yang nak buat dajal.

*reminder: part paling menguji kesabaran.

Time aku dok belek2 amplifier box,ada sorang cikgu perempuan (a.k.a ustazah) tanya:

“dia bakar kat mana?”

So, untuk bertindak professional, aku terangkan setakat aku mampu.
(kalau salah fakta,mati laaa!)

“terbakar ni bukan sebab ada orang bakar, tapi sebab overload arus elektrik. Maybe terlebih voltan atau ada alatan elektrik yang rosak.”

And aku tak mampu nak terangkan panjang lebar sebab, muka diorang dah berubah.

Pelik kot.

Hmm..
*reminder: part paling menguji kesabaran.

Kalau ikutkan salah, dari main fuse sampai laa ke plug sambungan dalam ofis, semua tak mengikut piawaian yang sepatutnya.


*belah kiri is fuse yang disambung tak ikut piawaian and kanan yang sepatutnya.

Fuse bersambung, so takde kawalan voltan elektrik untuk mengalir ke seluruh bangunan sekolah, plug dalam ofis tak semua off, alatan pon sama. Soket tak cabut. Banyak kecuaian sebenarnya.

And untuk tanggapan diorang yang ada orang nak buat dajal, aku yakin setakat ni tak ramai manusia yang berani nak pertaruhkan nyawa sendiri untuk pergi bakar wayar elektrik semata-mata nak bakar ofis sekolah.
Maybe kalau orang tu cerdik, baik bakar je bahagian dokumen, lagi senang. (owhhh..bukan bagi cadangan ni!)

Apa yang pasti, memang dah terbakor semuanya!


*beza pada bingkai tingkap


*iklan!
sape kata aku tak happy praktikal!


*mangsa yang terkorban~
Case masih dalam siasatan.

sekian~

Cerita Pakcik Teksi


Assalamualaikum…

Sekadar berkongsi kisah hidup dan pendapat yang Insyaallah dari hati bukan nafsu semata.

19 Julai 2012, disebabkan Encik Tunang tak dapat jemput balik  keje, maka aku dengan Hakim terpaksa cari jalan sendiri nak balik. At first kami rancang nak balik dengan bas, tapi kebetulan cuti awal Ramadhan maka kami naik teksi.

Seberang jalan terus dapat teksi. Lega.

Dalam kereta tu hanya ada seorang je penumpang. Makcik usia dalam 40-an dengan barang-barang borong dia yang jelasnya kain dan tudung. Dan sangat banyak.

Bila teksi gerak, aku terkesima.

Pakcik tu bawak 40 km/jam dari KB sampai Machang.
Ya Allah, sabar jela.

On the way, ada sorang pakcik naik teksi. Bayangkan barang-barang makcik tu dah almost half tempat duduk, aku terhimpit kat tengah-tengah ni dah nak jadi ikan sardine. Sikit je lagi. Serius!

Makcik tu lak asyik laa dok gerak-gerak yang memaksa aku yang kat tengah-tengah ni berhimpit dengan pakcik 2.

DAN YANG PALING AKU NAK MARAH RASA NAK MAKI PAKCIK SEBELAH BILA DIA KEEP MASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR BELAH KANAN ATAU DENGAN KATA LAIN BELAH AKU DUDUK! 

PAKCIK, TANGAN TU DOK DIAM KANG ADA NAK KENA IKAT KAT  TAYAR KERETA KANG!

DAH TAHU TEMPAT SEMPIT, RAPAT-RAPAT, TOK SAH DOK NGADA NAK MASUK TANGAN BAGAI! AKU RASA NAK JERIT KAT SITU GAK. WALAUPUN LUARANNYA TAK NAMPAK GESEL-GESEL KAT AKU TAPI HAKIKATNYA TETAP SAMA, RABA!
AKU MEMANG PANTANG LAAAAAAAA!!!

Dan sampai Ketereh PAKCIK tu turun. Lega sangat-sangat.

Dan masih, pakcik driver teksi still bawak 40 km/jam


*ambil gambar sisi pakcik tu untuk menjaga maruah beliau. Gtew~

Pakcik tu dah nampak agak uzur sebenarnya. Bawak perlahan tu dah satu hal. Ada ketika sampai nak hit belakang kereta depan. Cuak tak yah dok cita. Kena hon dek kete belakang sebab pakcik suka tukar line.

Again, sabor jela.

Naik teksi pukul 3.45 pm and still sampai Machang around 5.15 pm..hurm


*ini muka kesian aku.
(kesian ke??)

p/s:
1. kepada PAKCIK suka-masuk-tangan-dalam-poket seluar semoga ada hidayah untuk PAKCIK dan sedar.
2. kepada pihak yang berkenaan, mungkin lepas ni buat limit umur untuk driver teksi. Bukan la demand nak driver muda, tapi untuk keselamatan bersama. Untuk pakcik driver tu, untuk aku sebagai penumpang. Mungkin kena letak criteria tertentu untuk terus drive teksi. SERIUS!

+hidup kena sabor....+

Sabtu, 28 Julai 2012

Internship : Kes 2

Kes: Rumah Kediaman 1 Tingkat
Lokasi: Kampung Kubang Pak Amid, Pasir Mas (*kalau silap eja harap maaf~)
Tarikh: 19 Julai 2012

1) hadapan rumah

2) ruang tamu 1

3) ruang tamu 2

4) ruang dapur

5) bilik tempat kebakaran bermula

 6) ruang tamu 3


dan ada something yang mengganggu fikiran time kami tiba kat tempat kejadian


ni betul-betul kat depan rumah yang terbakar tu and berdekatan dengan rumah jiran-jiran. sebelah tempat membakar sampah tu ada tiang letrik yang still aktif.

nak terbakar sekampung ke?

p/s: kecuaian mengundang maut..=P

Sabtu, 21 Julai 2012

Internship : kes 1


Kes pertama untuk praktikal. And it’s a real fire scene.

Kes : Kebakaran kereta (Proton Satria)
Tarikh : 4th July 2012
Tempat : Kampung Kemudi, Bachok, Kelantan

So, ini adalah few gambar yang boleh dipublish.


(a) kesan clean burn


(b) dari hadapan


(c) 


(d) wiring yang still ok


(e) kereta wife mangsa yang diparking sebelah kereta mangsa.
tapi sempat diselamatkan.


(f) mengambil sampel accelerent


(g) tagging

Dan disebabkan ini adalah kes pertama and so unexpected, i'm wearing baju kurung and girly shoes to fire scene.Maka dapat laa 'buah tangan'.

berbaju kurung and my stoking is fully charred.

kes kedua bakal menyusul..

wassalam.


Rabu, 11 Julai 2012

Internship: part 2

The next day juga hari yang sangat kalut lagi menguji keimanan.

Lebih kurang pukul 6.30 a.m. aku and mama gerak dari rumah. Ma g keje kat Jeli and singgah hantar aku kat hentian bas Tanah Merah.

Jam 7.30 a.m., bas nombor 24 sampai. Bas Tanah Merah-Pasir Mas-Kota Bharu.

Aku pon confident naik nak bayar tambang. Sekali pakcik tu cakap dia tak lalu area Tunjung

WHAT???!

Dekat sejam aku tunggu bas tu,sekali pelamin anganku musnah. +_+

Dengan penuh redha aku naik teksi dengan tambang RM36 yang aku boleh buat makan plus tambang bas for one week.

Terima kasih pakcik teksi walaupun saya akhirnya sampai hampir jam 8.30 pagi.

Terus buat kad kedatangan.

Yay! Da ley start punch card. I'm working person now!

Dan lapor diri kat Unit Penyiasatan Kebakaran.





Pemandangan dari aras unit kami...
Its sawah padi okeyh~



And ini adalah buku yang kami dengan gigihnya akan baca bila takde keje nak buat selain daripada main SUDOKU!

-bersambung....~


Internship:part 1


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, sudah memasuki minggu kedua latihan industry. So going to update what had happened during whole first week.

Nervous. How I’m going to face new phase of my life. Working!

Start with the first day or well-known as HARI LAPOR DIRI. And dengan semangat untuk start keje, pukul 7.30 pagi gerak dari rumah together with mama and bawak selaju mungkin dengan harapan akan sampai before 8 a.m. walhal umah ke tempat keje ambil masa one hour and half!

8.30 a.m. sampai ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.


And first thing yang aku fikir bila sampai depan bangunan tu adalah, why this place is so0o sunyi without people and vehicles.




And this is my mom yang setia tunggu till late morning.
Thanks mama~



Once my friend, Hakim sampai kami naik ke tingkat 2. Tapi hanya ada dua kakitangan. Seriously??!

Rupanya jabatan ada majlis APC  kat hotel. Sebab tu jadi padang jarak that day.

Kami tunggu pegawai bahagian pengurusan until 2p.m and still xmuncul. Bila one of staff asked us to back home first and come again the next day aku rasa macam nak gigit-gigit jew!

Why?

Sebab rumah aku bukan kat sebelah ofis tu!


It is me yang sudah muka penat tunggu whole day for nothing.

Pengalaman laaaa~

About 2.30 pm baru pegawai tu sampai and lapor diri. And still tak dapat lapor diri kat unit penyiasatan kebakaran, sume orang busy dengan program derma darah.

Ok, dimaafkan~

Then about 3.15 pm, Encik Wan hantar kami ke stesen bas.

Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku naik bas Kota Bharu-Kuala Krai (bas nombor 5).

Yoho00!

Aku pulang dengan harapan 2nd day will be better.

Aamiin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...