Pernah tak korang jalan laju-laju nak gi somewhere tiba-tiba korang nampak sekor siput sedut jalan sangat perlahan korang rasa nak tanya beliau nak gi mana so that korang boleh tolong beliau supaya cepat sampai and tak jadi mangsa pijakan kaki-kaki rakus lagi laju macam kaki korang???
Pernah tak korang solat Subuh dihening pagi kemudian tadah tangan dengan tawaduk berdo'a korang rasa berdosa sepanjang korang hidup sampai langsung takde kebaikan yang mampu padamkan dosa-dosa u???
Pernah tak korang gi kafe pastu order makanan ikut nafsu atau ikut orang atau sebab gatai nak makan walau tak lapar kemudian korang makan ala kadar atau tak habis korang rasa bersalah teringat budak-budak kat Somalia berlapar tak makan sebab takde makanan???
Pernah tak korang rasa korang laaaaa manusia paling malang ditimpa pelbagai ujian dan dugaan hidup kemudian kita mengeluh dan berkata Tuhan tak adil sebab kita yang kena tanggung padahal orang lain kena uji berlipat ribu kali juta kali ganda ujian tapi langsung tak mengeluh????
Pernah tak???
Kalau kita dah pakai cantik-cantik, hensem-hensem kita tengok cermin, dalam hidup pun kita kena tengok 'cermin' yang jauh lebih besar dari cermin biasa iaitu MUHASABAH DIRI.
Kelakuan, kebaikan, keburukan, kejahatan, kenakalan dan ke pape pon kita pernah buat kita kena 'cermin' balik.
Ini ditulis untuk peringatan semua especially diri aku sendiri.
Jazakallahu khairun~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan