Rabu, 12 Mei 2010

jom belajar bahasa klate!!!!

Banyak lagi vocab yang ada, untuk baca seterusnya sila ke
http://kembarasangs ufi.blogspot. com/2010/ 04/maghi- belaja-bahaso- kelate.html

Bokbong – spesis beruk
Tuyuk – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Khonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -merenyam, getik ,gatal
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Woh Topoh = buah pair/epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = pair/epal)
mokte = rambutan
duye = durian
kok = sekeh
henjah = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
ba loh = kelahi
Gaduh = nak cepat
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Ngekkoh = Akikah
Tohok = buang
ghukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubek = keluar

50 Langkah Bestari Suami Mithali

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteriisteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Isnin, 10 Mei 2010

@_@


1) Adakah anda rasa anda Hot?
- sangat ya c0z kena copy n paste soklan ni...lappy saya hampir pengsan..harap maklum~


2) Upload Wallpaper PC/LAPTOP yg anda guna sekarang!
- sudah....

3) Cerita pasal gambar.
-mereka adalah kekasih dunia akhirat saya..jangan tanya lebih sebab....sebab...sebab....

milkysmile

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
- tanya Mr AA bila dia belikan saya pizza..muehehee~

5) Lagu yg terakhir anda dengar?
-lupa laa plak...tapi asenye lagu Cinta 'Terakhir' jew yang tajuk nye ada akhir...(xde kaitan ek??)

6) Apa yg anda buat selain menyelesaikan Tag ini?
-betulkan rambut yang serabai c0z tension jawab soklan yang sangat 'unik' lagi 'bagus'....

7) Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
- baby...time kecik2 b4 dapat jalan...

8) Tag lagi 8 orang
-mr fidodido
- azni
- qida
- amy
- hasni
- jefri
- dayah
-maryam

9) Siapakah orang no 1 anda?
- kekasihku...(heheee~)

10) Katakan sesuatu tentang orang no 5?
- geng beruang panda yang da selamat pulang ke rumah 2 minggu lagi awal...

11) Orang no 3 ade hubungan dengan siapa?
- ngan saya...my skandal!

12) Bagaimana pula dengan orang no 4?
- kawan merangkap jiran merangkap 1 kos merangkap sePANTAI TIMURan...

13) Pesanan buat orang no 6
- hentikan kontroversi, tingkatkan kualiti...oH BUlaN!

14) Kata-kata cinta untuk orang no 2
- tol nak tahu???tak nyesal??? azni...~jom makan..lap0oo laaa..(ngan gaya flirt)
*romantik kan...saya suka..!

15) Adakah orang no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
- both dak TEKAD n BURHAn...

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yg mengetag anda
-my senior
-same kos
-same kolej ngan saye
-suka makan
- join rakan muda

17) Persamaan antara kambing dengan lembu?
- dua2 tak suka bersenam dan juge pergi kuliah...

18) Perasaan anda ketika anda jawab tag ini
- gumbira lagi excited..ase xm0 daa wat keje len..(sebenarnya tak sempat wat keje len...)

19) Adakah anda tahu Rizman tu sengal?
-sape rizman???pakcik guard??abang encem sebelah umah or mungkin posmen kat kampung sebelah??

20) Gay or les?

- saya normal....kepada gay or les kat luar sana,t0bat laa..pintu t0bat sentiasa terbuka untuk kalian..udah2 laa dok minat kaum sejenis,tak kemana nye...bla bla bla bla bla.....(pesanan khidmat masyarakat~)


p/s:kepada yang di tag, sila buat untuk memastikan anda juga tension seperti saya...tQ!




Isnin, 3 Mei 2010

+saya orang bese2 jew+

salam kalian...

kali ni aku nak tulis pasal kenangan aku dulu2...
sejak dua menjak ni aku selalu pikir pasal abah...
selama ni bukan lupa tapi sekarang rindu tu makin menggunung dan sangat sangat rindu...
tol...aku sangat rindukan abah...
tambah2 sekarang mama aku dok ngan adik arif jew kat umah...
yang len jauh..
mesti mama sunyi kan...
kalau nak citer sal kenangan ngan abah sangat laa banyak tak tertulis...
dulu abah laa:
1. orang pertama dan mungkin terakhir bagi bear kat aku
2. peluk aku bila aku nak nangis dan kena marah kat mama
3. bagi gula2 bila aku start nangis ngan horrornye
4. sokong aku bila mama tak bagi aku men bola tampar
5. wat lawak bila mama start marah2

aku rindukan saat tu..
sekarang aku sangat jeles bila tengok kawan2 yang ada abah dan aku sangat marah bila ada yang tak ingat kat parents
c0z nanti diorang akan rasa menyesal bila parents da xde..
aku rindu nak tengok abah senyum...
muka garang abah bila tegas tegur kami adik beradik
sumer tu da jadi kenangan sekarang
tapi tiap yang jadi tu ada hikmahnya sendiri kan...
aku tak penah salahkan takdir...
mungkin ni jalan Tuhan nak ajar aku mensyukuri nikmat yang aku masih ada dan menghargai mama sepenuh hati...

abah..
walau jasad abah da lama bersemadi tapi semangat abah still dalam diri kak...
dan impian abah nak tengok kak berjaya kak tak lupa...

mama...
terima kasih jadi ibu terbaik buat kami semua...
pengorbanan mama besarkan kami dengan tabah tak kan kak lupakan...
doakan kami jadi anak terbaik untuk mama macam mama jadi
MAMA TERBAIK KAMI....


Ahad, 2 Mei 2010

exam yang gempak!

haaa...
jangan terkejut ngan title ni c0z memang exam sem 2 ni sangat la gempak lagi sy0k..
mana tak nye...tido kol 3 4 pagi then bangun lambat..
terok kan..
tapi best gak c0z lepas study jap kami bergosip untuk masa yang panjang...
huhu!
dan jadual exam yang agak 'sporting' memastikan kami sentiasa kena study coz killer papers xde gap and suntuk..

yang paling aku tak ley lupa hari last exam..
macam bese aku, azni, as and qida wat setinggan...
last paper kimia fizik dan waktu exam is 8.30 pagi!
malam tu aku bajet kitorang akan tid0 awal tapi di sebabkan da terbese tid0 lambat kami akhirnya terlena bila jam da 4 lebih..
tu pon setelah di leteri oleh as selaku mak pada malam tu..
sedang sy0k aku bermimpi (lupa daa mimpi pe..janji syok!)
aku bangun dengan HORROR nye macam orang tak cukup oksigen diikuti Qida yang lagi sopan coz sempat beristighfar dan As yang terus bangkit dan sempat wat iklan wish go0dluck kat kitorang..
Azni yang kat atas katil tak terkata coz keadaan kami sangat dahsyat time 2...
sebenarnya aku ingat kitorang da terlepas paper last..
heehehe~
bila tengok jam baru 7.10 pagi...
cian diorang
sebab aku agresif sumer terpaksa bangkit dalam keadaan terkejut..
time 2 sumer speechless...
and masing bangun g mandi dan siap2 g dewan exam
dan petang nya....
kami tergelak2 bila ingat "tragedi' yang jadi...

nice day!!!
surprise day....n maybe horror day 4 us!

yang indah2 belaka,
mrs labu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...