Khamis, 26 Januari 2012

kena ikat!


Alhamdulillah…
Fasa  baru dalam hidup aku bermula. Transformasi 180 degree. Kenapa bukan 360 degree? Sebab belum dapat letak gelaran ‘mam besar’ kat depan. *kidding!

Aku dah jadi tunangan orang? *sujud syukur

Aku sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada ‘suara-suara’ kurang enak kedengaran, tapi aku yakin pada ketentuan-Nya dalam solat istikharahku. InsyaAllah.   

10th November 2011. Beliau (a.k.a  tunang) amek cuti semata-mata nak habeskan masa bersama aku. even hanya datang borak-borak kat umah (ditemani along n makcik Fatimah). Time tu cuti sem break almost end. Before beliau balik aku cuba cari kekuatan untuk suarakan hasrat aku. tapi aku tak cukup kuat. aku menangis jew. Serius, aku pun tak tahu kenapa. Pelik! Beliau panic actually..and aku senyum sambil nanges (horrornyew~~) gtau akan mesej beliau nanti. After solat Zohor, aku mesej beliau. Panjang-panjang~

Aku redha andai jawapan yang bakal beliau beri adalah negative. Aku detailkan setiap hasrat aku dengan alasan. And Alhamdulillah, jawapan yang aku terima adalah sangat positif.

Malamnya aku terima lagi mesej dari beliau. Kali ni I’m totally shock! Beliau ciap bincang ngan ma beliau and gtau rombongan merisik will come in few days. Ape???

Versi mama aku bermula few days before. Aku drive kete, mama dok sebelah. Aku did gtau mama wanna say something serious. Dari pergi Bandar, sampai balik umah balik, aku tak jugak Berjaya luahkan. Malamnya sambil baring-baring bergosip, aku try lagi. Berkias-kias so that mama tak shock. And mama just gtau if betol aku serious mama akan held majlis yang serba ringkas. Stop situ for that night.

Bersambung balik after got message from him. I told mama rombongan merisik nak datang and if mama setuju cuti raya cina langsung (majlis tunang). And surprisingly, mama tak marah tapi tetapkan terus wane tema, hijau krim! Alhamdulillah~

Namun acara merisik terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terus tunang!

So, bermulalah sesi menyiapkan barang hantaran,mencari baju,barang mini pelamin and os0 sewaktu dengannya.

Balik kampus, tugas aku hanya mencari baju untuk majlis and alas pahar sementara yang lain mama and MCF yang handle.

And today, 23rd January 2012 majlis berlangsung. And I’m still shock!

Dalam majlis yang sederhana, Alhamdulillah.

“…Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Semoga Allah panjangkan jodoh kami, amin~
Wallahua’llam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...