Memaparkan catatan dengan label ingatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ingatan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS...... [10 Attachments]


General Info.....


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs


Health Info

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG... ..

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Khamis, 4 Mac 2010

Allah Menjadikan Anda Manusia Yang Adil Dan Terpilih


Keadilan merupakan tuntutan akal dan juga syariat. Keadilan adalah tidak berlebihan-lebihan, tidak melampui batas, tidak memboroskan dan tidak menghambur-hamburka n. Maka barangsiapa menginginkan kebahagiaan, ia harus sentiasa mengendalikan setiap perasaan dan keinginannya. Ia harus pula mampu bersikap adil dalam kerelaan dan kemurkaannya dan juga adil dalam kegembiraan dan kesedihannya. Bagaimanapun, tindakan berlebihan dan melampui batas dalam menerima segala peristiwa merupakan bukti kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.

Betapa bagusnya keadilan itu. Betapa tidak, syariah sentiasa ditetapkan dengan prinsip keadilan. Demikian pula dengan kehidupan ini: yang juga berjalan sesuai dengan konsep keadilan. Manusia yang paling sengsara adalah dia yang menjalani kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya. Pada keadaan yang demikian itu, manusia akan merasa setiap peristiwa menjadi sedemikian berat dan sangat membebani, seluruh sudut kehidupan ini menjadi semakin gelap gulita dan kebencian, kedengkian serta dendam kesumat pun mudah bergolak di dalam hatinya.

Dan akibatnya, semua itu membuat seseorang hidup dalam dunia khayalan dan ilusi. Ia akan memandang setiap hal di dunia ini musuhnya, ia menjadi mudah curiga dan merasa setiap orang di sekelilingnya sedang berusaha menyingkirkan dirinya dan ia akan selalu dibayangi rasa was-was dan kekhuatiran bahawa dunia ini setiap saat akan merampas kebabagiannya. Demikianlah, maka orang seperti itu sentiasa hidup di bawah naungan awan hitam kecemasan, kegelisahan dan kebimbangan.

Menyebarkan desas-desus yang dapat menggelisahkan orang lain sangat dilarang oleh syariat dan termasuk tindakan murahan. Itu hanya akan dilakukan oleh orang-orang yang miskin nilai-nilai moral dan jauh dari ajaran-ajaran Islam.

“Mereka (kerana rasa bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya”

(QS. Al-Munafiqun: 4)

Dudukkanlah hati anda pada kerusinya, nescaya kebanyakan hal yang dikhuatirkan tidak akan pernah terjadi. Dan sebelum sesuatu yang anda risaukan itu benar-benar terjadi, perkirakan sahaja apa yang paling buruk darinya. Kemudian, persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan tenang. Dengan begitu, anda akan dapat menghindari semua bayangan-bayangan menakutkan yang selalu mengoyak-ngoyak hati sebelum hal yang ditakuti benar-benar terjadi.

Wahai orang yang berakal dan sedar, tempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. Jangan membesar-besarkan peristiwa dan masalah yang ada. Bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan. Jangan pula hanyut dalam bayang-bayang palsu dan fatamorgana yang menipu.

Hayatilah makna keseimbangan antara kecintaan dan kebencian yang diajarkan dalam hadits Rasulullah berikut: "Cintailah orang yang anda cintai secara berpada-pada, sebab mungkin suatu hari nanti dia menjadi musuhmu. Dan, bencilah musuhmu sesuai dengan kadarnya, sebab mungkin suatu hari nanti dia menjadi orang yang anda cintai." Renungkan pula firman Allah berikut,

“Mudah-mudah Allah mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan(ingatlah) , Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu) dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang”

(QS. Al-Mumtahanah: 7)

Sesungguhnya kebanyakan kebimbangan dan desas-desus itu amat sedikit kebenarannya dan jarang sekali yang benar-benar terjadi. Oleh itu, lebih baik tidak dipercayai.

Segerakan Solat Pada Waktunya

Setiap peralihan waktu solat sebenarnyamenunjukk an perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerapmelalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalahsesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidangfotografi.

waktu subuh


Padawaktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaandengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadiwarna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denganpenawar/ rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktuSubuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Inikerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yangmesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruangdan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapatkita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanyasaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan padawaktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudahmendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

waktu zuhur


Warnaalam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dankemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warnapada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitandengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yangberkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atauterlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapimasalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakitperut ceria tak ?

  • waktu asar
Kemudianwarna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsiawarna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akanhilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar nijasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa,tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktifkita

  • waktu magrib


Menjelangwaktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerapdinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Inikerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin daniblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amatbertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalamperjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solatMaghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku padawaktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atauwarna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • waktu isyak


Apabilamasuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasukifasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dankedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalamkegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidurdelta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merahjambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensikelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnyabangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggilQiamullail .
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat denganwarna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingantenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasiyang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya diciptauntuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimanahendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkankita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifatpengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulanmanusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .




============ ========= ========= ========= ========= ========= =====


Hakikat Sembahyang


1. Berdiri Betul (Qiam) - Melambangkan ALLAH Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada ALLAH)

2. Ruku` - Melambangkan Keagungan ALLAH (Aku Mengagungkan dan Membesarkan ALLAH)

3. Iktidal - Melambangkan kita rapat dengan ALLAH. (Aku Menghormati ALLAH)

4. a) Sujud 1 - Melambangkan ALLAH Maha Tinggi (Aku menghina diri kepada ALLAH.)

b) Sujud 2 - (Aku merendah diri kepada ALLAH)

5. Duduk Antara 2 Sujud - Melambangkan kita hamba yang tidak memiliki apa-apa (Aku memohon keampunan kepada ALLAH)

6. Duduk Membaca Tahayyat - (Aku menyerah diri kepada ALlah)

7. a) Salam 1 - Aku meminta keizinan daripada ALlah. Selamatkan semua muslimin
muslimat,mukminin mukminat dan malaikat di sebelah kanan.

b) Salam 2 - Selamatkan semua muslimin muslimat,mukminin mukminat dan malaikat
sebelah kiri.


Catatan : Hilangkan keakuan pada diri dan timbulkan perasaan pengabdian sebagai hamba yg hakiki kepadaNya dengan izinNya jua.

"Tiada daya kecuali pertolonganNya"

Khamis, 25 Februari 2010

Lima perkara jangan ditunda-tunda pelaksanaannya:

1. Solat bila tiba waktunya
2. jenazah bila telah siap penguburannya
3. mengahwinkan gadis bila ada lelaki sepadan datang meminangnya
4. melunasi hutang bila sudah mampu membayarnya
5. menyegerakan jamuan untuk tamu yang datang.

Rabu, 24 Februari 2010

Gurau Dan Canda Rasulullah SAW



Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua" jawab Rasulullah
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa (yang tidak melampaui batas) tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Selasa, 2 Februari 2010

Tanda-tanda kematangan


www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Selasa, 12 Januari 2010

selamat pagi cikgu...^-^

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik. Sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada sebiji Hadiah. Cikgu akan letakkannya di atas meja di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Hadiah yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Hadiah tersebut. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Sekadar renungan bersama~Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini,,^_^

REMAJA MASJID KENAPA TiDAK MAKBULKAN..

...
From:
Nurul Aisyah


Ketika saya mngunjungi al-Mamlakah( kerajaan Arab Sa'udi) pada tahun 1382 H(1961 M)saya telah tinggal selama setahun di Riyadh dan seterusnya saya ke Makkah dan tinggal selama setahun di sana sampai sekarang.

Ketika itu terdapat seorang pemuda dari Syam(Syria) yg tidak perlu saya nyatakan namanya.Dia tinggal di Riyadh bersama ibunya.Dia ditawarkan pekerjaan di Lubnan namun ibunya melarang keran tidak ingin ditinggalkan keseorangan. Apabila waktu berlepas ke Lubnantelah dipastikan, pemuda tadi membawa barangannya (beg dan keperluan) ke lapangan terbang dan diserahkan kepada pihak syarikat penerbangan.

Pemuda tersebut selepas itupulang ke rumahnya supaya dia boleh bertolak pada keesokan paginya dari rumah.pemuda tadi mengharapkan ibunya untuk mengejutkannya sebelum subuh tetapi ibunya tidak mengejutkannya sehingga tinggal 45 minit sebelum pesawat berlepas.

Dia bergegas bangun, kemudian mengambil teksi dan menggesa pemandu membawanya ke lapangan terbang dengan menjanjikan upah berganda..

Dia berdoa pada Allah agar dia sempat tiba sebelum pesawat berlepas.Apabila tiba di lapangan terbang dia mendapati pesawat masih belum berlepas dan masih ada 15 minit sebelum waktu berlepas.Dia pun mamasuki balai berlepas,terus berehat di kerusi lalu tertidur.

Kedengaran melalui pembesar suara panggilan untuk para penumpang pesawat agar menuju ke pesawat namun pemuda tadi tidak sedar sehinggalah apabila pesawat tersebut telah pun berada di udara.

Ketika itu saya bersamanya dan pemuda tersebut berasa pelik mengapa setelah dia berdoa dengan penuh mengharap dan terdesak,doanya masih tidak dimakbulkan? ?

Saya berusaha untuk memudahkan dia memahami perkara tersebut lalu saya katakan padanya;"Sesungguhn ya Allah tidak semestinya memakbulkan doa setiap orang yang memohon dengan ikhlas dan terdesak.Tetapi manusia sendiri yang mendakwa doanya yang tidak baik sebagai baiksedangkan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui kebaikan untuk pemohon tadi lebih baik dari diri pemohon tersebut."

Pemuda tersebut kelihatan agak marah dan sedih setelah memahami apa yang saya katakan.Adakah anda semua tahu apakah kesudahan kisah ini??? Boleh jadi ada di kalangan anda semua yang masih mengingati kes pesawat Timur Tengah yang jatuh terhempas dalam tahun tersebut dan menyebabkan semua penumpangnya terbunuh ?? Inilah pesawat yang menyebabkan pemuda tadi berdukacita kerana terlepas menaikinya.

Sesungguhnya manusia kadangkala meminta sesuatu dari Allah yang boleh memudharatkan dirinya sendiri namun Allah lebih belas kasihan padanya lebih dari dirinya sendiri..

Apabila seorang ayah membawa anak kecilnya ke kedai dan anak tadi melihat permainan lalu berkata:" Saya nak permainan itu!" maka dibelikan untuk anaknya.Apabila anaknya melihat buah yang cantik maka diberikan padanya. Apabilaanaknya meminta coklat lalu diberikan apa yang dikehendakinya.

Namun apabila mereka melalui farmasi,anaknya melihat ubat yang berbalut kertas merah yang menarik perhatiannya lalu meminta dari ayahnya; adakah ayahnya akan membelikan ubat tersebut untuk anaknya sedangkan dia mengetahui kebaikan dan manfaat untuk anaknya.

Pasti dia tidak akan membelikan setiap apa yang diminta oleh anaknya. Ini kerana boleh jadi anaknya akan meminta sesuatu yang tidak berfaedah.

Maka Allah sudah tentu lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya lebih dari setiap ayah dan ibu serta orang yang menjaga mereka..

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ....***** ********* ********. ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .........
BERDASARKAN ARTIKEL ASAL SHEIKH 'ALI TONTOWI -PINTU YANG SENTIASA TERBUKA-

Ahad, 3 Januari 2010

betol tapi aku rasa salah..


~time mkn tghri td aku n kgkwn b'ckp sal isu org yg tbe2 berubah jd makin terok..one of my fren's fren ckp kat kgkwn yang dia berubah bersebab.n aku dengan yakin menyatakan yang tu hanya alasan sahaja.aku punya sbb knpa.
sumer orang punya masa silam masing2..xkira la indah ke,duka ke..janji sumer ada.so do i.aku melalui hidup yang sgt berliku.aku pernah hadapi saat 'kejatuhan' aku di mana sumer family aku sisihkan aku..time 2 sumer org xnk dengar alasan aku.sumer salahkn aku dengan apa yang terjadi.sedangkan hakikatnya aku mangsa keadaan semata.time 2 mama n adik beradik yang support aku kat blkg wlaupn kdg2 diorg xsggp nk hadapi 2.kdg2 mama akan marah2 aku n ungkit sumer benda 2..aku paham.time 2 mama aku sedih,terkejut n malu..mama tertekan.aku x pernah salahkn mama.kalau aku gunakan masa silam aku 2 untuk jdikn alasan untuk aku berubah jadi jahat,da lama aku jd perempuan x guna..tapi 2 bukan aku..2 bkn alasan tuk aku jd makin terok.kesilapan ajar aku tok knl diri aku yang sebenar dan berubah kearah kebaikan..bila keadaan da stabil,mama bagitahu aku supaya kisah silam aku 2 aku anggap macam mimpi ngeri.dan bagi aku,ia sangat ngeri lagi perit..kalo aku ceritakan pada kawan2 aku yakin ramai yang akan cakap 2 hanya rekaan dan alsan tok bela diri aku..tapi itu lah hakikatnya..hidup ni perlukan panduan.betul kata amy,aku xley bagi pendapat selagi aku xhadapi sendiri bnda tu..tapi realitinya aku pernah mengalaminya dan lagi pedih tok di coretkan..sekarang aku cuba kawal diri aku and kadang2 senyuman kat muka aku da cukup tuk tutup rasa hati aku..betol kata mama,kesilapan lalu 2 ajar kita jdi tabah.sekarang kalo aku ad masalah yang kecik aku ley handle wlaupn xsekuat mama tapi aku cuba..kadang2 aku menangis tapi xsumer benda kita ley share ngn org kan..erm..aku harap amy,emma n sol paham kenapa aku cakap aku xley terima org yg berubah jd terok dgn mengatakn mereka punya alasan.bagi aku,manusia sentiasa di beri peluang tok perbaiki diri..muhasabah diri dan ingt Tuhan..aku pon bisa jadi manusia yang berjaya kalo aku mahu...NO MORE EXCUSE...

Isnin, 9 November 2009

laa tahzan..

Yang Lalu Biarlah Berlalu

Mengingat dan mengenang masa lalu kemudian bersedih hati kerananya dan mengenang kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berfikir, fail masa lalu akan disimpan dan tidak perlu dibuka dan dipersoalkan. Cukuplah ia ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' hingga ia tidak dapat keluar selamanya. Atau diletakkan di dalam ruang gelap yang tidak tertembus oleh cahaya karena masa lalu telah berlalu dan sudah selesai. Kesedihan tidak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tidak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegelisahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang dan kebingungan tidak akan dapat menghidupkannya kembali karena ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri anda dari bayangan masa lalu. Apakah anda ingin mengembalikan air sungai ke hulunya, matahari ke tempat terbitnya, mengembalikan bayi ke rahim ibunya dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Dalam al-Qur'an, setiap kali selesai menerangkan keadaan suatu kaum dan apa sahaja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Begitulah, ketika suatu perkara tamat, maka selesai pula urusannya. Dan tidak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Malahan, terdapat ungkapan lama bagi orang yang selalu meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan ada disebutkan orang yang memahami bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keledai begini, "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?", jawab keledai "Aku benci khayalan,".

Adalah bencana besar, apabila kita sanggup mengabaikan masa depan dengan hanya menyibukkan diri dengan masa lalu. Itu sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi runtuhan bangunan lama. Padahal, biarpun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Ini kerana yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.

Orang yang berfikiran jernih tidak perlu menoleh ke belakang. Ini kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan terus mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah pernah melawan arus dan aturan hidup, sunnah alam.
cara-cara untuk mengaktifkan otak kita...
  1. sentiasa lah berdoa
  2. mengingati mati
  3. fikir benda-benda yang penting
  4. baca biografi orang berjaya
  5. bayangkan lima tahun lagi
  6. buat undang-undang positif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...