Memaparkan catatan dengan label dari seorang kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari seorang kawan. Papar semua catatan

Rabu, 7 April 2010

kita kongsi

Salam 1 Malaysia


Zaman muda dulu2,bila 1 April menjelma mesti ade jer gurauan yg dibuat sama ada oleh penulis sendiri atau kawan2..penah lah main time kicik2 dulu..tak tau ape2 pun pasal april fool ni...tp tahu la bila 1 April ni time org nk kenakan org lain...so kita yg x berapa nk matured ni ikut jer..

semakin umo ni da tua...ade la dgar bahawa april fool ni perayaan yg disambut sebb umat Islam diperbodohkan suatu masa dulu....disebabkan da lupe cane kisahnyer... maka ambe pun wat research n terjumpa plak....so nak kongsi lah ngan sahabt2 sume..sejauh mane kebenaran kisahnya wallahua'lam. ..tetapi kalu dalam wikipedia lain pulak kisahnya...





Sejarah April Fool's Day




April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol ,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian

Penduduk Islam Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera -tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol


Penduduk-penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yg berlabuh di pelabuhan.Orang- orang Muslim yg risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal2 yg dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April ), mereka mengambil semua barangan yg telah disiapkan menuju ke pelabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan ,serta anak-anak kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian .


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia...


So sesape yg sambut April fool ni xyah sambut da la...Cuba kita fikir sama ada April yg fool atau kita yg fool?kita seolah2 menyambut kematian saudara2 seislam kita..



Salah satu fatwa tentang April fool


Dr.Yusuf al- Qardhawi hafizahullah menyebutkan :


Menipu adalah satu sifat buruk.Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yg berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Hal ini kerana, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. (HR : al-bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia .Baginda SAW bersabda : "Kecelakaan ke atas sesiapa yg menipu untuk menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." (HR Abu Daud,at-Tirmizi, dan an-Nasai'e)



Rasulullah SAW juga bersabda :" Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yg bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran ".(HR Ahmad dan At-Thabrani ). Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberi amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.Rasulullah SAW bersabda : " Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." (HR Abu Daud)


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dlm apa bentuk pun..Sambutan ini (hari April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :



1. Larangan menipu yg sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-sunnah.


2.Kesedihan dan ketakutan yg tidak berasas (yg disebabkan penipuan itu)yg mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.


3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yg diberikan


4.Meniru budaya buruk yg bukan milik kita,iaitu penipuan


Tetapi xsilap penulis bohong sunat dibenarkan dlm Islam

Umat Islam sudah ramai yg terpengaruh dgn budaya Barat..

terungkap pada sabda nabi SAW :

"Kamu akan mengikuti sunnah ummat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak(dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka.Sahabat bertanya : Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah?" Sabda Baginda SAW :" Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam. .

Selasa, 9 Mac 2010

MeNGenaL NafSU...

Nawawi Dahalan February 28 at 10:41am
Nafsu itu sangat jahatnya,
begitulah Tuhan memberitahu
Di dalam Al Quran ada diceritakan untuk ingatan
Nafsu sifatnya dungu, melulu
Kehendaknya tidak bertepi, apa sahaja dia mahu
Halal atau haram dia tidak peduli yang penting
apa sahaja perlu dimiliki
Kemahuannya sangat dahsyat, hebat
hingga menjadi sesat
Kehendaknya hingga badan penat, dia tidak penat
Badanlah yang terima risikonya
akibat kehendak-kehendaknya
Tuntutan kemahuannya mudarat dan memudaratkan,
rosak dan merosakkan
Masyarakat huru-hara dibuatnya,
manusia pecah-belah kerananya,
peperangan terjadi disebabkannya

Kehendak nafsu tidak pernah puas-puas
Dapat sedikit hendak banyak,
setelah banyak yang dapat terasa sedikit
Hendak tambah lagi, hendak banyak lagi,
cari lagi hingga badan letih dibuatnya
Tamak pun datang, bakhil pun menjelang
Jika tidak dapat dia melukakan hati,
jika dapat dia membungakan hati
Hati pula rosak dibuatnya
Dapat menjadi bangga, tidak dapat kecewa pula
Hati raja diri pun menjadi pengkhianat kepada Tuhannya,
derhaka kepada penciptanya

Nafsu punya angkara, akal fikiran manusia
pula dirosaknya
Cerdik pandai pula dibodohnya, bahkan ditipunya
Manusia berfikir kehendak nafsunya yang melulu
tanpa memikirkan akibat buruknya
Hingga cerdik pandai berfikir sudah tidak normal lagi
Dungu di dalam cerdik, gila di dalam siuman,
bodoh di dalam pandai
Mereka yang telah dikudakan oleh nafsu itulah
yang memikirkan kehidupan manusia
Bila manusia hidup di dalam ketakutan, mereka juga
yang hendak memikirkan manusia yang telah rosak itu
Maka lahirlah kerosakan di dalam kerosakan
Dunia bertambah parah, untuk membaikinya
bertambah bingung dan susah
Maka jalan keluarnya tangkapan demi tangkapan,
hukuman demi hukuman, penjara sesak dibuatnya
Yang masyarakat ikut nafsu, yang jahat ikut nafsu,
yang kena tangkap ikut nafsu
Yang membuat undang-undang ikut nafsu,
yang menghukum ikut nafsu, apa sudah jadi?
Yang jadi dunia sudah dikuasai oleh nafsu
Dunia telah lesu
Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka
Kehidupan di dunia hari ini
sudah tidak ada erti apa-apa lagi
Manusia terancam oleh nafsunya sendiri



renung2kan...dan selamat beramal..
orang tengah,

mrs. labu

Selasa, 12 Januari 2010

~stop!!!jgn bukak aircond dulu...

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Isnin, 9 November 2009

jangan bersedih...

Hari Ini Milik Anda

Jika berada di pagi hari, janganlah menunggu petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.

Umur anda, mungkin tinggal hari ini. Maka, anggaplah masa hidup anda hanya hari ini, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan terkoyak-rabak diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pada hari ini pula, sebaiknya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti shalat yang paling khusyu', bacaan al-Qur'an yang penuh tartil, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta perbuatan baik terhadap sesama.

Pada hari dimana anda hidup saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu. Dan persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada- Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian, dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jawatan anda hari ini dengan penuh keridhaan.

“Maka berpegangteguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah
kamu termasuk orang yang bersyukur”
(QS. Al-A'raf: 144)

Jangan lupa, hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimat (bila perlu anda tulis pula di atas meja kerja anda): “Inilah hari saya”. Maka, jika hari ini anda dapat memakan nasi hangat yang harum baunya, maka adakah nasi basi yang anda tidak habiskan kelmarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan anda?

Jika anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin, atau mengkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi?

Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat, maka anda akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: aku hanya akan hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan.

Dan itu akan membuat anda berkata dalam hati:

"Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja. Tidak berucap kotor dan lucah dan menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak kacau bilau dan berantakan. Dan kerana hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukku."

“Karena jika aku hanya didzinkan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah SWT, mengerjakan shalat sesempurna mungkin, membekali diri dengan shalat-shalat sunah nafilah, berpegang teguh pada al-Qur'an, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat”.

“Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan berikut ranting-rantingnya yang berduri, baik sifat takabur, ujub, riya', dan buruk sangka”.

“Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu yang orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua”.

“Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

"Hari ini milik Anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" . Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Biarkan Masa Depan Datang Sendiri



“Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar
disegerakan (datang)nya”
(QS. An-Nahl: 1)

Jangan pernah mendahului sesuatu yang belum terjadi. Adakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat disentuh, belum berupa, dan tidak memiliki rasa dan warna. Jika demikian, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan dengan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, dan meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari
esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan?

Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam gaib dan belum turun ke bumi. Maka, tidak selayaknya kita menyeberangi sebuah jembatan sebelum sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu bahwa kita akan sampai atau tidak pada jembatan itu. Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jembatan itu, atau mungkin pula jembatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan boleh jadi pula, kita akan sampai pada jembatan itu dan kemudian menyeberanginya dengan baik.

Dalam syariat islam, memberi kesempatan kepada pikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Ini kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Secara pertimbangan, tindakan itu pun tidak masuk akal, kerana sama halnya dengan berusaha berperang melawan bayang-bayang. Namun ironinya, kebanyakan manusia di dunia ini malah ramai yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah bagian dari kurikulum yang diajarkan di "sekolah-sekolah syaitan".

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan
daripada-Nya dan kurnia”
(QS. Al-Baqarah: 268)

Mereka yang menangis sedih menatap masa depan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di genggaman yang lebih berkuasa tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar bila dia masih terus menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak berupa.

Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan malapetakanya. Sebab, hari ini merupakan hari yang anda sudah sangat sibuk. Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh karena itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...