Khamis, 8 Mac 2012

baik dan tudung part 2

assalamualaikum..


Malam tu kebetulan seluruh UKM Bangi and kawasan sekitar black-out. So,my friends ajak makan kat luar. Kami makan kat satu kedai ikan bakar yang agak femes on the way ke Putrajaya.


And malam tu sebenarnya kami ada tetamu, adik-adik dari UNITI Port Dickson merangkap kawan-kawan cousin one of my fren. Kesian sebab diorang lapar and tibe-tibe black-out.


Da bagi order sume, aku and kawan aku terpandang sepasang suami isteri yang duduk kat meja sebelah kami. SUAMI ISTERI. Aku yakin sebab aku yakin,insyaAllah. Kami jadi tertarik sebab once makanan yang diorang order sampai, terus suami baca do'a makan sambil si isteri aminkan. SWEET~~


Actually, secara jujurnya aku pandang both of them macam orang lain gak. Si suami nampak stylo and si isteri free-hair. Yang aku respect sebab sekurang-kurangnya diorang baca doa sebelum makan.


Sebenarnya fokus aku pada si isteri yang free-hair a.k.a tak bertudung tu. Ini bukan entry nak hina or jatuhkan maruah orang k. Walaupun dia tak pakai tudung tapi dia pon tahu baca doa sebelum makan. Nabi S.A.W sendiri baca walaupun 'bismillah' sebelum makan. And walau tak semua tapi aku yakin sangat ada dikalangan yang BERTUDUNG tak baca do'a sebelum makan. ye dok??!


Kesimpulannya, aku yakin tak semestinya bertudung kita baik, dan tak semestinya tak bertudung tu jahat. Tapi pakai tudung tu tetap wajib sebab mendedahkan aurat tu DOSA!




"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah
melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." 

-Imam Hassan Al-Basri-



wallahua'llam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...