Sabtu, 31 Julai 2010

10 ciri-ciri lelaki idaman

assalamualaikum...

dewasa ni,macam-macam gejala sosial yang jadi...

dan aku takut aku jadi salah seorang dari mereka...nauzubillah,mintak jauh

aku takut aku lalai dan alpa...

Kita cakap sal KAWEN lak..menjangkau usia 20-an, aku rasa 'hormon' aku makin tak terkawal terutama bila bercakap pasal KAWEN!

tak salah kot idamkan something dan pikirkan benda yang bek kan...lagi pon aku pernah dengar ada sorang penceramah terkenal tanah air bagitau, seseorang yang berjaya dan bermatlamat hidup akan pikir 5 tahun ke hadapan.hehehe!s0, bagi aku,soal kawen termasuk lam perkara yang akan aku buat dalam masa 5 tahun nie..

haa...aku ada terbaca ciri2 lelaki idaman Hawa..nak tahu??

baca laaa!!

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

::aku rasa aku daa jumpa orang nye..aku harap sangat aku di temukan jodoh dengan dia sebab dia yang memenuhi pe yang aku nak dan akan melengkapi kekurangan aku..amin2...::

p/s:kawen awal tak salah kalo da ready selain dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...