Khamis, 30 Disember 2010

tahun baru


Sebenarnya aku nga malas nak study even aku tahu this coming Monday ni aku ada test. Bermalasan tanpa wat pape kat bilik ( nak kuar duit xde lagi kn…hehe!). so aku dengan happy nye meng’edit’ gambar aku dan gambar2 ada lam koleksi aku.

Ni salah satu gambar yang Berjaya di edit secara tidak professional oleh Mrs Labu. Erm…

Bila aku tengok gambar dia, aku mesti teringat nasihat dia. Macam abang2 nasihat adik. Macam tue laa dia.

Ok..antara yang selalu dia ingat kan:

  • 1. Jangan lalai asyik ingat dia sampai belajar tak ley focus. Dia tak suka! Dia nak sangat tengok aku Berjaya, dapt result bagus2.
  • 2. Bila tahu result aku tak 0k ( merujuk kepada result terbaru…+_+) dia membebel jap then gitau jangan campur aduk masalah kat rumah dengan belajar.
  • 3. Bila ada problem bagitau dia, jangan pendam sorang-sorang. Dia cakap, “sape kata abang tak nak dengar masalah?”. So banyak masalah termasuk masalah kewangan aku share ngan dia.
  • 4. Sekarang focus belajar dulu, dapat result excellent nty dapat keje bagus. Then piker future (kawen!!!!!yay!) .

Banyak lagi ye bagitau. Tapi aku degil cikit. Banyak yang dia nasihat lagi banyak aku wat hal. Lalalalalaa~

Walaupun aku sayang dia, dia kena tahu yang aku lagi sayang mama dan adik2 aku and 0so my family. Kalau kira-kira ikut ranking, maybe dia still top 10. Muehehee~

K laa..da penat mengarut.

Selamat tahun baru 2011.

Wassalam.

DSLR..

tibe-tibe rasa teruja tengok gambar sendiri. so aku upload laa..
my blog, my pleasure...(^_^)\/


lagenda budak setan...



Assalamualaikumwarahmatullah….

Da lama aku nak tulis entry only about him. The guy who make me happy till now and teach on how to appreciate the sentence of “enjoy the silence”.

Haaa…wajah baru pada blog ku…

Jap ek....


Ada satu love quotes yang aku suka:

“I like not only to be loved, but to be told I am loved” -George Eliot

Romantic tak?? Mesti sape-sape yang pernah minat aku dan tak sempat aku bagi respon rasa nyesal kan give-up ngan aku..(mode:perasan!) hehee~ joke2

Ok..sebenarnya aku tak tahu nak tulis pe.tapi yang aku tahu entry kali nie memang untuk si dia yang amat aku sayangi. Sebelum nie aku banyak citer sal family aku kan. Sekarang turn dia lak. Kalau nak kata aku nga angau ngan dia macam pelik lak sebab aku ngan dia da lama (for 5 years). Yesterday is our 5th anniversary dan aku rasa memang patut aku put only him as my beloved one. Bukan nak cakap da boring ngan dia sampai aku tak teruja, tapi usia 5 tahun perkenalan kami tue da cukup buat kitorang be prepare for the future, seriously and no more ANGAU MAT JENIN…

“Take away love and our earth is a tomb” -Robert Browning

Disebabkan my habibi tue amek kos yang ada kaitan ngan FIZIK dulu, aku rasa quote ni sesuai untuk explain kecelaruan fikiran ( jiwa kacau kata habibi ku..).

“Gravitation is not responsible for people falling in love” -Albert Einstein

Yang aku tahu, aku sayang dia. Sangat sayang…

“Love is a smoke made with the fume of sighs” -William Shakespeare

Selasa, 28 Disember 2010

mencari pasangan hidup

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Artikel iluvislam.com

Ahad, 26 Disember 2010

before kejadian itu..

Salam new sem,new mission n 0so new ‘nice’ schedule…

Huhu..sudah lama tidak menjenguk blog…

Almost 1 month and half habeskan masa kat rumah menjadi ‘ibu sementara’ kepada anak buah yang makin nakal, Faiz Aiman, aku kembali ke kampus untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ni (even aku tau ayat aku skema, ada aku kesah..lol!). berat hati nak tinggalkan rumah. Tambahan pulak adik2 aku still bercuti (mode:jeles!).

Bercakap soal cuti, banyak benda yang jadi lam cuti yang agak penting dalam hidup aku. Antaranya aku come up with a great conclusion according to my worse relationship problems. Even it’s bit hard for me to accept it, but it’s the best for him (sape orang yang aku maksudkan dia dan Allah yang tahu). Mungkin memang tak der jodoh aku dengan dia. Kan3!

Ok! First thing happened lam cuti hari tue is my dear habibi’s birthday on 21st November 2010. Kebetulan dia pun cuti dan aku baru balik dari Perak (one of my little cousins had his KHATAN ceremony!). pagi2 lagi aku kejutkan adik aku tok temankan aku g beli kek. Kebetulan abang long nak join sama, and he is the one who choose the cake. Mama ready with Nasi Kerabu kat rumah. Pas Zohor, dia sampai (naik moto sebab takut kete kotor…ish3!). Kitorang just borak2 ramai2 kat dapur sambil dia dengan muka happy citer sal permohonan untuk tukar tempat keje (aku xhappy~=.=’). Sambil2 tue aku bangun and surprised him with the cake and his respond was NOTHING! (hehe..maybe dia terkejut and say no word). Kat atas kek tue pon aku tak tulis nama dia tapi aku tulis sayang sebab kek tue untuk sumer. Sumer orang yang aku sayang laa…aku yang potong kek tue and makan. Bila mama kuar dia gitau yang dia segan sebab sebelum nie dia tak penah celebrate birthday dia. Pape pon, tue jew aku mampu wat dia happy. End~

On 3rd December 2010, setelah beberapa kali terpaksa cancel, akhirnya aku Berjaya membawa adik2 ( nurul and adik arif) men bowling. At first kitorang rancang men kat KB Mall tapi biasa la cuti, nak parking kete pon susah. Kami decided (not our decision actually) tok men kat Billion jew. Have a very nice day! Tapi aku pon pelik, aku enjoy ngan adik2 tapi dia senyap jew. Bila aku tanya dia keep said nothing! And the thing became worsen bila kitorang makan kat McD. Dia makin senyap and aku rasa bersalah sangat sebab takut dia penat or so on because of me. Bila dia start senyum sikit aku lega (walau still curious nak tau sebab). Sampai kat rumah as adik2 da turun, baru dia bukak mulut citer what had happened. Rupenye dia marah kat cashier kat tempat bowling. Patut laa dia tibe2 kuar and gtau g solat. Then kat Mcd, once again dia bengang ngan cashier yang wat keje sambil lewa. Memang lama kitorang tunggu turn and bila sampai turn kitorang terpaksa ulang order 3,4 kali. (tak sangka lak orang yang nampak ‘tenang’ like him ada HOT nye gak..huhu~). Aku sangat lega bila dia gtau the real story is. Anyway, so grateful to know him well.

K laa..ngantuk..tido jape k..

Salam!

…………………..enjoy da silence~…………………….

Rabu, 3 November 2010

semangat

Daa lama terfikir nak wat entry mengenai semangat. Kenapa? Yerlaa..musim2 exam ni of coz laa semangat sangat2 laa penting. Kena ada semangat nak study, lawan nafsu tid0 yang makin menjadi-jadi time nak exam (buku buku mata nak tutup..cmne 2?) dan jugak semangat nak balik umah after exam abes…

Aku suka dengar lagu kumpulan XPDC semangat yang hilang~

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana

Di ufuk pemikiran

Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Semangat jugak ingatkan aku kat mama aku. After abah da pegi, sumer tanggungjawab besarkan kami 7 beradik (yang nakal lagi degil) tergalas kat bahu mama sorang jew. At first, its to0 hard. Mana tak nye, time abah ada, kalau pasal anak2 kat sekolah ke, ada masalah ke sumer abah yang handle. Nak kemana-mana abah yang bawakan. Kalau abah tak der kami diamkan jew. S0, bila mama sorang2 kena handle, semangat sangat penting. Mama belajar bawak kete, amek lesen. Kalau dulu mama strict, mama try slow-talk ngan kitorang kalau de pape problem. Bila da besar cikit, kami sumer dok jauh dari mama. Aku kat Selangor, 2 adik aku kat Pahang. Angah da kawen so dok asing2. Along dok ngan atok (memang dari kecik lagi) then cik…ada macam tak der(bese laa..anak laki). Kalau boleh tiap2 hari aku akan call mama tanya mama watpe, sihat tak. Mama selalu cakap mama sunyi anak2 takder kat umah. Mama da serik cari teman hidup and nak focus 1o0% kat anak2. Aku paham pe mama rasa..

Bila sampai musim2 nak cuti ni, adik2 yang dok asrama pon mula laa bising barang2 banyak nak wat balik. Even both adik aku kat Pahang, tapi kalau sorang Pekan sorang Kuala Lipis? Hmmmm..sab0 jew le. Beberapa hari lepas (3/11/2010) mama drive sendiri kete dari umah g amek barang2 Boy kat Lipis. Aku terkejut mama call tengahari cakap da sampai Lipis. Kalau laa aku ada kat umah…then minggu depan mama going 2 Pekan amek makcik Fatimah (panggilan manja kepada my only naughty sister). Naseb bek abg ngah da setuju jadi driver. Haaa..bukan sumer ni mama wat sebab mama ada semangat yang tinggi kan? Memang aku bangga jadi anak mama. Cayang ma!

Conclusion:

Mau bersemangat study dan study.. mau tengok mama happy….

Ahad, 24 Oktober 2010

::selamat menduduki peperiksaan::

assalamualaikum dan salam sejahtera...
ketika sahabat2 aku yang lain tengah struggling baca notes, aku dengan slumbernye tulis entry baru untuk blog aku.
sebenarnya nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kat sumer kawan2 aku termasuk laa Mr FD...semoga kita berjaya~
p/s:man jadda wajada man zara'a hasada

Selasa, 19 Oktober 2010

pulau sibu....


SALAM AND SALAM SEJAHTERA

Program: Keindahan Batu Karang Pulau Sibu

Tempat: Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu Mersing, Johor

Tarikh: 15-17 Oktober 2010

Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup aku. Kenangan yang tidak akan dilupakan malah menjadi memori terindah dalam kotak ingatan aku. Kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Sibu malah kali pertama bertandang ke negeri Johor (seingat aku laa~).

Sebenarnya aku ada terdengar ura-uar mengatakan pulau tue tidak seindah yang digambarkan. Namun, perasaan teruja untuk melihat sendiri PULAU SIBU membawa aku ke sana

….keindahan batu karang Pulau Sibu….

Di sini aku coretkan rutin kami sepanjang program berjalan

Jumaat October 15, 2010

Jam 1.13 a.m. kami bertolak dari UKM Bangi dengan menaiki dua buah bas UKM. Aku hanya tidur (walaupun kadang-kadang terjaga) sepanjang perjalanan sehingga kami berhenti di R&R (lupa nama) kira-kira jam 4.10 a.m. Setengah jam berhenti menikmati air milo panas bagi menghilangkan rasa sejuk kami meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 6.00 a.m. kami berhenti solat Subuh. Dan tidak lama kemudian kami sampai ke Jeti Tanjung Leman. Jam 8.54 a.m. kami menaiki bot menuju ke Pulau Sibu. Pulau Sibu….here I come!!! Sepanjang berada di atas bot, hanya perkataan SUBHANALLAH, indahnya ciptaan yang Esa mampu aku ucapkan. Pulau-pulau yang cantik, pemandangan waktu pagi yang sangat indah, matahari yang kian memancar membuatkan aku sangat teruja. CANTIK! Perjalanan kami memakan masa hamper satu jam setengah. Jam 10.30 a.m. kami tibe ke destinasi yang di tuju iaitu Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu. Memang indah! Pulau yang cantik,hey! (nyanyi lagu Bukit yang cantik). Ketika menghampiri pulau tersebut, bot yang kami naiki berhenti. Rupa-rupanya ada masalah enjin. Dan bot yang kedua menunda bot kami menghampiri pantai. Kami terpaksa menaiki bot kecil untuk ke pantai kerana air yang cetek. Then Berjaya sampai ke pulau!yay!

Kami di beri taklimat serba ringkas mengenai pulau tersebut beserta pantang larang yang perlu kami patuhi. Kami menginap di chalet yang ada. Walau keadaan chalet tidak selesa namun kami bersyukur. At least tak payah dirikan khemah! Balik berehat dan kami menolong krew2 MT menyediakan makanan tengahari.

Selepas makan tengahari, aktiviti bermula. First aktiviti adalah ICE-BREAKING! Aktivitinya ialah tukar barang sambil berkenalan. Kemudian kami memulakan aktiviti berkumpulan. Kumpulan aku adalah kumpulan 3 yang di beri nama KAYU BALAK! Ahli terdiri dari abang faridie, syamim, asma, kak jue,V, Khoiri dan aku sendiri. Kami diberi masa setengah jam untuk mencipta sebuah Gadget. Kumpulan aku memilih untuk membuat lastik serba guna.

Petangnya adalah aktiviti yang dikendalikan oleh abang Yan and the gang. WATER CONFIDENT dan LATIHAN snorkeling. Dan kami di beri kebebasan untuk mandi-manda.

Malamnya, aktiviti Unggun Api 1 bermula. Setiap kumpulan harus present sebuah persembahan dan kumpulan kami memilih sketsa SYURGA DAN NERAKA!. Berbagai aksi dapt dilihat. Ada ynag best, kelakar dan ada yang menghiburkan.

~TIDO~

Sabtu October 15, 2010

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diconduct oleh KA sendiri dengan step yang macam2 dan pelik! Kemudian kami menuju ke tempat snorkeling yang mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan aku kumpulan kedua. Sementara menunggu giliran, aku dan azni mandi di gigi air. Tiba giliran kami, Din membawa kami ke tempat yang agak jauh dari pantai. MENAKJUBKAN! Kali pertama dalam hidup dapat snorkeling dan melihat sendiri keINDAHan BATU KARANG. Cantik sangat! Tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Kami juga dapat melihat satu pot choral yang sangat cantik dan ikan-ikan like NEMO berkejaran. Rasa tak mau naik!

After that, kami di bawa berjalan sekeliling kampong oleh abang Didek (tak tahu betul tak eja nama). Tak sangka rupa-rupanya kat pulau tue ada sekolah, rumah orang, masjid, kedai dan binatang yang dibela. Haaaaaaa~ kagum kan! Singgah di kedai untuk menikmati ABC. Sepanjang perjalanan mata aku tak pernah lepas menikamati setiap penjuru pulau tersebut. Memang cantek!

Petang nye, selepas solat zohor dan makan tengahari kira-kira jam 2 p.m. kami menuju ke lokasi abseiling. Dekat-dekat resort tue jugak. Sebenarnya aku agak nervous. Walaupun ketinggian nya tak laa tinggi sangat tapi aku nervous gak! Tunggu punya tunggu akhirnya aku Berjaya men’culik’ hardness dari Mr Fido Dido. Dengan excited dalam nervous aku memanjat bukit untuk memulakan misi abseiling kali pertama aku. Sementara menuggu giliran turun kami berborak-borak. Dan hapir giliran aku, hujan renyai-renyai mulai turun. Semakin lebat dan aktiviti terpaksa di stop kan kerana aspek keselamatan. Takut tali basah, licin. Walaupun agak frust tapi tue da takdir. Nak wat camne. Kami terpaksa menunggu esok harinya. Bagi menghilangkan rasa frust tak dapat abseiling aku join peserta lain bermain bola tampar pantai. ( mr Fido Dido said dia expect my 1st ball tak kan lepas..tp…my ball lepas and dia teruja..hehehee~). Kami bermain dengan HORRORnya. Mana tak nye bila sebelah gelanggang ada 8 pemain. Kelam kabut kejar bola yang tak tentu arah perginye di sebabkan ke’expert’an kami bermain. Hujan makin lebat dan kami berlarian balik ke bilik. Mandi then tid0!

Malamnye, aktiviti UNGGUN API 2 beserta BBQ berlangsung. Kami makan di tepi unggun api sambil bercerita. Ada yang enjoy berkaraoke. Aku dan Mr Fido Dido decide untuk lepak kat tepi pantai sambil bercerita. Macam-macam topic kami bualkan. Ada yang sedih, ada yang happy dan kami nyanyi duet. Ada lagu yang lupa lirik. It’s such a nice nite! Kami tengok bintang. Best sangat. Ikut perancangan asal, kami nak makan Maggie sambil lepak sesame tapi disebabkan kemalasan kami duduk jew. Still..its a memorable. Till 2 a.m. something kami balik then tido~

Ahad October 17, 2010

Hari terakhir berada di pulau. Cepat jew masa berlalu. Rasa baru jew kami sampai. Selepas sarapan pagi geng yang tak sempat abseiling menuju ke tempat abseiling. Sangat teruja ditambah dengan rasa takut yang amat sangat. Time kaki aku mula menuruni batu-batuan bukit, aku sempat piker adakah itu terbaik untuk aku.(huhu..macam keputusan penting jew). Dan akhirnya aku sampai ke bawah dengan selamat. Syukur! Jam 10.45 a.m. sumer da Berjaya turun dan kami pulang ke resort untuk berkemas dan siap sedia nak balik.

Berat rasa hati nak tinggalkan pulau yang sangat indah ni. Jam 12.31 noon, kami bertolak menaiki bot menuju ke Jeti Tanjung Leman. Ombak hari tue sangat sangat bergelora dan kadang-kadang wat aku piker yang bukan-bukan. 1.30 p.m. kami sampai ke jeti dan jam 2.30 p.m. kami bertolak pulang menaiki bas. Jam 9.29 p.m. kami tiba di UKM Bangi.

Syukur..semua selamat pergi dan kembali.

Conclusion:

Wow! The memorable, unforgettable experience I ever had. Now, I realize that the happiness is not what we feel but we remember…

Isnin, 18 Oktober 2010

hati ini...

salam...
nothing special about this entry actually. hanya luahan perasaan aku lagi yang tak tahu da ke berapa. aku sangat kecewa dengan diri aku. kecewa coz mengecewakan orang disekeliling aku. aku penat 'mengajar' diri aku sendiri untuk menghargai 'kegembiraan' diri mahupon orang lain. bila sampai masa aku perlu membuat keputusan, hidup aku jadi teruk! bukan sebab aku tiada akal tapi sebab aku tak tahu langsung menggunakan hati untuk mengawal emosi membantu akal mentafsir dan membuat keputusan. PENAT!
aku sangat berharap, 'kemesraan' kami yang baru pulih kekal tapi di sebabkan kebodohan aku sendiri, sumer tue hilang dalam masa yang sangat singkat, pantas! baru bergelak tawa, tibe2 air mata kembali jadi teman.
macam mana aku nak memahamkan orang lain sedangkan aku sendiri keliru dengan hati aku. aku cuba wat yang terbaik tapi same,tak bermakna.
betul ke bila kita tinggalkan sesuatu yang pernah jadi terbaik lam hidup kita bermakna kita tak kan dapat yang lebih baik dari itu? atau mungkin bila kita meninggalkan sesuatu yang kita rasa tak bek untuk kita bermakna kita mampu mencari ganti yang jauh lebih baik dari tue?
its complicated!
yet so complex!
takut kehilangan yang 'baik' menyebabkan kita tidak berani membuat keputusan yang waras! aku tak tahu..aku makin keliru...makin tak faham dengan situasi aku sekarang.
Tuhan..tunjukkan aku jalan penyelesaian. permudahkan bagiku liku2 ini...amin

Rabu, 22 September 2010

karya ke-2

Salam Untuk Cinta

Siapa yang memahami erti cinta? Dan siapa yang memerlukannya?

Cinta… itu yang membuat seorang anak kota hilang arah… dan dia dilamun angau. Tindakannya luar jangkaan.

Kasih… bukankah itu lebih bermakna? Atau ianya hanya kata yang tidak punya makna? Kerana kasih yang hilang, dia membawa hati yang lara, ke lembah asing untuknya…

Persahabatan… itu yang mengikat mereka. Membuat mereka semakin dekat dan tanpa disedari, persahabatan menyemai benih cinta.

Obsesi… atau lebih saintifik, gila bayang? Itu yang membuat dia sendiri buntu dengan hatinya. Siapa yang dia cinta?

Adakah Hawaina milik Ridhuan atau milik Fahim? Atau Mafazi yang akan membelainya?

Adakah Marlia akan terus menanti Ridhuan atau membuka hatinya untuk Khairul?

Hardina, sudah sediakah dia dengan ujian? Adakah kembali mencari atau berpegang pada cinta Fahim?

Adakah hati remaja Norlia dapat menahan perasaan cinta yang hadir untuk Ridhuan, abang kandungnya sendiri atau dia terus memendam rasa dan tunduk dengan salam sayang Fizz Hamdie?

Adakah Michelle akan bersama dengan Ridhuan untuk terus mengenal Islam atau hanyut dalam belaian Zulfekar?

Adakah Zulfekar dapat menolak cintanya pada Hawaina dan terus hanyut dalam syurga dunia?

Dan, adakah kesetiaan Tan Sri Iskandar akan berterusan untuk Puan Sri Harlina atau dia berpaling tadah dan rebah dalam huluran sayang Siti Hadijah?

Bab 1

Bunyi dentuman pintu ditiup angin membuatnya terkejut.

‘Ish, buat orang terkejut aje,’ desisnya sambil mengurut dadanya. Leher bajunya yang terbuka mendedahkan sedikit bahagian dadanya. Segera dibutangkan. Risau sesiapa melihatnya.

Rambutnya yang ikal mayang yang dibiarkan lepas sesekali menyapu matanya. Rimas apabila hujung rambutnya memasuki mulutnya, dia segera mengikat rambutnya.

Dari belakang sepohon pokok sena dihadapan bangunan akademik itu, sepasang mata yang memerhati tingkahlaku gadis itu.

‘cantik,’ bisik pemilik sepasang mata yang dibayangi sepasang cermin mata berkanta yang agak besar.

Dia segera mengatur langkah untuk berlalu apabila menyedari keterlanjurannya memerhatikan gadis pujaannya.

“ Awalnya Hawa sampai kelas,” sapa suatu suara membuatkan gadis itu mendengus kecil.

‘mangkuk hayun ni lagi,’

“ Assalamualaikum, tak awal pun. Kau aje yang lewat,” balas gadis yang dipanggil Hawa itu. Tegas dan tegang. Langsung tiada kemesraan antara mereka.

Lelaki itu ketawa kecil mendengar sindiran bersahaja gadis itu. Dia tersenyum sendiri. Gadis itu membetulkan cermin matanya. Jejaka itu memerhatikan tingkahlaku gadis itu. Tanpa dia sedari, gadis itu sebenarnya kelihatan matang.Bukankah ini satu keajaiban? Hanya kerana kehadiran gadis dari kota metropolitan ini tahun lalu, ianya telah mengubah anak tunggal Dato’ Mokhtar ini kepada remaja yang lebih berguna. Buat seketika dia termenung. Kenangan awal tahun lalu membuatkan dia merasakan keanehan dalam dirinya. Adakah perasaan ini dinamakan cinta?

“ Woi, jalan tak guna mata ke?” jerkahnya terhadap seorang gadis yang baru melintasi ‘kawasannya’. Menjadi kepantangan untuk dia duduk diam apabila melihat pelajar perempuan yang melintasi ‘kawasannya.’

“ Eh, dia buat bodoh pulak,” bebelnya sendiri. Buat setika gadis itu menoleh dan buat seketika juga, dia terpaku. Perkataan yang terpancul keluar dari mulutnya hanya satu, cantik!

Gadis itu tiba-tiba tersenyum melihat reaksi mukanya. Dia jadi serba tak kena.

“ Kau pekak ke?” ajumya sambil menggayakan perwatakan orang pekak. Tiba-tiba senyuman gadis itu mati. Gadis itu segera melangkah kearahnya. Kali ini dia jadi menggelabah. Kenapa? Adakah benar, wujudnya cinta pandang pertama?

Gadis itu segera menanggalkan earphones yang melekat ditelinganya. Matanya difokuskan tepat kearah jejaka itu. Sekilas dia dapat menangkap perkataan yang tersusun kemas pada tag nama lelaki itu. Wan Ahmad Ridhuan Fareez bin Dato’ Wan Ahmad Mokhtar.

“ Apahal kau memekik panggil aku?” aju gadis itu tegas. Bengang dengan tindakan Ridhuan memanggilnya pekak.

“ Kau langgar aku tak reti nak mintak maaf,” balas Ridhuan selamba dan kata-katanya disambut oleh hilai tawa rakan-rakannya, namun tiada siapa mengetahui, jantungnya berdegup kencang apabila berdiri hanya demgam jarak satu meter dari gadis itu. Gugupnya bertambah apabila gadis cantik yang bikin hatinya tidak keruan itu seolah-olah bakal memakannya. Seketika mindanya melayang. Pelbagai andaian yang muncul.

Andaian pertamanya ialah gadis itu bertindak menikamnya menggunakan pedang samurai yang digunakan oleh Ryu seperti dalam cerita Bleach.

Lebih zionis pada andaian keduanya apabila gadis itu memenggal kepalanya seperti askar Jepun dizaman penjajahan mereka di Tanah Melayu dahulu.

“ Aku dah mintak maaflah songek! Kau ni memang ada masalah pendengaran betul,” balas gadis itu selamba. Dalam hati, dia menyumpah sepuasnya. Mangkuk jamban betul!

“ beradablah sikit, tempat orang ni,” balas Ridhuan tidak mahu mengalah. Degupan jantung semakin menggila namun dia cuba bersikap neutral.

Kali ini gadis itu mendekatinya. Tindakan gadis itu membuat dia sedikit bingung dan tertanya-tanya.

Tiba-tiba kolar bajunya ditarik lembut oleh gadis itu. Wajahnya kini hanya satu inci dari wajah gadis itu. Nah, ternyata gadis kota ini sudah biasa bergaul bebas. Kalau tidak, masakan dia berani bertindak untuk mencium aku dikhalayak ramai.

Tidak sempat dia bermonolog sendiri, satu penumbuk singgah di perutnya. Ridhuan menjerit kesakitan.

Sorry,” ucap gadis itu sambil berlalu. Padan muka kau!

Ridhuan pantas memanggil gadis itu sambil memanggil gadis itu.

“ Nama kau siapa?”

Gadis itu menoleh. “ Hawaina,”

“Ridhuan masih mahu mengenakan gadis itu.

“ Apa? Hawaii?”

“ Bongek! Nur Hawaina Faizura binti Tan Sri Iskandar,”

Ridhuan tersengih. Gadis itu sudah berlalu.

“ Terima kasih untuk ‘ciuman’ ini Hawaina,” bisiknya sendiri. Lembut tangannya mengusap perutnya. Perit tidak lagi terasa namun satu rasa yang asing singgah di hati. Apakah ini cinta pandang pertama?

“Yang kau gelak sorang-sorang ni kenapa?”

Suara Hawaina mengejutkan Ridhuan dari lamunan.

“ Kau tahu tak?”

“ Tak tahu pun,” balas Hawaina, tidak berminat.

“ Aku sukakan kau,” kata-kata Ridhuan membuat Hawaina mendongak kearahnya.

“ bongok!”

Hawaina selamba mengetuk kepala Ridhuan dengan hujung pennya.

‘ aku tak mampu untuk mencintaimu lebih dari sahabat. Pintu hatiku masih berkunci.Meskipun kau sudah lenguh mengetuknya. Cintaku pada Illahi masih belum utuh.’

Ridhuan tersengih. Malu dengan keterlanjurannya. Dia sedar, Hawaina memang anak kelahiran kota, namun dia penuh ketimuran. Dia boleh dikatakan gadis melayu terakhir diceruk kota itu. Berbicara soal perasaan dengan gadis itu juga harus ada rasa malu. Tak boleh main lepas cakap aje.

‘ Dan aku takkan berhenti menanti kau Hawa,’

Dia nekad, cinta Hawaina wajar menjadi miliknya.

Bab 2

Bunyi pintu dihempas mengejutkan Hawaina yang sedang membelek malas buku teks Biologi tingkatan 5.

‘ Ya Allah, makhluk ni lagi!’

“ Assalamualaikum Hawa,” sapa Ridhuan ramah. Sengaja dia segera memberi salam sebelum dipotong oleh gadis itu.

“ Waalaikummussalam.”

“ Jom, balik dengan aku,” lantang suara Ridhuan. Ajakan itu lebih kepada arahan.

“ Tak nak,” selamba Hawaina menolak pelawaan Ridhuan. Nak ajak pun macam nak berperang!

“ Kenapa?” aju Ridhuan cuba meraih simpati.

Hawaina mencebik. ‘nak aku jujur ke? Kalau aku jujur senang aje jawapan aku. Aku rimas dengan sikap kau!’

“ aku nak balik dengan Papa Mohar,” balasnya.

Ridhuan tersengih. Segera dikeluarkan telefon bimbitnya. Telefon Motorola Luxury Edition itu baru sahaja dibelinya tempoh hari ekoran telefonnya rosak.

Pantas nombor telefon bapa saudaranya dihubungi.

“assalamualaikum,pa,” selamba Ridhuan memanggil lelaki itu dengan panggilan Pa.

“ Waalaikummussalam. Eh Wan, kau salah tekan nombor ni. Ni pakcik lah,” sakat Pak Cik Mohar. Geli hati dengan gelagat Ridhuan. Terdetik hairan dihatinya. Sejak bila Ridhuan menjadi sebegitu cuai.

“ apalah pa ni. Mulai hari ni Wan akan panggil pa… bolehkan?”

“ Kenapa pulak?”

“ Sebab bini saya yang panggil papa, saya pun kena panggil papa jugaklah,”

Ketawa Pakcik Mohar disambut senang hati oleh Ridhuan. Pakcik Mohar mengerti siapa ‘bini’ yang dimaksudkan oleh Ridhuan.

“ Kenapa ya Wan? Ada apa- apa yang boleh Pa bantu?” aju Pakcik Mohar tidak kekok dengan panggilan barunya.

“ Saya nak bawak bini saya keluar. Nak mintak izin lah ni,” selamba Ridhuan menyusun kata. Jelingan Hawaina menyebabkan dia tergelak. Adakah gadis itu tidak senang dia memanggilnya ‘bini’? Argh! Tidak hairanlah jika gadis itu menarik muncung sepanjang ikan todak. Sememangnya gadis itu tidak menyenangi perbuatannya itu.

Selepas tamat berbual dengan Pakcik Mohar, Ridhuan segera menghampiri Hawaina.

“ Jom, papa bagi kau balik dengan aku hari ni,” ujar Ridhuan sambil tersengih. Dia sudah membayangkan keseronokan bersiar-siar dengan gadis manis itu.

Sebenarnya niatnya ikhlas ingin menumpangkan Hawaina pulang dek kerana kasihan melihat kekalutan Pakcik Mohar. Rehat tengah harinya digunakan untuk menjemput Hawaina. Seharian pula berkurung didalam biliknya di pejabat. Sejak dinaikkan pangkat sebagai Pengawai Pemasaran membuatkan Pakcik Mohar semakin sibuk.

Hawaina mencebik mendengar kata-kata Ridhuan. Kalau dia diberi kekuatan untuk membelasah jejaka dihadapannya ini, pasti jejaka itu sudah mati dikerjakan.

Hawaina segera bangkit sambil menjawab, “ Hantar aku sebelum pukul 5 petang,”

Segera langkahnya diatur menuju ke kereta Persona yang dipandu Pakcik Zaman. Melihat lelaki itu menguap keletihan, terdetik rasa kasihan pula dia melihat lelaki berusia awal 40 an itu. Sejak isterinya meninggal dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk terus solo. Sendirian menjaga anak keduanya yang kini menuntut di MRSM Kuala Berang. Anak sulungnya pula baru sahaja mula berkerja sebagai jurutera di High Class Construction SDN. BHD, syarikat kejuruteraan ternama di Semenanjung Malaysia, malah mempunyai cawangannya di luar Negara. Sememangnya lelaki itu wajar dijadikan ikon Bapa Mithali.

“ Pakcik, kita orang nak makan dekat KFC, jom join,” ujar Ridhuan sambil menepuk lembut bahu lelaki itu. Kemesraan antara mereka sudah lama dijalinkan. Sejak hari pertama mereka berkenalan.

“ tak apalah Wan, pakcik ada kerja lagi ni. Lepas tinggalkan kamu berdua kat Ganu Mall, pakcik nak pergi jemput Dato’. Dia nak keluar dengan Datin hari ni,” terang Pakcik Zaman tanpa dipinta. Ridhuan sekadar mengangguk tanda mengerti.

Hawaina sekadar mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan cara untuk lari dari jejaka itu. Kerimasan menyebabkan otaknya terasa seperti ingin meletup.

Beberapa rancangan telah direncanakan.

Rancangannya yang pertama ialah dia cuba bertindak secara selamba. Beralasan untuk ke tandas sudah memandai untuknya melarikan diri. Namun idea itu terbang melayang apabila dia teringat peristiwa Ridhuan menantinya dipintu biliknya sewaktu mengajaknya keluar.

Rancangan yang kedua agak dramatik apabila dia bercadang untuk berpura-pura dipaksa oleh Ridhuan untuk mengikutnya. Alah, ala-ala kena dera. Tapi rancangan itu mati disitu juga. Sekiranya Ridhuan dibelasah, alamatnya dia yang perlu merawat lelaki itu. Itu macam serah diri pulak!

Rancangan ketiga agak agresif kerana dia merancang untuk bertindak memukul Ridhuan sekiranya dia dikejar. Namun, rancangan itu membuatkan dia tersenyum sendiri.

‘ Kang, aku dikatakan sebagai perempuan gila pula,’ bisiknya.

Ridhuan pula melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Adakah wajar dia berbicara tentang hati dengan gadis manis ini hari ini? Atau guna peluang ini untuk mengeratkan hubungan mereka?

Perlahan keluhannya dilepaskan. Terasa sangat berat untuk menggantikan karbon dioksida dengan oksigen yang baru. Paru-parunya terasa sukar untuk melakukan rutinnya. Hatinya terasa pedih. Adakah benar kata Mama, dia sudah dilamun cinta?

Setibanya di Ganu Mall, langkahnya diatur menurut langkah Ridhuan.

“Hawa, jom pilih baju,”

Hawaina mengangguk. Biarlah, tu duit dia. Aku ok aje, desisnya.

Blaus berwarna merah jambu yang dihulurkan oleh Ridhuan dicapai. Hawaina sendiri memuji pilihan Ridhuan itu cantik. Memang anak mak betul dia ni, desis Hawaina.

Please , try it first,” pinta Ridhuan.

Hawaina hanya menurut.

Seketika gadis itu keluar dari bilik persalinan. Buat seketika Ridhuan terpaku. Cantik! Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Apalagi yang sesuai untuk memuji gadis manis itu? Ya, manis. Walaupun hanya bertocang satu ekor kuda, dia tampak manis.

ok , we’re going to pay for it,” ujar Ridhuan. Hawaina sekadar tersenyum. Dia sebenarnya kepenatan namun sebagai sepupu Ridhuan, dia tidak mahu mengecewakan jejaka itu.

Langkah mereka diatur menuju ke eskelator. Sengaja Ridhuan mengejar langkah Hawaina. Namun baru sahaja ingin menyamai langkah Hawaina, gadis itu berhenti secara mengejut.

“ Kita singgah sini kejap,” ujar Hawaina sambil mengatur langkahnya ke kedai alat komunikasi itu.

“ Cantik tak model tu?” aju Hawaina sambil menunjuk kearah telefon model terbaru itu.

Ridhuan mengangguk. Elegant and stylish, bisiknya.

Hawaina menumpukan sepenuhnya pandangannya pada sebuah model terbaru Nokia. Ternyata model itu menarik minatnya. Namun buat seketika dia tersedar. Telefon pemberian papanya masih elok lagi. Telefon Nokia 5302 itu masih gah untuk digayakan.

“ Tak apalah,jom pergi KFC,” kata Hawaina sambil memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket seluar Levi’snya.

“ Tak nak beli ke Hawa? Cantiklah telefon tu,” aju Ridhuan.

“ Tak apalah. Lain kali aje,” Ridhuan memandang Hawaina mencari kepastian. Dia sedar, bukan masalah kewangan yang menjadi masalah pada Hawaina namun sikap berhematnya dalam berbelanja membuatkan dia tidak mudah mengikut nafsu.

“ erm… aku bukan apa, hand phone kau tu dah agak kuno kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain. At least, you can have a new one,” telus Ridhuan berbicara. Hawaina tersenyum. Dia sedar perkara itu tetapi biarlah. Itu bukanlah perkara penting.

“ Aku tak kisah Wan. I use this hand phone to contact family, friends, relatives, and maybe teachers, only. At least I do have one, compared with others that doesn’t a chance to have even cents,” ujar Hawaina sambil tersenyum. Ridhuan turut tersenyum. Sememangnya gadis itu sangar cantik. Cantik rupa paras, dan dan akhlak. Kali ini Ridhuan nekad, telefon bimbit model terbaru itu ajan menjadi hadiah ulangtahun Hawaina tahun ini.

Memandangkan hari lahir Hawaina jatuh pada Ahad minggu hadapan, itu membuat Ridhuan menyimpan kukuh azam itu.

Bab 3

“Sayang, nak makan apa?” aju Hawaina tanpa menoleh. Matanya khusyuk memerhatikan satu persatu menu yang ada. Ridhuan terpana. ‘Heard that? She called me Sayang! Can you believe that?’ soraknya dalam hati. Namun belum sempat lagi Ridhuan menjawab pertanyaan Hawaina, Ridhuan terus mematikan niatnya apabila mendengar suara Hawaina.

Eqlas, akak tanya ni… Las nak makan apa sa…?” kata-kata Hawaina terhenti apaila menyedari yang berdiri disisinya ialah RIDHUAN!

Ridhuan tersengih. Hampeh! Buat aku perasaan aje. Nasib aku tak jawab, kalau tak buat jatuh saham aku aje.

Hawaina tersengih. Mungkin kerana pada kebiasaannya dia menemani adiknya Eqlas pada setiap hujung minggu ke restoran makanan segera itu. Hawaina sedar, dia sudah mula merindui keluarganya.

“ Wan, semua Cheesy Wedges ni aku punya. Jangan mengada nak,” tegas Hawaina. Sudah menjadi hobinya menguasai hak memakan Cheesy Wedges seorang diri. Hal itu yang menyebabkan Eqlas memanggilnya ‘Hantu Keju’.

Buat seketika hatinya digeletek rasa geli hati apabila teringatkan kerenah adaik bongsunya itu. Walaupun sudah berusia empat belas tahun, namun sikap keanak-anakannya masih terserlah.

Ridhuan pula hanyut dalam angannya. Apakah Hawaina sudah mempunyai pacar? Lantas jika ada, kenapa Hawaina tidak pernah menceritakan tentangnya? Namun, jika Hawaina masih belum berpunya, mengapa tembok hatinya sukar sekali dibolosi?

Mindanya sendiri pusing memikirkannya. Entah-entah Hawaina seorang LESBIAN? Tidak, mintak jauh! Kang melepas aku nanti, desisnya.

Namun pantas pula hatinya diketuk geli hati. Kenapa dia senang sekali menyukai gadis itu walhal dia mereka baru berkenalan rapat beberapa bulan lalu.

“ Hawa,kau ada pakwe?” aju Ridhuan selamba. Sebenarnya dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa kecutnya dirinya ketika itu.

“ Ada,” ringkas jawapannya. Hawaina masih menikmati ayam goreng yang dipesannya sebentar tadi.

“ Serius?”

Hawaina mengangguk.

“ Pokwo Wei, pakcik aku sebelah mama aku,” Hawaina mengangkat mukanya menghadap Ridhuan.

“I’m not interest in love yet,”

Hawaina tahu maksud Ridhuan. Dia sengaja berpura-pura. Baginya, perasaan suka tak sepatutnya ditunjukkan secara terang-terangan. Tak macho gitu!

Selesai menunaikan solat isyak, Hawaina mendekati balkoni, Kini minda Hawaina kembali menerawang. Kerinduannya terhadap keluarganya sudah tidak dapat dibendung lagi. Andai dia lupa di mana dia kini berada, sudah pasti dia akan meraung kesayuan.

Bukannya dia sanggup berpisah dengan keluarganya namun keadaan yang memaksanya. Kadang-kadang dia buntu dengan tingkahlaku dan layanan mama terhadapnya. Mengapa harus dia disalahkan jika Papa mencari teman baru? Baginya wajar jika ada insan lain wujud dihati papa. Mama yang memulakan semua ini. Mama!

Dia mengeluh kecil. Kata-kata mama masih terngiang ditelinganya.

“ Kau dengan ayah kau sama aje. Kalau bukan sebab kau, kakak kau putus tunang. Kau yang menggatal dengan si Zulfekar tu. Ayah kau tu pun menggatal dengan bini orang,”

Perit untuk menelan kata-kata itu. Sampai hati mama! Aku tak pernah menyukai si gatal itu malah membencinya. Mana mungkin aku mendampinginya?’

Kak Dina harus dihubungi!

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Hawaina. Melihat nama yang tertera di skrin telefonnya membuat Hawaina tersenyum.

I need the whole explation from you, dear,” ujar Hawaina.

Hawaina yakin ada sebab mengapa pertunangan kakaknya diputuskan.

“ Hawa, akak tau Hawa risau. Bukan niat akak nak buat Hawa risau tapi adik, dah ketentuan Tuhan pertunangan kita putus. Nasib baik putus sekarang, kalau dah kahwin nak bercerai, lagi teruk,” adu Hardina.

“ Hawa… kak baru sedar selama ini Zul tak pernah cintakan akak. Dia sengaja pinang akak untuk pisahkan akak dengan Im. Dia Cuma nak balas dendam kat Im sebab Im dapat miliki hati akak dan menyebabkan dia dipandang rendah oleh rakan-rakannya. Dia bertaruh untuk dapatkan akak supaya dia dapat malukan Im. Sekarang dia dah ada perempuan lain,” sambung Hardina.

Hawaina sekadar mengangguk. Walaupun dia tahu kakaknya tidak melihatnya. Dia sendiri sedar dengan sikap Zulfekar. Jika benar dia ikhlas mencintai Hardina, mengapa dia sanggup menipu Hardina semata-mata ingin keluar bersama dengannya. Sememangnya buaya itu miang, lebih miang dari daun keladi!

“ Hawa… akak harap Hawa dapat terangkan pada Mama. Akak berharap pada Hawa,” permintaan Hardina seumpama hukuman untuk Hawaina. Berbincang secara terus dengan mama seumpama menyerahkan kepala untuk dipancung. Hawaina mengeluh sendiri. Hardina tidak memahami situasinya.

Bab 4

Hawaina merasakan dahinya terlalu kebas. Suhu badannya meningkat sejak semalam. Dia demam!

Langkahnya diatur longlai menuju ke bilik air. Sengaja digagahi kudratnya untuk bangun. Baginya demam bukan alas an untuk meninggalkan sesi persekolahan.

Selesai mandi, dia segera mendapatkan pakaian. Kawajiban harus dijalankan secepat mungkin. Telekung sembahyang dicapai dna sejadah dihamparkan. Dia tenggelam dalam kesyahduan menghadap Illahi.

Kedinginan air yang mencucuri badannya masih terasa meskipun dia sudah menuruni tangga.

“ Selamat pagi sayang,” sapa Mama Rohaida, isteri Papa Mohar.

“ Selamat pagi mama,” sahut Hawaina ceria.

Hawaina terus merapati wanita berusia tiga puluh sembilan itu. Hasil perkongsian hidup dengan Papa Mohar, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini belajar di UNISEL dalam jurusan pengurusan perniagaan. Erman namanya. Dia baru berusia 20 tahun. Hawaina tersenyum sendiri.

Bukakah jejaka itu suka mengusiknya? Namun Hawaina tahu, Erman sangat menyayanginya seperti adik sendiri. Hawaina tersentak apabila dahinya disentuh lembut.

“ Sayang demam kan? Tak payah pergi sekolah lah,” ujar Mama Rohaida prihatin. Hawaina tersenyum.

“ Tak apalah mama. Hawa kena ambil nota, minggu depan exam,”balas Hawaina. Memikirkan hari ini merupakan hari Jumaat, dia kuatkan semangat untuk ke sekolah.

Puan Rohaida sekadar mengangguk. Dia kenal benar Hawaina. Gadis itu sukar dipujuk.

Kehadiran guru muda itu ke dewan membuatkan Hawaina mencebik dalam hati, namun dia membuat muka selamba.

“ Boleh saya jumpa Hawaina Faizura?” suara Cikgu Fahim itu menarik beberapa pasang mata memandang Hawaina yang mendagu di tangga pentas. Hawaina tidak mengendahkannya. Apalah masalah pakcik ni? Seingatnya baru sahaja dua tiga hari yang lepas dia mengenakan guru muda itu. Akibatnya, dia terpaksa pulang kerumah dalam keadaan basah lencun.

“ Hawaina?” sapa Fahim mengejutkan Hawaina.

“ Ya cikgu, ada apa?” aju Hawaina, malas. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meninggalkan guru muda itu.

“ Hawa tak sihat ke?” aju Fahim sambil meraba dahi Hawaina.

“ Saya sihat aje,” jawab Hawaina sambil menepis kasar tangan Fahim.

“ Saya sibuk ada kerja. Saya minta diri dulu, assalamualaikum,” pantas Hawaina menyambung. Dia bingkas menuju ke pintu keluar. Dia rimas didekati guru muda itu. Memang lelaki itu punyai pakej yang agak sempurna namun dia seusia dengan kakaknya sendiri. Gila kalau dia menerima lelaki itu!

Kelibat Ridhuan dicarinya. Awal-awal lagi Ridhuan sudah memaklumkan padanya bahawa mereka akan pulang bersama. Melihat jarum jam sudah hampir jam ke angka dua belas, Hawaina semakin tidak sabar untuk pulang kerumah. Namun tiba-tiba matanya kabur. Dia tidak sempat menoleh apabila mendengar namanya dipanggil sebaliknya rebah disitu.

Fahim tidak mengendahkan jeritan pelajar-pelajar sebaliknya terus mendekati tubuh Hawaina yang terkujur lemah diatas lantai.

“ Cikgu, angkatlah Hawa tu. Bawak ke hospital,” suara Diana, rakan baik Hawaina memecahkan keriuhan yang berlaku. Dalam kekabutan itu, Fahim terus bertindak mendukung Hawaina.

Tingkahlakunya diperhatikan sepasang mata yang redup. Hati siapa tidak tersentuh andai gadis yang dicintai didukung seorang lelaki asing?

Jejaka itu terus meninggalkan kumpulan pelajar itu.

“ Cikgu, saya nak ikut,” pinta Ridhuan. Fahim mengangguk. Dia sedar, Ridhuan lebih rapat dengan Hawaina.

Sepanjang perjalanan, Ridhuan lebih banyak menoleh ke belakang melihat Hawaina. Perjalanan itu hanya memakan masa lima belas minit dari Sekolah Menengah Elit Bestari Besut (SMEBB) ke Hospital Besar Besut.

Ridhuan merungut dalam hati. Dia sendiri melihat tindakan Fahim meraba dahi Hawaina. Dia sendiri bengang. Tindakan Ridhuan mendukung Hawaina juga membuat hatinya bagai dirobek.

“ Ridhuan, apa hubungan awak dengan Hawaina?” aju Fahim mmecahkan kesunyian.
“ Sepupu,” ringkas jawapan Ridhuan.

“ Tak lebih?”

Ridhuan memandang tepat kearah Fahim. Penyibuk!

“ Hawa tak bersedia untuk sebarang hubungan. Cuma dia tak rimas dengan saya macam dia rimas dengan cikgu,” sindir Ridhuan. Padan muka kau cikgu!

Selesai mendaftarkan Hawaina kedalam wad, Fahim dan Ridhuan menyiapkan diri untuk menunaikan fardu kifayah, solat Jumaat dan fardu ain, solat fardu Zuhur.

Walaupun hati masing-masing berat untuk meninggalkan Hawaina di wad sendirian, namun dikuatkan juga iman untuk beribadat kepada Allah.

Masing-masing juga dengan agenda masing-masing. Mahu menjaga puteri idaman hati.

Bab 5

Melihat Hawaina terbaring lesu, Ridhuan dihambat keresahan. Hawaina mengalami kemurungan yang menyebabkan tekanan darahnya rendah. Sebab itulah dia pengsan. Ridhuan meraup muka.

Dia merasakan bagaikan seorang penjenayah yang dibuktikan bersalah. Hawaina sakit, namun dia tidak menyedarinya.

Tangannya membelai lembut rambut Hawaina. Dia terlalu kasihkan gadis itu kerana wajahnya seiras Dina, cinta pertamanya.

Dina… mungkin sekarang kau sedang berbahagia dengan Zul. Aku tahu, mungkin jodoh kita dah tak ada. Sebab itulah aku cuba buka hati aku untuk orang lain. Dan, Hawaina yang mengusik hatiku. Tapi adakah dia akan menerima aku? Argh! Aku keliru. Adakah aku benar-benar mencintai Hawaina atau aku sekadar melepaskan kerinduan aku pada Dina? Fahim memejamkan matanya rapat.

Bunyi berdehem membuatkan Fahim membuka matanya.

“ Saya harap cikgu tolong jangan ganggu Hawa. Dia tak sukakan cikgu, faham?” tegas Ridhuan. Dia harus berdepan dengan guru muda itu.

“ Saya cintakan dia. Tolong jangan rampas dia daripada saya. Dia terlalu muda untuk cikgu. Beza usia cikgu dengan kami bukan setahun dua tapi, tujuh tahun. She’s not belong with you,” Ridhuan lebih membentak. Dia mendekati Hawaina sambil mencapai lembut tangan Hawaina.

Fahim tersenyum. Dia sedar tentang perasaan cinta yang wujud dalam hati Ridhuan, namun tiada cinta yang wujud dalam mata Hawaina. Ridhuan juga mengetahuinya.

“ Tolong jangan ganggu kami,”

Fahim mencapai tali lehernya. Dia merapikan diri untuk pulang.

“ Ridhuan, tak jantan kalau menang tanpa bertanding,” sindir Fahim.

Ridhuan tersenyum. Itu cabaran, bukan?

“ Dan tak jantan kalau menyerah sebelum kalah,” sambung Fahim sambil membuka pintu wad yang menempatkan Hawaina.

“ Kita lawan,” putus Fahim sambil mengangkat tangan. Ridhuan mengangguk. Ya, kita lawan.

Persembahan daripada Wan Farid yang mewakili tingkatan tiga itu benar-benar memukau. Lontaran suaranya menggoncangkan jantung gadis-gadis yang mendengarnya.

“seterusnya kami menjemput Ridhuan Fareez untuk mempersembahkan nyanyiannya,” suara serak basah Fateen Nadia, pemenang anugerah PERANTA sebagai pendeklamasi sajak terbaik itu membuatkan Ridhuan berdebar.

Dia melangkah penuh keyakinan menuju ke pentas. ‘this is for you, Hawaina,’ azam Ridhuan.

Ridhuan melabuhkan punggungnya dikerusi bulat yang tersedia diatas pentas. Beberapa kali dia membetulkan tempat duduknya. Mikrofon didekatkan supaya suaranya jelas. Dia membetukkan letak gitar akustiknya.

“ Lagu ini saya nyanyikan khas untuk gadis yang teristimewa dihati saya,” ujar Ridhuan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan bersorak.

“ Marlia! Marlia! Marlia!” suara yang bingit bersorak menyebut nama pelajar perempuan kelas 5 Bahtiar membuat Ridhuan tersenyum sendiri. Gila dia kalau dia menyukai gadis bersifat hantu tu!

“ Hawaina Faizura, saya cintakan awak,”

Andainya kau jadi milikku,

Selalu ku nyanyikan lagu rindu…

Andainya kau dan aku bersatu,

Dunia ini berseri selalu…

Ku ingin dirimu dekat dihatiku,

Berdua kita kan raih bahagia,

Ku ingin dirimu turut merasa rasa rindu tuk menatap matamu,

Menatap matamu….

Ridhuan menyudahkan nyanyiannya dengan sorakan para penonton. Hawaina tergaman.

‘Gila ke apa mamat ni?’ bisik hati Hawaina. Baginya, lagu dendangan Aril itu hanyalah angan-angan Ridhuan. Tiada cinta yang wujud dihatinya. Dia sekadar memberikan reaksi selamba. Dia tidak mahu menunjukkan betapa dia terkejut dengan tindakan mereka.

“Saya jugak nak buat persembahan malam ni,” suara Fahim telah memecahkan suasana.

Semua pelajar bersorak keghairahan. Semuanya tidak mahu terlepas persembahan istimewa dari guru muda yang pernah memenangi pertandingan Suara Hati anjuran Zaid Muhaidin, penyanyi indie Malaysia.

“ Lagu ini khas untuk Hawaina, gadis paling istimewa dalam hidup saya,” kata-kata Fahim disahut dengan sorakan gemuruh daripada barisan guru-guru pula. Mungkin masing-masing terkejut dengan kata-kata Fahim yang lebih kepada pengakuan cinta.

Aku pernah mencinta,

Gadis sepertimu…

Namun tak lama bercinta,

Putus pula…

Ku bawa hatiku yang lara kesini…

Kelembah tiada ku kenali…

Ku mencari ketenangan abadi,

Untuk membimbing aku…

Namun kau pula hadir dalam hidup,

Dan ku mencintaimu pula...

“ Aku cintamu sayang… aku cintakanmu Hawaina,” Fahim menyudahkan nyanyiannya. Kali ini Hawaina sudah berdiri dihadapan pentas. Dia merungut sendiri.

‘mesti semua ingat aku suka menggoda, benci betul aku kat mamat-mamat ni!’ rungutnya.

“ Saya nak buat persembahan penutup,” lantang Hawaina bersuara.

Dia segera menaiki anak tangga pentas. Langkahnya masih teratur. Walaupun hatinya sedang menyumpah seranah Fahim dan Ridhuan.

Stop! Jangan buang waktu…

Stop! Kau tahu aku memang tak mahu…

Menerimamu untukmu jadi belahan jiwaku,

Menjadikanku dewa paras siang dan malammu,

Berhenti…

Berhentilah mengharapkan aku,

Sempurnakan hidupmu,

Ceriakan hari-harimu…

Berhentilah aku tak seindah,

Rayuan manismu…

Sungguh aku tak sehebat itu..

“ Please stop making a fuss. No love for you, guys. Leave me alone,” ujar Hawaina sambil melarikan diri kebelakang pentas. Dia sedang ketakutan. Takut mengecewakan orang lain. Takut untuk kecewa. Takut untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Takut perkara silamnya berulang. Takut untuk berdepan hari-hari mendatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...