Sabtu, 18 Februari 2012

precious moment ever

 

DSC00114

acara sarung cincin oleh ma beliau

 DSCI0218

sesi bergambar bersama kekasih hatiku, mama and makcik Fatimah…

DSC00102 

hantaran kedua belah pihak

ours is green =)

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar…

semoga dipermudahkan urusan akan datang..

aaaamin~

Khamis, 26 Januari 2012

kena ikat!


Alhamdulillah…
Fasa  baru dalam hidup aku bermula. Transformasi 180 degree. Kenapa bukan 360 degree? Sebab belum dapat letak gelaran ‘mam besar’ kat depan. *kidding!

Aku dah jadi tunangan orang? *sujud syukur

Aku sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya majlis berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada ‘suara-suara’ kurang enak kedengaran, tapi aku yakin pada ketentuan-Nya dalam solat istikharahku. InsyaAllah.   

10th November 2011. Beliau (a.k.a  tunang) amek cuti semata-mata nak habeskan masa bersama aku. even hanya datang borak-borak kat umah (ditemani along n makcik Fatimah). Time tu cuti sem break almost end. Before beliau balik aku cuba cari kekuatan untuk suarakan hasrat aku. tapi aku tak cukup kuat. aku menangis jew. Serius, aku pun tak tahu kenapa. Pelik! Beliau panic actually..and aku senyum sambil nanges (horrornyew~~) gtau akan mesej beliau nanti. After solat Zohor, aku mesej beliau. Panjang-panjang~

Aku redha andai jawapan yang bakal beliau beri adalah negative. Aku detailkan setiap hasrat aku dengan alasan. And Alhamdulillah, jawapan yang aku terima adalah sangat positif.

Malamnya aku terima lagi mesej dari beliau. Kali ni I’m totally shock! Beliau ciap bincang ngan ma beliau and gtau rombongan merisik will come in few days. Ape???

Versi mama aku bermula few days before. Aku drive kete, mama dok sebelah. Aku did gtau mama wanna say something serious. Dari pergi Bandar, sampai balik umah balik, aku tak jugak Berjaya luahkan. Malamnya sambil baring-baring bergosip, aku try lagi. Berkias-kias so that mama tak shock. And mama just gtau if betol aku serious mama akan held majlis yang serba ringkas. Stop situ for that night.

Bersambung balik after got message from him. I told mama rombongan merisik nak datang and if mama setuju cuti raya cina langsung (majlis tunang). And surprisingly, mama tak marah tapi tetapkan terus wane tema, hijau krim! Alhamdulillah~

Namun acara merisik terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terus tunang!

So, bermulalah sesi menyiapkan barang hantaran,mencari baju,barang mini pelamin and os0 sewaktu dengannya.

Balik kampus, tugas aku hanya mencari baju untuk majlis and alas pahar sementara yang lain mama and MCF yang handle.

And today, 23rd January 2012 majlis berlangsung. And I’m still shock!

Dalam majlis yang sederhana, Alhamdulillah.

“…Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Semoga Allah panjangkan jodoh kami, amin~
Wallahua’llam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Rabu, 7 Disember 2011

Menjadi solehah atau mencari soleh?


Assalamualaikum semua…

Baru-baru ni aku terbaca satu statement yang membuatkan aku terkesima seketika.

“ramai yang tersalah memasang niat untuk berubah. kadang kala kita berubah menjadi solehah/soleh bukan kerana Allah S.W.T. tapi untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah. Padahal Dia yang lebih layak untuk kita dambakan.

Ingat, semuanya kerana Allah…”

Tak salah untuk mencari yang terbaik untuk diri tapi nawaitu yang asal kena betul. Berubah lillahi taala dengan harapan Allah temukan dengan insan yang baik untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih solehah/soleh. Itu baru betul.

Kebetulan my friend mengalami nasib yang lebih kurang. So, tibe-tibe aku terpikir..
Aku salah sorang ke?

Ya Allah..aku rasa aku jahil. Kerdilnya aku.

Dan lagi satu. Bila kita berubah kerana nak dapatkan suami imam muda bapak mertua tok lebai, kadangkala kita kurang istiqamah.

Kerana?

Bila kita sentiasa berharap pada yang akan mati maka sampai masa kita kecewa kerana yang diharap tak mendatang yang dirancang tak menjadi. Padahal yang tak kan mati (Allah ta’ala) sentiasa mahukan hambanya berharap pada-Nya.

So, bila sampai kita kecewa kita akan stop dari ‘berubah’. Maybe tak semua. Tapi still ada.

Berubah perlukan istiqamah.

Maaf andai kata-kata aku agak tidak sopan atau mungkin kurang ‘educated’. Still belajar dari semua benda.

Wallahua’llam…

Jumaat, 25 November 2011

bila sedih...


Assalamualaikumwarahmatullah…
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas.
Baru few second my BFF datang and did cry for something that just comes up.  Keep told me yang dia sedih. And aku turut merasai sedihnya.

Sebab?

Aku kan kawan dia..bak kata orang purba dulu kala, cubit paha  kanan ayam paha kiri terasa sedap juga. Tol la kan??

Ok.. sebenarnya aku ni jenis yang tak reti nak bagi nasihat kat orang yang tengah sedih. Takut nanti apa yang kata tak kena tempat or maybe disalah tafsir buat orang makin sedih. Ada la cikit-cikit ayat dak sekolah aku bagi, tapi biasanya doesn’t work. =,=

Teringat balik kenangan dulu-dulu. Not that dulu2 sangat. Last year kalo tak silap aku. My mom rasa hidup dia kosong sangat, sedih, tertekan. Because of a bad person. Sebagai anak perempuan sulung, almost everything mama akan share ngan aku.

So disebabkan aku adalah seperti yang aku tulis kat atas, aku beli buku La Tahzan (jangan bersedih). Aku beli yang kecik2,ada tiga volume. Even aku pon tak habes baca tapi aku bagi kat mama aku. Every day mama did bring it to her office. And bila ada masa luang, mama baca. Alhamdulillah, the result is POSITIVE!

Mama no longer bersedih because of that person.

Ya Allah, bersyukur sangat.

Haaaa…tapi bukan sebab buku tu. Sebab Allah S.W.T. buku tu jadi panduan dan sebagai ingatan. Kita kan manusia yang lemah, perlu sentiasa diingat dan mengingati.

Saat engkau gagal dalam menggapai mimpimu, Yakinlah bahwa ALLAH sedang menguji keistiqamahanmu agar tetap berjuang.
Saat engkau merasa tersakiti, Yakinlah bahwa ALLAH sedang mengujimu untuk bisa memaafkan.
Saat engkau merasa jiwamu hampa.. sepi dan sendiri.. Yakinlah bahwa AlLLAH akan selalu ada untukmu.. selalu menemanimu.

so...bila sedih ingatla, Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah~ ^__^

Khamis, 27 Oktober 2011

Interaksi Forensik Penang part 1


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah termakbul jua hasrat nak wat interaksi Kelab Sains Forensik UKM yang grand lagi best! Saya dahulukan dengan ucapan tahniah kepada incik Jefri and anak buah..huhu!
Syukur atas nikmat dari-Nya…

So,details about the program is
Venue: USM and sekitar Pulau Pinang
Date: 21-23 October 2011

Haa..before that aku nak puji desasiswi kat USM sebab blok M04 Saujana is awesome and bilik yang aku dapat double great awesome! Toilet syokks lagi bersih tidaksepertidisiniyea.
Dari tingkap bilik aku diami (tingkat 7 laa katakan) aku ley nampak part of Bandar and laut, sea-view uols! And at night nampak lampu yang sangat cantik. So impressed!
pemandangan jam 7.30 pagi

Part 1 (Ice-breaking)

Bermula di dewan kuliah USM, kami memulakan sesi ice-breaking dengan bahagi into small group.  My group members are:

Group name: Westlife
v  Hanif (my lil buddy)
v  Kak Fady
v  Azni
v  Syikin
v  Elaine
v  Wong
v  Kak Ain
v  Rafha (aku lew tew)

Task 1 (A E I O U)
          
        “ ada sang ulat bulu dengan kaki seribu siapa jumpa kakiku…kakiku
Jikalau tak dapat terpaksa ku melompat dengan kaki seribu kurang satu…kurang satu..”

Tugas kami yang pertama is perang dengan bom any other group together ngan huruf pe goin to replace huruf vocal. Sangat kelakar.. dan sangat sedih sebab my group adalah group kedua tersingkir. Huruf ‘O’ paling comey.. :O

Task 2 (tukar lirik)

Tugas ni agak mencabar sebab kami diberi satu lagu dan kami kena tukar whole lirik lagu tu dengan lirik sendiri yang berkait dengan BUAH! Nasib bek la my group sangat sporting and sambil gelak2 bagi idea kami Berjaya meng’compose’ lagu.
Lagu asal adalah Matahariku nyanyian Anges Monica

Pilihanku…
Terbuka sudah buah durian itu
Yang pernah ku jumpa dulu
Didusun Pak Abu
          Kini tak lagi menghantuiku
          Kutelah lupakanmu
          Epal jadi pengganti
*Berlambak sudah epal didalam peti
Tak tahu nak buat apa aku da buntu
Aku da bosan
Aku da boring
Kena cari yang lain
Tuhan tolonglah aku
          #Banyaknya pilihanku langsat ataupun duku
          Atau mungkinkah anggur
          Aku sudah tak tahu
@Beginilah nasib hidupku
Memikirkan tentang buahan
Akhirnya semua reject
Aku pilih BUAH DADU

Ulang *
Oooo..Oooo
Aku da buntu…
Buah dadu ku…

Best tak? Idea bersama yang sangat cool bagi aku laa.
So..berakhirlah malam pertama yang sangat syok!
Next is the 2nd part.

sekian~ 

Rabu, 26 Oktober 2011

TEKAD!

Salam…

Semalam 28th February 2011 berlangsungnya majlis Makan Malam Tahunan.
Berikut detail-detail majlis:
Tempat: DECTAR jew (tempat biasa laa)
Masa: 8.00 – 11.00 p.m.
Tema: Glam & Glitz
My meja’s number: C6

Menu:
Nasi beriyani dan nasi putih
Ayam masak merah
Sayur campur + ayam
Papadom
Caramel
Air bandung + soda + cincau

Tapi….
kitorang just dapat nasi puteh yang tak cukup untuk semua orang. Yang paling sedih, kitorang dapat nasi bila orang lain daa nak abes makan. +_+ down!!
**********************************
Daa berjela-jela majlis tue aku keluar dari dewan, sebab kat Panggung Seni ada majlis penutup Pekan Teater UKM.
Semangat nak tahu keputusan.
Keputusan kesuluruhan:
1st place: KTHO (Prasada)
2nd place: KPZ (citra… (lupa,sory)
3rd place: KBH (Tekad)
And tak lupa gak, KAK ECAH dapat Pelakon Harapan Wanita. (proud of U!!)
Actually, at first sangat terkejut sebab most of anugerah KTHO dapat. Anugerah khas juri, pelakon tambahan wanita terbaik, pelakon lelaki terbaik, tatarias dan busana terbaik, make-up terbaik, pengarahan terbaik dan akhirnya menang keseluruhan. Pape p0n, tahniah buat KTHO!
Berbalik pada Tekad, walaupun agak sedih dengan keputusan tue, tapi tetap bersyukur. At least kita menang jugak. Kan3???
Tahniah buat para pelakon ( abang Nuex, K’Ecah and os0 K’Yana) untuk lakonan mantap korang. Memang malato0p!
Untuk krew-krew production, korang memang hebat! Susah tue nak wat setting ngan costume tue. Tapi korang did it well!
Nie adalah produksi terakhir bagi senior-senior final year kat UKM. +_+’
happy to be one of Tekadians!


*credit to Susan Goo for this photo!

love

Cinta..
Kali ni aku nak share pasal kisah cinta..gtew~
Macam-macam kita dengar sal suka duka bercinta. Tapi aku honestly not expert at all bab-bab cinta. So, aku nak kongsi permulaan cinta dalam erti kata lain sesi ngorat mengorat..
bila seorang lelaki berkata "awak terlalu sempurna/baik untuk saya", itu bermakna beliau sedang menolak kamo.bukan kerana kamo sempurna @ baik tapi nak gtau yg kamo xsesuai ngan beliau
Pernah dengar tak ayat macam nie bila berkenalan dengan mana-mana lelaki? Sebenarnya banyak jenis (yeke ke orang panggil jenis ek?) perkenalan. Ada yang secara tak sengaja, sengaja, tak patut and so on. Tapi bila part nak ‘tamat’kan perkenalan tue seorang lelaki atau perempuan akan guna ayat di atas dengan harapan orang yang di reject tak kecewa sangat or frust menonggeng. Betol x?
Aku sendiri pernah dihadiahkan ayat ‘indah’ seperti di atas. Dan aku tak pernah salahkan lelaki itu malah berterima kasih sebab bagi idea aku nak tulis entry baru untuk blog aku. Hehe! Thanks bro…(^_^)
The best part is beliau rujuk makwe lama beliau and aku sangat happy for both of them. Cuma aku tak ley terima ayat beliau time tue.
“…saya harap faham yang saya dah berpunye dan saya sayang dia.”
Aku agak terkilan sebab aku ikhlas berkawan dengan beliau. Tanpa ada unsur-unsur lain, aku control pergaulan and ayat time berchatting. Kenape perlu beliau menggunakan ayat seperti diatas??? Tibaaaa jah!
Bukan aku nak kata beliau telah terperasan tapi kind of it. Bila beliau mesej gitau aku sal makwe dia, sikit pon aku tak sedih. Hmmm…pelik-pelik..
Sebenarnya rasa terkilan yang wat aku gigih menaip nie..
To encik PE..hope awak happy ngan pilihan awak..
Wassalam
RA: bila manusia diberi hak untuk bersuara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...