Ahad, 27 Februari 2011

hanjo

seperti dalam poster, sekarang sedang berlangsung Pekan Teater UKM 2011.

Lupa plak berapa kolej yang take-part.


Kelab Tekad join dengan Naskah Dari Jepun, HANJO.

sipnosis pendek:

cerita mengenai seorang Geisha, Hanako yang tak pernah penat menunggu seorang pemuda yang pernah dikenali, Yoshio. Mereka berjanji akan berjumpa lagi dan saling bertukar KIPAS TANGAN (Hanjo)sabagai tanda janji setia mereka. namun Yoshio tak juga datang. Hanako diselamatkan seoran pelukis wanita, Jitsuko Honda yang merasakan penderitaan Hanako dalam episod penantiannya adalah sesuatu yang indah dan menjadikan Hanako sangat jelita. bila berita mengenai Hanako tersebar melalui akhbar, Yoshio telah datang menemui Hanako di rumah Jitsuko, yang tak suka akan kehadiran pemuda itu. Jitsuko takut kehilangan Hanako. namun sebaliknya berlaku. Hanako tidak mengingati Yoshio. berlaku pertelingkahan sehingga akhirnya Yoshio nekad membunuh diri. Hanako kekal sebagai sang setia yang tak jemu menunggu dan Jitsuko gembira kerana 'pesaing'nya telah tiada.

Pelakon:

Yoshio: abang Nuex

Jitsoko Honda: Kak Yana

Hanako: Kak Ecah

Walaupun aku bukan ‘orang penting’ tapi sangat puas hati dengan persembahan dari para pelakon.

Teater yang mengambil masa lebih dari sejam sangat memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat.

Persiapan bermula lebih sebulan yang lepas (awal January) akhirnya berakhir semalam.

Keputusan pulak akan diketahui on 28th February 2011, malam.

(sangat mendebarkan~)

Semoga kemenangan berpihak pada kita!

Amin~

Wallahua’llam…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...