Sabtu, 31 Julai 2010

10 ciri-ciri lelaki idaman

assalamualaikum...

dewasa ni,macam-macam gejala sosial yang jadi...

dan aku takut aku jadi salah seorang dari mereka...nauzubillah,mintak jauh

aku takut aku lalai dan alpa...

Kita cakap sal KAWEN lak..menjangkau usia 20-an, aku rasa 'hormon' aku makin tak terkawal terutama bila bercakap pasal KAWEN!

tak salah kot idamkan something dan pikirkan benda yang bek kan...lagi pon aku pernah dengar ada sorang penceramah terkenal tanah air bagitau, seseorang yang berjaya dan bermatlamat hidup akan pikir 5 tahun ke hadapan.hehehe!s0, bagi aku,soal kawen termasuk lam perkara yang akan aku buat dalam masa 5 tahun nie..

haa...aku ada terbaca ciri2 lelaki idaman Hawa..nak tahu??

baca laaa!!

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

::aku rasa aku daa jumpa orang nye..aku harap sangat aku di temukan jodoh dengan dia sebab dia yang memenuhi pe yang aku nak dan akan melengkapi kekurangan aku..amin2...::

p/s:kawen awal tak salah kalo da ready selain dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat...!

Selasa, 27 Julai 2010

lLuVU 4 evA

Untuk mereka yang aku sayangi

Yang berada dalam hati aku

Kini dan selamanya….

:: Loving u is more than just a dream come true

And everything that I do is out of loving u

Loving u is easy because you are beautiful

Cause loving u has made my life so beautiful

And everyday in my life is filled with loving u…::

sesuatu yang hilang itu...

salam semua...

aku tak tahu sama ada ada orang baca atau tidak blog aku...

kalo xde pon xpe...

xpenting sebab blog ni untuk luahan pe yang aku rasa....

berbalik pada topic utama

aku sebenarnya rindukan aku yang dulu

walau ramai yang cakap aku macam2

tapi tetap ngan diri aku

kalo ada yang patut aku ubah aku ubah

kalo aku selesa ngan pe aku ada aku go on jew

tapi sekarang tak lagi

aku cepat goyah

aku cepat melatah

aku rasa aku sangat hipokrik

nak setanding ngan orang lain

sedang kan aku tutup semua kelebihan aku

untuk bandingkan kelemahan aku

dahsyat kan…

da abes pasal 2…

sekarang jam 5.56 p.m

tarikh July 27, 2010

aku rindukan family aku kat kampong

adik nurul aku yang kat MRSM Pekan

Boy yang kat SMT Shas Kuala Lipis

Rindu sangat2..

Walaupun kat sini aku ada kawan2 yang sangat best dan syok

Tp aku perlukan family aku gak

Sebab diorang nyawa aku

Aku pon rindu kan si dia yang maybe sekarang nga sib0k bekerja

(untuk future kami gak…)

Erm…

Da penat aku merepek

Tapi aku tol2 maksudkan…

Zucchini,

Mrs labu

Isnin, 19 Julai 2010

luahan hati lagi...

time2 malam macam ni tibe2 rasa sangat sedih dan tertekan....
aku mensyukuri apa yang aku ada tapi xsemua yang kita harapkan kita dapat.

"maaf kan bila ku tak sempurna..
cinta ini tak mungkin ku jaga
ayat2 cinta bercerita
cinta ku pada mu..."

bukan senang nk pertahankan ape yang kita ada...
contoh paling senang pasangan id0p...
sampai masa, kalo jodoh tak panjang dia tetap tinggalkan kita..
tak pon bila dia jumpa someone much better than us so dia akan tinggalkan kita...
kan3???

tapi....
aku tak cukup kuat untuk tue...
ikhlas aku katakan yang aku tak suka orang 'tinggalkan' aku..
sangat sakit lagi menyakitkan...
aku tahu aku tak sempurna..
kalo yang datang dalam id0p aku nak 1 package yang perfect aku bukan orangnya...
sebab aku serba kekurangan...
aku tak de harta, aku tak bergaya..
aku cuma diri aku yang macam nie dan tak kan sama ngan orang lain...

aku harap sangat dia terus terang kat aku..
kalo da jumpa orang yang tol2 suit ngan dia
do explain to me...
do tell me...
kan pepatah Arab ada cakap:

"Qul haqqu walau kaana murran"
..'berkatalah benar walau ianya pahit..'

memang at 1st aku akan jadi sewel jap
tapi aku akan try terima kenyataan tu..
dari di tipu...
aku nak orang yang tol2 sayang aku,
ikhlas....
jangan pura2...
sebab yang pura2 sangat jelas di mata...

tq~

Sabtu, 17 Julai 2010

selamat datang yaa fahmi haikal

date:22nd June 2010...
time: 5.50 a.m
venue: unit bersalin Hospital Kuala Krai
sebelum g tengok baby kat hospital, aku ngan mama g beli barang2 baby..kami decide nak beli sumer barang wane pink sebab time 2 tak tahu lagi jantina.. kata nurse, surprise! then kami ke hospital..sesampai jew kat wad, quite shocked sebab BABY BOY!!!!!!muka lak macam fotostat faiz aiman jew (abangnye)....comey....suka!!!

dan bermula lah hidup aku sebagai mak sementara faiz.....

Ahad, 11 Julai 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS...... [10 Attachments]


General Info.....


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs


Health Info

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG... ..

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...