Rabu, 26 Oktober 2011

ampunkan aku~

Dalam hening subuh sunyi
Tika khusyuk dalam sujudku
Manik-manik jernih keinsafan
Deras membasahi pipiku
Betapa aku dambakan keampunan
Dari Pencipta-ku Yang Esa

Lama…
Aku menatap setiap liku noda
Yang dulu aku agungkan
Setiap kealpaan yang suatu ketika
Jadi peneman hidup lara

Ya Allah…
Hinanya aku…
Jahilnya aku…
Jauh sudah aku tinggalkan Mu
Terasa jijik pada diriku

Ya Rabbi…
Aku pohon petunjuk dari-Mu
Bimbinglah aku dari dunia yang kelam
Sinarilah perjalananku kepada-Mu
Dengan cahaya hidayah
Aku takut…
Terlalu takut…
Ampuni aku…
Terimalah taubatku…
Amin Ya Rabbala’lamin…
10/10/2011
2011

RA: hamba yang kerdil lagi hina~

Selasa, 25 Oktober 2011

adik oh adik~

assalamualaikum..


Lama menghilang tak bermakna blog kesayanganku nie akan jadik arwah..harap maklum~

memandangkan aku da hampir 2 bulan tak balik umah bukan sebab lari tapi study, so banyak laa benda jadik kat rumah yang seperti da dijangka mahupun diluar batas imaginasi aku.

owh!kenapa aku jadik bajet ala-ala seni tapi tak jadik sebab aku memang orang seni..MOTIP! +_+

back to story...semalam mama aku call,disebabkan aku merengek takder credit nak call beliau. Maka bermulalah gossip hangat antara mak dan anak yang panjang berjela lagi lupa credit berjalan.

its all about my youngest brother. Maybe sebab dia tahu yang dia jew perlu dimanjakan ase nak sekeh laju-laju macam-macam hal dia buat. sume wat darah tinggi mama aku naik dan aku tumpang stress! Kalo before this aku sangat baik hati lagi penyayang akan back-up dia but not for this time..macam-macam..

sume terbongkar bila biasiswa dia kena tahan. cikgu panggil my mom g skolah nak settle up secara baik sambil korek rahsia my lil brother. so, my mom diiringi my brother (Boy,17 tahun) pergi skola. my mom ingatkn dia tak kan dapat biasiswa sebab gaji ke ape..

rupanya...

1. masalah ponteng skolah. setiap hari ahad atau khamis mesti dia tak mau g skolah. ngantok la, penat la. korek2 rupanya dia ada masalah dengan cikgu bahasa melayu. memandangkan hari ahad and khamis ada 2 hours BM's period so dia tak mau g.
2. kurang ajar dengan cikgu. berkait dengan statement di atas maka adik aku selalu menjawab bukan jawab soklan pelajaran bila cikgu BM dia tanya pape. 
3. bawak anak ular sawa g skolah! haa..yang ni lagi aku ase nak cabut sume gigi adik aku letak atas kipas pusing laju2. entah mana dia jumpa bianatang tu pon aku tak tahu. yang aku dengar mama aku citer, mula2 satu kelas dia menjerit2 sebab bila dia bukak bekas ular tu kind of melompat sebab panas..kot. and bila cikgu bawak masuk bilik guru, satu bilik guru lak gegak gempita disulami jeritan takut sebab again terlepas. and yang wat cikgu adik aku bengang sebab adik aku wat muka tak bersalah sambil tangkap balik ular tu dengan tangan tanpa alas and campak luar pagar belakang skolah.

mama aku mesti ase segan sebab kami da 6 orang skolah, takde lak hal2 camni. and most of cikgu skolah tu kenal my mom sebab 3 of my brothers skolah kat situ. 

surprisingly, ada sorang ustaz yang kebetulan ada time mama bincang ngan cikgu disiplin and biasiswa is ustaz yang ngajor Bahasa Arab kelas adik aku. dengan yakin beliau gitau my mom yang my adik tak nakal sepanjang dia ngajar kelas tu and my adik behaving very well. WHAT???! 0_o

 pelik2...

tapi bila pikir balik cian gak adik aku yang sorang tu. maybe dia takde kawan nak borak kat umah as my mom keje till late evening and abang2 and kakak2 dia takde kat umah. time aku cuti hari tu aku tau cane. bila dia balik skolah dia akan citer macam2 kat aku sampai aku suruh diam..jahatnye aku! kalau aku marah cikit terus wat muka kecian dia.

adik2..nasib bek laa adik aku. 

hope pasni dia berubah and sume fix up back to normal.


he much taller than me! =,=
p/s:still love him,no matter what~

Isnin, 5 September 2011

raya kami~

assalamualaikum..

sebelum terlambat, RA nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Mohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran yang penah di/terbuat…

so..

Sedikit ruang untuk berkongsi suasana raya kami tahun ini. Alhamdulillah, walaupon sederhana tapi sangat bermakna.

Alhamdulillah, tahun nie kami sekeluarga beraya kat rumah baru.Rumah yang sederhana tapi selesa and yang penting bukan kawasan BANJIR!

Rutin hari raya kami tak penah berubah sejak 2003, lepas arwah Abah takde. +_+. Bangun pagi, solat sunat hari raya then ziarah pusara arwah nenek (Wan) and also arwah adik Aie. Then kumpul ramai-ramai kat rumah at0k. salam-salam ngan semua orang, dapat and bagi duit raya, makan-makan pastu kami sekeluarga ziarah kubur arwah Abah.

Walaupun nie adalah tahun ke-9 kami beraya tanpa Abah, kehilangan still terasa and aku rasa makin sayu.

Al-Fatihah buat Abah,Wan,adik Aie dan semua yang telah ‘pergi’.

Bagi melengkapkan raya kami, kami singgah beraya kat umah atok belah abah. Kebetulan semua nga ready nak bergambar so, kami join venture. huhu!

329944_251518324871144_100000389365661_806315_7745301_o

Tapi gambar nie tak bape cantik. Sebab terang sangat. but still credit to my cousin Mohd Akrami for memorable capture! Actually ni tak sampai separuh pon family belah abah yang sempat bergambar. And kalau semua nak masuk, confirm tak muat rumah. LOL! My atok yang duduk pakai baju melayu putih.

Balik dari rumah atok, kami just dok rumah sebab saudara mara yang balik dari luar datang beraya.

The second day of hari raya is OPEN HOUSE kat rumah kami. Start kol 12 tengahari till late evening guests datang. Happy dalam kepenatan tapi still worth.

*will continue in next entry..

wassalam.

Rabu, 24 Ogos 2011

jom mengait!

 

 assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik tengok2 cuti sem daa tinggal dua minggu jew lagi (*sedihss!)

Macam tak caya da lebih dua bulan jugak aku jadi penganggur terhormat kat umah.

Teringat awal2 cuti sem, punye semangat nak cari keje part-time. And aku da mintak keje kat kilang, tapi mama tak bagi..(*naseb laa~). Mama asked me to join kelas menjahit so that my ‘menjahit’ skill way better. Yang sedihnya aku tak dapat join kelas menjahit sebab pendaftaran only after raya..(+_+)

So…

Dengan azam yang padu gteww~  aku pon mula cari basic info sal MENGAIT (kait jarum satu jew~).

At first aku belajar macam mana nak hold jarum and benang. Then start ngan the basic and simple step iaitu kait tali air (kta).

haa…gambar kat bawah ni show some basic steps nak mengait…

Belajar crochet

Actually, mengait ni is all about regangan benang. Kita hanya perlu tahu basic crochet then boleh start mengait ikut kreativiti kita. Maybe for newbie macam aku, need carik2 lam internet and rujuk buku untuk dapat idea.

Tapi honestly mengait sangat menguji kesabaran (*maybe sebab aku masih baru dan blur =P). apep0n, mengait nie best and saat paling happy bila hasil kait kita siap!

Photo0370 photo0379

*gambar 1: alas gelas

*gambar 2: alas pasu bunga (kerang terbuka)

Photo0368

yang nie still in progress, sebab nak wat alas meja (besor and need kait banyak bunga).

cantik tak? huhu! Sedikit tidak kemas sebab still belajar.

Jadi, for those yang tak tahu nak wat pe time cuti belajar laa mengait. Syok tau. Even sekarang sumer nie kita ley beli tapi hasil tangan sendiri sangat buat kita rasa puas.

Wallahua’llam…

creadit to Dinah's Crochet Shop sebab banyak give me idea! Thanks!

RA: menghitung hari2 terakhir Ramadhan~ +_+

Isnin, 22 Ogos 2011

watermark for my blog!!!

Photo0300  edit3 Photo0070

salam semua..

gambar diatas adalah cubaan semata-mata.. mau cuba my blog watermark..huhu!

alhamdulillah, akhirnya berjaya…

Ahad, 14 Ogos 2011

ramadhan 2

Puasa

Edisi: cObaan~

Salam ramadhan semua….

(*pasan ada orang baca entry…=P)

Alhamdulillah.. harini da masuk separuh (15hari) kita menjalankan ibadah puasa. Semoga apa yang kita kerjakan dan lalukan diterima Allah S.W.T..insyaallah,amin…

Semalam tengok bulan penuh, cantek…

Pagi yang indah harini. Bangun sahur then tunggu solat Subuh. Dengan azam nak kuruskan balik badan yang makin berisi, aku melakukan senaman ringan (*iaitu lompat2 dalam umah secara perlahan). Sambil2 tue basuh baju (mesin yang tolong basuhkan).

About 7.15 a.m, aku pon dengan gigihnye jemur laa kain2, baju2 dan sewaktu dengannya. Dah cantek tersusun kain aku jemur terasa gerimis pagi menimpa wajahku (gtew~). Dan makin rancak… Terpaku dengan cObaan, aku cepat2 senyum. Huhu!

Kenapa?

Sebab, senyum adalah salah satu senjata menyejukkan hati yang marah. So, aku senyum dan tarik nafas dalam sambil biarkan gerimis tue menyapa muka aku. And it worked! Seriously aku rasa sangat relief and ase enjoy.

Aku pon angkat balik kain2 yang sudah terjemur and hanging kat hanger, lalu jemur kat beranda belakang umah (berbumbung). Selesai hang baju2, ujan stop!

Astaghfirullahala’zim…

Subhanallah…

Sabar kan separuh dari iman. Dan Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

Wallahua’llam..

RA: senyum…


Ahad, 7 Ogos 2011

ramadhan


PUASA

Edisi: dulu vs sekarang

Assalamua’laikum…

Muhasabah diri sempena bulan mulia lagi penuh barakah

Selamat menyambut bulan puasa almubarak

Alhamdulillah, tahun ni aku masih mampu dan mendapat peluang menunaikan ibadah puasa disamping solat tarawih. Dan yang paling special about puasa tahun ni is aku dapat berpuasa kat rumah. Dah almost 8 tahun aku berpuasa kat sekolah, kat kolej and 0so kat U… syukur..

Teringat kenangan dulu-dulu. Time tue aku baru 5 @ 6 tahun. Arwah nenek (aku panggil Wan) selalu bawak aku gi semayang terawih kat surau atau masjid. Kalau takde kereta kami jalan kaki. Abang-abang aku (along,ngah and cik) pon join sama.

Aku selalu dok sebelah Wan dalam saf and kadang-kadang ada gak makcik yang soh aku dok belakang sebab dia cakap aku kecik lagi. Bila start solat terawih, Wan akan cakap “2 rakaat tau”. Then aku angguk paham. Masuk rakaat ke-5 aku da start malas-malas bangun. Tapi Wan akan jelling (kalau aku dok jauh dari dia) dengan bawak isyarat supaya aku bangun solat. Dengan tak ikhlasnye aku bangun solat. Hehe! Aku selalu tanya Wan, bape rakaat lagi tinggal, da solat witir ke belom. Mula-mula Wan jawab gak tapi lama-lama Wan bagi lagi isyarat mata, tanda soh diam and ikut. Lol!

Ada gak time2 aku mintak ngan Wan taknak solat. Wan akan soh aku dok diam-diam. Aku xramai kawan kat kampong so kurang sikit potensi aku nak bergarau senda bagai kat lam masjid time orang lain sibuk cari pahala solat terawih. Dulu-dulu kalau ada budak-budak wat bising pakcik2 @ makcik2 akan tegur, tak kira anak sape pon.

Habes terawih, lipat2 kain semayang terus aku terpacak kat tempat orang letak makanan. Dulu-dulu kat masjid kampong aku ade jew orang sponsor Moreh (makanan lepas solat terawih-yang aku paham laa). Biasa laa budak-budak lagi time tue. Amek kuih 2,3 biji balik umah.

Tapi tue dulu..

Sekarang banyak dah benda berubah. Antara yang paling ketara adalah aku makin besar! (^_^)\/

Tahun ni masuk tahun ke-5 tanpa Wan dan tahun ke-8 tanpa Abah… -.-

Tahun nie aku gi solat terawih ngan adik bongsu aku (my sis n other bro dok hostel). Kalau aku malas drive kete aku soh jew dak kecik tue bonceng aku ngan moto. Masuk masjid, dah tak janggal dok saf depan sebab aku da dewasa (ye ke??). kalau kecik2 dulu aku mintak nak ‘berehat’ tak mau solat sekarang da tak. Alhamdulillah.

Trend budak-budak terjerit-jerit, kejar-kejar still ada tapi da takde orang yang nak atau berani tegur. Sebab kalau kita jelling budak2 nie, mak bapak diorang awal2 lagi jelling kat kita. (tak semua yea..)

Habes solat terawih, no more Moreh kat masjid. mungkin masalah kenaikan harga barang. =P

Dulu dan kini sangat jauh berbeza walaupun xsampai dua dekad lagi. rindu lak pada masa itu…

Wallahua’llam..

RA: mencari keberkatan Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...