Jumaat, 14 Jun 2013

Fall in Love, Again and Again, and Again...

Endless Love..

Bagaimana harus aku suarakan,
Nyatakan dengan bahasa puitis,
Betapa indah perasaan ini...

Yang Tuhan kurniakan,
Melalui dia...

Dia...
Sang penghulur cinta murni,
Yang buat lenaku diulit senyum,
Bangunku disapa bahagia,
Hidupku diwarnai ceria.

Ya Allah,
Besar kurniaan-Mu ini,
Terlalu besar...

Tidak setanding amalanku untuk-Mu.

Semoga dengan hadirnya dia,
Cintaku pada-Mu,
Sang Pencipta sang penghulur cinta,'
Makin tebal,
Makin utuh,
Makin kukuh.

Syukur pada-Mu,
Ya Rabbi...

Nikmat ini terlalu istimewa,
Hingga sukar untuk diungkapkan,
Walau dengan bahasa ringkas.

Ya Allah,
Kekalkan rasa cinta,
Antara aku dan dia,
Sang penghulur cinta,
Hingga kesyurga...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin

Terima kasih cinta,

Sang Penerima Cinta

15062013
03:08 am

Sabtu, 1 Jun 2013

Mahram: Bagi perempuan dan lelaki

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih tak lupa dengan link blog sendiri.

ok.

Owh, saje nak tulis pasal aurat dan batas pergaulan sebab usually kita ambil mudah benda-benda ni. Dan perkongsian ini based on pengalaman sendiri and orang sekeliling. Inshaallah.

Lepas kawen kita duduk rumah mak mertua and kita ada sorang abang ipar, sorang adik ipar lelaki and sorang biras lelaki. And mereka is NOT MY MUHRIM.

Lebih kurang seminggu duduk rumah mertua, one day my adik ipar asked me 

Adik ipar: Boleh tak salam dengan kita?
Me: Nope: Tak boleh. 
Adik ipar: Ooo,patut laa..

I think dia terfikir nak tanya as I keep wearing hijab even time masak kat dapur, duduk depan TV sambil lipat kain. But, i like that question. Simple yet berguna.



Sekian perkongsian.

Jzkk

Selamat malam. wassalam~


Sabtu, 23 Februari 2013

How I Meet My Husband

Alhamdulillah, hari ke-17 be a wife and sangat menduga iman to be a long distance wife. Tapi yang tu lain part. Yang ni is how I meet my beloved husband.

Dah kenapa tetibe bajet nak tulis kisah cinta ni?

Sebab kami di interbiu oleh few makciks and also kawan-kawan mama.

Pelik. Sebab kami duduk daerah beza, sekolah tak sama, tak sebaya, belajar jauh-jauh.

As I said earlier, perancangan Allah sangat sempurna.

It happened in 2005. Yes! Masa tu I just 15 years old clumsy-yet-serabai girl lagi. One of my cousins bagi nombor telpon kenalan dia (baca:girl) to my lil brother. And my lil brother used my hp to contact that tel number. I didnt realized until one day, tengah mandi ada orang call dan mama yang angkat fon.

Mama: Yea, nak cakap ngan kak eqah ke?

Unknown: Haaa, a'aa.nk cakap ngan eqah.

Mama: Ooo..jap lagi yea. dia tengah mandi.

Unknown: Ok..

Unknown is beliau.

Yang paling diingati is kami berbalas SMS and masing-masing tak nak kalah. Aku marah beliau sebab cakap aku yang contact beliau dulu. As aku tak tahu my adik uised my fon. Tapi lama-lama kami keep texting each other dengan aman.

Owh, that time beliau belajar kat Kolomp0o.

On 29th December 2005, that is 7 hari lepas dapat result PMR, beliau ajak jumpa. And for girl yang sangat daif plus anak manja mama, aku bagi suggestion untuk jumpa kat simpang kampung. Owh, sungguh daif. Seriously aku tak pernah keluar sendiri pegi pekan. kalau bukan mama yang teman, then bodyguards (my abangs~) akan temankan.

Aku bagitahu mama about the 'meeting'.Mama tak bagi jumpa kat luar, mama suruh jumpa kat rumah bersama mama. Lepas bincang, at the end mama bagi jumpa kat pekan, ditemani my sis dan dihantar sendiri oleh mama. Cool kan.

Masa nak jumpa tu pon sangattt laa malo0. Aku tak bawak fon, and call beliau dengan public fon. Memang tak pernah kenal rupa macamana. Beliau gitau dah nampak aku. Opcoz laa, dah public fon kat situ itu je. Beliau datang dengan sorang kawan, Hamid.

Kami berempat pegi minum2 kat warung tepi tasik sambil borak-borak and aku masih control ayu sebab still compius betol ke beliau yang aku kenal through fon.

My lil sis berjaya habeskan dua gelas milo ais dengan selambernye sambil sengih2jadi pemerhati. After few moments, the 'meeting' end dan beliau bagitau nak kenal rumah.

@__@'?

At first aku betul ingat beliau just berguarau tapi 3 hari lepas first meeting, he did came to my house. And again with Hamid. Secara kebetulannya, jiran aku is Hamid's uncle. Kecik je dunia ni.

Start from that day onward, setiap kali beliau cuti or aku cuti tempat pertemuan kami adalah di rumah aku in front of my mama and siblings. As in 2006, aku dapat masuk sekolah berasrama penuh so kami jumpa bila cuti sekolah or during hari raya.

Pertengahan 2006 aku sekeluarga bertandang ke rumah beliau. Bukan sebagai apa pun. Sebagai tanda persahabatan. huhu!

Macam tu je ke?

Owh tidak...

Terlalu banyak liku yang kami lalui sepanjang perkenalan kami.

2008 yang penuh ujian. Sebab kami sentiasa berjauhan, so dugaan sentiasa ada.

Tapi Alhamdulillah, sepanjang perkenalan aku dan beliau, beliau seorang yang sangat menjaga aku.

Jodoh adalah rahsia Allah dan aku sendiri tak pernah sangka lelaki yang aku kenal hampir 8 tahun yang lalu kini adalah suami aku.

*syukur pada-Mu yaa Allah.

Semoga cinta, kasih dan sayang kami sentiasa mekar mewangi di dalam rahmat dan kasih Illahi. Semoga aku bisa menjadi bidadari suamiku di dunia mahupun di syurga nanti, insha Allah. ameen.

Wallahua'lam.

Jzkk

Yang bersyukur,
Puan Atiqah

Boleh guna PUAN?

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah adalah perancang terbaik.

Tanggal 8 Februari 2013,hari Jumaat, lebih kurang jam 3 petang aku selamat menjadi isteri kepada suami tercinta. Encik Khairul Anwar Saari. Bersyukur yang teramat sangat, segala perancangan yang diatur lama akhirnya terlaksana dengan lancarnya. Alhamdulillah.

*nanges

Bersaksikan keluarga terdekat dan sahabat rapat, kami dinikahkan berwalikan Tok Ayah.

Aku hanya sedar yang diri ini sudah bertukar status tatkala suami membaca lafaz takliq. Sangat blur time tu. And ekspresi muka, with no feeling. Padahal terkejut.

ok..layan gambar.

*tangan mak andams
*bergambar sebelum masuk masjid
**mereka sahabat dunia akhirat saya~


*he's my man.
*pandang cincin?? =.='


*selepas bergelar isteri. eh?
*control ayu.

Alhamdulillah.

Selesai majlis akad nikah, sekarang its time to get ready for the next must-be-tiring day.



Semakin banyak kemanisan yg kita ambil sebelum pernikahan, semakin tawar dan hambar sesebuah perkahwinan itu. 

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi -

Selasa, 29 Januari 2013

Kanser Serviks

Apakah itu kanser servik?

Kanser pangkal rahim.  Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

Ia boleh terbahagi kepada :
·         Peringkat awal
Berlaku di sekitar servik
·         Peringkat lewat
Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
seperti paru-paru melalui sistem aliran darah

     Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini. 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik. 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.

Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
·        
  •              Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  •       Mempunyai pasangan seks berbilang
  •       Mengandung lebih dari 5
  •       Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  •        Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  •        Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  •       Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
·         Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
·         Perdarahan yang banyak
·         Perdarahan yang berpanjangan
·         Perdarahan di antara haid
·         Sakit
·         Kehadiran darah beku
·         Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
·         Sakit semasa hubungan seksual
·         Perdarahan dari vagina selepas putus haid
·         Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
·         Berbau
·         Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Ø  Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Ø  Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
Ø  Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
Ø  Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
Ø  Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
·         Full blood count
·         Liver function test
·         Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.

Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
·         Pembedahan
·         Radioterapi
·         Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
·       
            Mencegah lebih baik dari merawat.
·         Amalkan cara hidup yang sihat.
·         Setia pada pasangan anda.
·         Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
·         Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

More info, do visit this

Ahad, 6 Januari 2013

Ribut Tropika (SONAMU)

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

sumber : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=english

Saya menggesa MEDIA buat laporan 24 jam terus menerus bagi menyalurkan maklumat.

Agensi Kerajaan,NGO dan lain-lain perlu digerakkan segara berhadapan sebarang kemungkinan.

Gencatan Politik perlu untuk menumpukan semua usaha berhadapan situasi getir ini.

JANGAN BIARKAN RAKYAT PANIK DENGAN KETIADAAN MAKLUMAT TEPAT DAN PANTAS...

BUAT PERSEDIAAN...DIANJURKAN ADAKAN SOLAT HAJAT BESAR-BESARAN AGAR IA TIDAK MEMBAWA KEMUSNAHAN BESAR...

SAYA AMAT MEMOHON SEMUA FAN FB INI BUAT PEMANTAUAN DARI MASA KE SEMASA DAN DAPATKAN PERKEMBANGAN TERKINI DAN KONGSI MAKLUMAT TEPAT UNTUK ELAK PANIK... SEBARKAN!!



Ya Allah, selamatkan dan lindungi kami dari segala musibah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segalanya..Aamiin.
#prayforpantaitimur

Sabtu, 5 Januari 2013

Persiapan Perkahwinan #Part 1

Bismillahirrahmaanirrahim.

Ok!

33 hari to go for the BIG DAY! Alhamdulillah, everything is fine and smooth. (baca:not all =.=')

Dan sejak kenalan and rakan-rakan tahu pasal pertunangan and getting married thingy, banyak pertanyaan dan soalan-soalan cepu mas lagi bernas ditanya dan disogok. BANYAK!

Persiapan paling penting kena buat is to be strong and tepu enough untuk jawab every soalan tu.

Why? Sebab soalan itu tak semuanya indah malah ada yang buat kita rasa macam nak terbang gi duduk kat planet Pluto for one night. Serious~

Untuk semua soalan itu, me myself got no specific answers. This huge decision i've made will change my life double triple 360 degree. So, bila yang bertanya itu berada dalam kasut saya, that time they'll know the answers.

Keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan suatu permainan atau benda berjenaka. Ada part kita boleh senyum dan ada part kita senyap. Bukan marah.

Semoga one day mereka-mereka itu faham dan mengerti.

Ya Allah, berikanlah kesabaran pada hati ini. Tetapkan iman ku pada-MU.

Wallahua'lam.

Jzkk

Sabtu, 8 Disember 2012

One step closer...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Salam semua!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis blog-sendiri-tulis-sendiri-baca ini. Lepas masuk sem baru, ini adalah catitan pertama sementelah diri ini perasan busy.

Hari ini bersamaan 8/12/2012, dengan erti kata lain lagi DUA BULAN to go for the BIG DAY, insha Allah. huhu! time pass very fast. Tetiba rasa macam banyak lagi  tak settle. Seriously Rafha oiii!

So, disamping busy yang memanjang for no reason tu sempat laa buat few preparation wajib, that is Kursus Pra-Perkahwinan.

Memang banyak sangat yang dapat through out this kursus. Banyak... (next catitan insha Allah...)

 Owh.. ada cerita sadis disebalik kursus ni. At the end of kursus, kena beratur ambil sijil Yang ada dalam fikiran time tu is " aku daa boleh kawen..wink2~". Excited, sangat! (gatai ko!)

Aku adalah orang terakhir, dan sampai giliran aku meja urus setia tutup atau dengan kata lain semua sijil da dituntut kecuali for those yang ada ponteng or skip any slot. What???!

And yes!Nama hamba yang tak bersalah ni memang ada dalam list makhluk yang skip slot. Ya Allah, bila masa pulak eden ponteng kak...jangankan ponteng, tido pon tak. Khusyuk kot (da namanya excited nak kawen~)

Almost menangis, sebab the day after da nak balik kampung. Mana sempat nak pegi tuntut kat Pusat Islam. waaaaa! DOWN!

Dengan penuh harapan wat muka paling suci pegi jugak minta dengan urus setia. My friends dah membebel-bebel sebab tak puas hati. Dan bersaksikan kawan-kawan, Alhamdulillah. Dapat jugak my sijil!

*syukur, Allah mudahkan urusan kami.

And here it comes~~~
Balik kampung dengan senang hati. Dan bermula laa urusan menyetelkan urusan seri paduka baginda.

Senarai semak terbaru adalah berikut:

  • Kursus pra-perkahwinan - checked!
  • Surat kebenaran JPA - checked!
  • Ujian darah (HIV) - checked!
  • Tempah pelamin + makeup + photographer + baju - checked!
  • Tempah kad jemputan -checked!
  • Goodies for guests - checked!
  • Gubahan hantaran - checked!


Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan kami menuju gerbang cinta halal, aamiin.

Ok..banyak lagi to come.

Jzkk~

n/k: Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik
      (Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU)

Selasa, 31 Julai 2012

Internship: kes 3



Kes: Kebakaran bilik pejabat sekolah (Sekolah Agama)
Lokasi: Pasir Tumboh, Kelantan
Anggaran waktu kejadian: 3.00-4.00 pagi

Kes kali ini agak mencabar. Salah satu sebabnya adalah ia kes yang agak berat and second thing is, aku tak sempat lagi study tajuk electrical fire. So basically, basic je aku tahu.

Once sampai, semua mata dak sekolah tengok. Nervous kot. Aku and Hakim dah macam wartawan nak pegi buat liputan kat tempat kejadian.


*jari tu tunjuk kedudukan ofis yang terbakar


Naik ke tingkat atas bangunan. And this is what we saw.


Full picture of fire origin

Sambil pegawai penyiasat ambil gambar dan teliti tempat punca kebakaran, kami pun sibukkan diri bertanya. Bukan senang nak belajar sambil tengok contoh yang real.orang cakap lagi senang lekat.


Encik Wan Azmi actually did explain about how to investigate fire scene.
*ada interruption luar 


Dan critical thinking is very important.


 Encik Zul sedang menguji tahap 'critical thinking'.

Time pegawai penyiasat bagi penerangan kat pengetua dan cikgu2 adalah part paling menguji tahap kesabaran. Mana taknye, diorang awal2 cakap ada orang bakar ofis. Sebab ada kesan geledah. 


Bilik guru yang kena geledah, sebelah ofis yang terbakar

Bila pegawai bagitahu yang kebakaran berkait ngan overload arus elektrik, diorang keep cakap ada orang yang nak buat dajal.

*reminder: part paling menguji kesabaran.

Time aku dok belek2 amplifier box,ada sorang cikgu perempuan (a.k.a ustazah) tanya:

“dia bakar kat mana?”

So, untuk bertindak professional, aku terangkan setakat aku mampu.
(kalau salah fakta,mati laaa!)

“terbakar ni bukan sebab ada orang bakar, tapi sebab overload arus elektrik. Maybe terlebih voltan atau ada alatan elektrik yang rosak.”

And aku tak mampu nak terangkan panjang lebar sebab, muka diorang dah berubah.

Pelik kot.

Hmm..
*reminder: part paling menguji kesabaran.

Kalau ikutkan salah, dari main fuse sampai laa ke plug sambungan dalam ofis, semua tak mengikut piawaian yang sepatutnya.


*belah kiri is fuse yang disambung tak ikut piawaian and kanan yang sepatutnya.

Fuse bersambung, so takde kawalan voltan elektrik untuk mengalir ke seluruh bangunan sekolah, plug dalam ofis tak semua off, alatan pon sama. Soket tak cabut. Banyak kecuaian sebenarnya.

And untuk tanggapan diorang yang ada orang nak buat dajal, aku yakin setakat ni tak ramai manusia yang berani nak pertaruhkan nyawa sendiri untuk pergi bakar wayar elektrik semata-mata nak bakar ofis sekolah.
Maybe kalau orang tu cerdik, baik bakar je bahagian dokumen, lagi senang. (owhhh..bukan bagi cadangan ni!)

Apa yang pasti, memang dah terbakor semuanya!


*beza pada bingkai tingkap


*iklan!
sape kata aku tak happy praktikal!


*mangsa yang terkorban~
Case masih dalam siasatan.

sekian~

Cerita Pakcik Teksi


Assalamualaikum…

Sekadar berkongsi kisah hidup dan pendapat yang Insyaallah dari hati bukan nafsu semata.

19 Julai 2012, disebabkan Encik Tunang tak dapat jemput balik  keje, maka aku dengan Hakim terpaksa cari jalan sendiri nak balik. At first kami rancang nak balik dengan bas, tapi kebetulan cuti awal Ramadhan maka kami naik teksi.

Seberang jalan terus dapat teksi. Lega.

Dalam kereta tu hanya ada seorang je penumpang. Makcik usia dalam 40-an dengan barang-barang borong dia yang jelasnya kain dan tudung. Dan sangat banyak.

Bila teksi gerak, aku terkesima.

Pakcik tu bawak 40 km/jam dari KB sampai Machang.
Ya Allah, sabar jela.

On the way, ada sorang pakcik naik teksi. Bayangkan barang-barang makcik tu dah almost half tempat duduk, aku terhimpit kat tengah-tengah ni dah nak jadi ikan sardine. Sikit je lagi. Serius!

Makcik tu lak asyik laa dok gerak-gerak yang memaksa aku yang kat tengah-tengah ni berhimpit dengan pakcik 2.

DAN YANG PALING AKU NAK MARAH RASA NAK MAKI PAKCIK SEBELAH BILA DIA KEEP MASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR BELAH KANAN ATAU DENGAN KATA LAIN BELAH AKU DUDUK! 

PAKCIK, TANGAN TU DOK DIAM KANG ADA NAK KENA IKAT KAT  TAYAR KERETA KANG!

DAH TAHU TEMPAT SEMPIT, RAPAT-RAPAT, TOK SAH DOK NGADA NAK MASUK TANGAN BAGAI! AKU RASA NAK JERIT KAT SITU GAK. WALAUPUN LUARANNYA TAK NAMPAK GESEL-GESEL KAT AKU TAPI HAKIKATNYA TETAP SAMA, RABA!
AKU MEMANG PANTANG LAAAAAAAA!!!

Dan sampai Ketereh PAKCIK tu turun. Lega sangat-sangat.

Dan masih, pakcik driver teksi still bawak 40 km/jam


*ambil gambar sisi pakcik tu untuk menjaga maruah beliau. Gtew~

Pakcik tu dah nampak agak uzur sebenarnya. Bawak perlahan tu dah satu hal. Ada ketika sampai nak hit belakang kereta depan. Cuak tak yah dok cita. Kena hon dek kete belakang sebab pakcik suka tukar line.

Again, sabor jela.

Naik teksi pukul 3.45 pm and still sampai Machang around 5.15 pm..hurm


*ini muka kesian aku.
(kesian ke??)

p/s:
1. kepada PAKCIK suka-masuk-tangan-dalam-poket seluar semoga ada hidayah untuk PAKCIK dan sedar.
2. kepada pihak yang berkenaan, mungkin lepas ni buat limit umur untuk driver teksi. Bukan la demand nak driver muda, tapi untuk keselamatan bersama. Untuk pakcik driver tu, untuk aku sebagai penumpang. Mungkin kena letak criteria tertentu untuk terus drive teksi. SERIUS!

+hidup kena sabor....+

Sabtu, 28 Julai 2012

Internship : Kes 2

Kes: Rumah Kediaman 1 Tingkat
Lokasi: Kampung Kubang Pak Amid, Pasir Mas (*kalau silap eja harap maaf~)
Tarikh: 19 Julai 2012

1) hadapan rumah

2) ruang tamu 1

3) ruang tamu 2

4) ruang dapur

5) bilik tempat kebakaran bermula

 6) ruang tamu 3


dan ada something yang mengganggu fikiran time kami tiba kat tempat kejadian


ni betul-betul kat depan rumah yang terbakar tu and berdekatan dengan rumah jiran-jiran. sebelah tempat membakar sampah tu ada tiang letrik yang still aktif.

nak terbakar sekampung ke?

p/s: kecuaian mengundang maut..=P

Sabtu, 21 Julai 2012

Internship : kes 1


Kes pertama untuk praktikal. And it’s a real fire scene.

Kes : Kebakaran kereta (Proton Satria)
Tarikh : 4th July 2012
Tempat : Kampung Kemudi, Bachok, Kelantan

So, ini adalah few gambar yang boleh dipublish.


(a) kesan clean burn


(b) dari hadapan


(c) 


(d) wiring yang still ok


(e) kereta wife mangsa yang diparking sebelah kereta mangsa.
tapi sempat diselamatkan.


(f) mengambil sampel accelerent


(g) tagging

Dan disebabkan ini adalah kes pertama and so unexpected, i'm wearing baju kurung and girly shoes to fire scene.Maka dapat laa 'buah tangan'.

berbaju kurung and my stoking is fully charred.

kes kedua bakal menyusul..

wassalam.


Rabu, 11 Julai 2012

Internship: part 2

The next day juga hari yang sangat kalut lagi menguji keimanan.

Lebih kurang pukul 6.30 a.m. aku and mama gerak dari rumah. Ma g keje kat Jeli and singgah hantar aku kat hentian bas Tanah Merah.

Jam 7.30 a.m., bas nombor 24 sampai. Bas Tanah Merah-Pasir Mas-Kota Bharu.

Aku pon confident naik nak bayar tambang. Sekali pakcik tu cakap dia tak lalu area Tunjung

WHAT???!

Dekat sejam aku tunggu bas tu,sekali pelamin anganku musnah. +_+

Dengan penuh redha aku naik teksi dengan tambang RM36 yang aku boleh buat makan plus tambang bas for one week.

Terima kasih pakcik teksi walaupun saya akhirnya sampai hampir jam 8.30 pagi.

Terus buat kad kedatangan.

Yay! Da ley start punch card. I'm working person now!

Dan lapor diri kat Unit Penyiasatan Kebakaran.





Pemandangan dari aras unit kami...
Its sawah padi okeyh~



And ini adalah buku yang kami dengan gigihnya akan baca bila takde keje nak buat selain daripada main SUDOKU!

-bersambung....~


Internship:part 1


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, sudah memasuki minggu kedua latihan industry. So going to update what had happened during whole first week.

Nervous. How I’m going to face new phase of my life. Working!

Start with the first day or well-known as HARI LAPOR DIRI. And dengan semangat untuk start keje, pukul 7.30 pagi gerak dari rumah together with mama and bawak selaju mungkin dengan harapan akan sampai before 8 a.m. walhal umah ke tempat keje ambil masa one hour and half!

8.30 a.m. sampai ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.


And first thing yang aku fikir bila sampai depan bangunan tu adalah, why this place is so0o sunyi without people and vehicles.




And this is my mom yang setia tunggu till late morning.
Thanks mama~



Once my friend, Hakim sampai kami naik ke tingkat 2. Tapi hanya ada dua kakitangan. Seriously??!

Rupanya jabatan ada majlis APC  kat hotel. Sebab tu jadi padang jarak that day.

Kami tunggu pegawai bahagian pengurusan until 2p.m and still xmuncul. Bila one of staff asked us to back home first and come again the next day aku rasa macam nak gigit-gigit jew!

Why?

Sebab rumah aku bukan kat sebelah ofis tu!


It is me yang sudah muka penat tunggu whole day for nothing.

Pengalaman laaaa~

About 2.30 pm baru pegawai tu sampai and lapor diri. And still tak dapat lapor diri kat unit penyiasatan kebakaran, sume orang busy dengan program derma darah.

Ok, dimaafkan~

Then about 3.15 pm, Encik Wan hantar kami ke stesen bas.

Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku naik bas Kota Bharu-Kuala Krai (bas nombor 5).

Yoho00!

Aku pulang dengan harapan 2nd day will be better.

Aamiin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...