Isnin, 21 Disember 2009

Karya sulung daripada Nurul Hafizah binti Mohamad Nor

LOVE NOT CINTA!!
“Sungguh aku begitu menghargai cinta kurniaan Illahi ini..”
NURHA EIZA
BAB 1
Suasana pagi yang indah menenangkan jiwa aku yang berkecamuk dengan insiden semalam. Kehadiran Julia Anida benar-benar tak pernah aku jangkakan. Nampaknya, persaingan aku semakin sengit!
“Faiz, kenapa dengan kau?” aju sahabat karib aku, Nadia Hanie.
“Aku tension lah..”
“Apa pasal?”
“Aku tengah risau dengan minah jaguar tu..”
“oh,ingatkan kenapa! Ala, jangan risau lah. Dia Cuma semut kecil, kau kan anak badak,”
Anak badak? Kurang asam!!
“Amboi, sempat kau mengutuk aku ya,”
“Ala, badan kau bukan gemuk pun, kau cuma berkerangka besar, keturunan kan? Huh! Lagipun, besar-besar pun kau ramai peminat. Especially Haidi Mazlan.. “
Aku tersenyum. Actually, I am going to laugh, but I got no idea why I cannot laugh…
“Mana ada, we are just friends,” aku mesti mengelak daripada kontroversi.
“ Really? Are you sure?”
“Yeah, yeah I’m definitely sure. Whatever!!”
Nadia Hanie ketawa terbahak-bahak.
“Ingat dunia Han,” sindir aku.
Nadia Hanie berhenti ketawa. Merenung tajam kearah aku.
Minah ni memang masalah!
“PENGUMUMAN! Izarin Faizura akan berpacaran dengan pilihan hatinya iaitu Haidi Mazlan,” laungan Hanie memecahkan suasana bilik darjah kami yang terletak ditingkat 2, tingkat paling atas.
“Betul ke?” sampuk Amirul Hadi, ketua pengawas sekolah rendah kami, SKPJ.
“Betul lah,” sahut Hanie bersungguh-sungguh.
Aku cekik baru tau minah ni!
“Bukan dengan Hadi Sulaiman?”
Hanie tersenyum lebar. Tiba-tiba Shahriman, kekasih Erika menyampuk,
“Bukan ke Faizura calon bini kedua aku?”
Hanie semakin galak menghilai. Sakan!!
Aminnuddin turut menghangatkan suasana dengan kata-kata yang mencuri perhatian semua.
“Zura kan makwe Afnan, sepupu aku?”
Aku terlongo. Oh my God!! What is going on here??
“Hoi, Cikgu Burn dalam perjalanan!” laung Khairil, ketua darjah 6 Perkasa.
Suasana bertukar sepi apabila kepala botak Cikgu Burn menjenguk masuk dari pintu depan kelas 6 Perkasa.
“Boleh saya jumpa ketua pelajar?”
Semua mata tertumpu kearah aku yang membelek malas nota sains.
“Apa?” aju aku acuh tak acuh.
“Cikgu nak jumpa ketua pelajar lah,”
“Oh.. Then? Erm.. Hah? Nak jumpa saya???” aju aku sambil menunding jari ke muka aku sendiri.
“Yes, Miss Blank!” serentak suara pelajar kelas 6 Perkasa menggunakan nickname aku.

Bab 2
Aku segera bangkit, menuju kearah guru yang telah berusia sekitar 50an.
“Ada apa ayahda?”
“Nanti panggil budak-budak dalam senarai ni pergi bilik saya, pukul 10:45. Boleh?”
“ok!”
Aku memberi sepenuh tumpuan pada senarai nama itu.
1. Izarin Faizura binti Mahmud Naim(KETUA PELAJAR)
2. Nadia Hanie binti Halim(KETUA PENGAWAS PEREMPUAN)
3. Wan Syakila binti Wan Azman
4. Adina Syazwani binti Aziz
5. Tengku Aini binti Tengku Mat(KETUA PENGAWAS PSP)
6. Mohamad Khairil bin Abdullah(KETUA KELAS)
7. Aminnuddin bin Rashid
8. Amirul Hadi bin Sulaiman ( KETUA PENGAWAS LELAKI)
Senarai apa ni??
……………………………………………………………………………………………
“PERHATIAN! Kepada nama yang disebut,sila ke bilik pengetua selepas ini,” tenang gaya percakapan aku.
“Izarin Faizura, Nadia Hanie, Wan Syakila, Adina Syazwani, Tengku Aini, Khairil, Aminnuddin dan Amirul Hadi.”
Amirul Hadi tersenyum nakal. Ketika aku melangkah keluar, dia berlari anak untuk menyaingi langkahku.
“Miss your voice,”
“Whatever!”
“Sibuk ya sejak balik perkhemahan. Sampai tak ada masa nak tegur Am? Ke mentang-mentang dah jumpa yang handsome, dah tak nak tegur?” sinis bicara mamat kecil itu.
“A’ah, agak sibuk. Kerja banyak tertunda. Menyesal aktif sangat. Exam pun dah dekat, 2 minggu lagi. Zu pun tak larat nak catch up sangat. Hmm. Am jealous ya?”
Dugaaan aku tepat! Senyuman nakal Amirul Hadi tergaris halus dibibirnya.
“Of course I am!”
Aku tersenyum geli hati.
“Faiz, jangan asyik bercinta. Kang kantoi dengan ayahda kau!” sakat Hanie.
Ah, minah ni kacau betul! Dia cemburu lah tu. Farhan merajuk dengan dia.
“Yolah, riuh mu gak!” sahut aku menggunakan loghat Kelantan.
Hanie tersenyum geli limpa. Oh ya, minah ni ada penyakit sakan gila-gila sikit.


“Ayahda harap anak-anak ayahda buat yang terbaik. Kita dah usaha, tengoklah rezeki ALLAH nak bagi,”
Itulah kata-kata ayahda diakhir perjumpaan kami.
Jelingan matanya mengisyaratkan aku dan Amirul Hadi perlu bersamanya lagi.
“Ayahda dengar kamu bercinta, betul ke?”
Aku dan Amirul Hadi ketawa serentak.
“Nonsense la Dad! Kami kawan baik lah..”
“A’ah, sehati sejiwa katakan,” sampuk Amirul Hadi.
“Kalau ya pun tak apa. Ayahda setuju, pasangan ideal,”
Kami ketawa terbahak-bahak. Ada-ada aje!!
Bab 3
“Assalamualaikum. Perhatian kepada Kumpulan Alpha dan Bravo darjah 6, sila ke pejabat tepat pukul 10:45 pagi,” suara lembut Hanie memecahkan suasana waktu rehat tahap 2.
“Assalamualaikum. Attention! To all members of Alpha and Bravo group, standard six, you’re required to be at office at 10:45 am.” Giliran suara serak basah aku memecahkan suasana pagi itu.
Aku tersengih, teringat insiden pengumuman palsu yang kami aturkan untuk mengenakan Cikgu Patima, guru Matematik kami. Semuanya idea gila aku untuk memberi kejutan hari jadi kepada kawan satu sekolah Mama aku, Puan Seri Rizora. Eh! Mama aku bukan Puan Seri, tapi nama dia, Seri Rizora.
…………………………………………………………………………………………………
“Kamu semua akan ke Kem Kecemerlangan UPSR di D’Bali Beach Resort lusa. Semua setuju?” ujar Ayahda Bakar, guru besar SKPJ atau nama manjanya, Cikgu Burn.
“ Bermalam ke cikgu?” soal Khairil dengan muka bodohnya.
Bijak! Soalan yang memang bijak!
“Yalah. Awak ingat sekolah kaya nak sewa bas untuk kita semua?” sindir Hanie, pedas macam kuew tiaw gunung berapi mama aku masak.
“Kenapa tak minta sewa kapal terbang terus??” sakat Aminnuddin.
Mereka berbalas saling menyakat dan membidas.
“Dah-dah lah kamu berdebat! Macam mana setuju??” sampuk Cikgu Patima.
“Kami setuju, tapi ketua pelajar macam mana?” usik Amirul Hadi.
“Aku pula jadi mangsa. Apa masalahnya? Aku bukan Yang Di Pertuan Agong, buat keputusan Negara! Masalah aje!” selamba aku membalas.
Semua yang ada memandang aku penuh minat dengan senyuman nakal berisi satu kesangsian pada aku.
“Akhirnya Miss Blank beri respon fast forward,” sakat Tengku Aini.
Oh, patutlah.. Benda tu pun nak kecoh.
“Boleh tak kamu semua serius?” pandangan tajam aku hadiahkan kepada Geng Anasir Buruk Attitude Bongki!(GABEB!) sebelum menyambung,” Kami semua setuju. Ada apa-apa lagi?”
Cikgu Burn dan Cikgu Patima menggeleng. Semua masak dengan ketegasan aku.
“Jom balik kelas,”
Semua akur mengekori langkah aku.
“Nanti siapa nak bawa handphone?” aju aku memulakan bicara sebaik sahaja keluar dari pejabat.
Semua memandang aku penuh minat.
“ Erika gerenti bawa.. Jun? Hmm.. Zu tak bawa?” suara Syakila mula-mula memberi respon.
“ Am bawa?” aju aku kepada Amirul Hadi.
“Aku akan pastikan dia bawa! Tapi jangan asyik bergayut aje,” sampuk Aminnuddin.
Aku tersenyum kelat. Muka aku merah padam malu dengan usikan itu. Adoi! Asyik aku aje yang terkena.
“Zu, kasi nombor telefon kau. Senang nak tanya apa-apa,” ujar Juniza, penolong ketua pengawas PSP.
“ Bagi lah kat kami semua. Senang nanti nak tanya apa-apa,”sampuk Erika.
“Aku tak hafal nombor telefon aku. Kejap, dalam diari aku ada rasanya,” ujar aku sedikit kalut.
Aku membelek-belek diari 2008 aku. Berat hati aku nak kasi nombor aku kat orang.
“ Nah, 0139876543. Aku off lah handphone aku petang-petang. Aku on malam sampai pukul 10,”ujar aku tenang.
“ Eh, jom masuk kelas,”sampuk Hanie.
“ Okey!” sahut kami serentak.
…………………………………………………………………………………………………..
Sebaik sahaja memasuki kelas, kami diserbu peminat fanatik kami. He.. Bukan peminat lah, tapi budak-budak penyibuk!
“ Kenapa kamu semua kena panggil?” aju Adela, minah top sekolah. Almaklum budak cun!
“Kami saksi kes Faiz dengan Am, dia orang kena cekup dating,” lancar mulut Hanie menempelak.
“ What the hell?” aju Adela terkejut.
“Adel, jangan kau percaya apa minah senget ni cakap. Kami kena pergi kem lusa. Kursus Perkahwinan Hanie dan Farhan,” sakat aku.
“ Cipan kau! Report kat Am baru tau,”
“ Tak takut pun,”
Aku tersenyum mencebik. Hanie mengenggam tangannya tanda protes.
Argh! Aku pikir keakraban itu x berakhir tapi badai dtg melanda persahabatan kami.

Bab 4
“Penghulu dan penghuluwati, sila tunggu selepas ini. Terima kasih,” suara lembut sotong Abang Adid, penceramah tetap kem tersebut. Membantutkan langkah aku ke dewan selera.
Adoi, masalah aje!! Kena pula aku jumpa Jaiko Sg Nun. Masalah! Aku masih ingat bagaimana si Jaiko tu cuba mengorat aku. Aku dan Hanie serentak secara spontan meyakat dia dengan berkata, “Ulat bulu dah naik daun!”
“Faiz, kami tunggu kat dewan makan ya,” ujar Tengku Aini.
Aku mengangguk lemah.
“ Esok, Majlis Penutup kem. Zarin pandai handle majlis kan?” ujar Abang Adid.
“ Biasa-biasa aje. Kenapa?” balas aku acuh tak acuh.
“ Boleh buat tak? Dato’ Hashim yang datang ni,”
Hah? Adoi, aku malas lah nak jadi MC!
“ Bolehlah tu.. Nanti tak payahlah nak cari orang jadi MC,”
“Okey,”
Aku mengangguk lemah.
……………………………………………………………………………………………..
“ Kenapa Abang Sot nak jumpa kau?”
“Suruh aku jadi MC,”
“Oh,” sahut mereka serentak.
“Jom balik bilik,”
“Jom!”
………………………………………………………………………………………………
Aku mencapai telefon Nokia 1650 aku sambil mendail nombor insan yang semakin dekat dihati tapi bukan bakal buah hatiku.
“Assalamualaikum, hai awak,” lembut nada suara aku, menyebabkan Hanie dan yang lain memandang aku penuh kehairanan. Mungkin hairan dengan perubahan aku. Sebelum ini, mana pernah aku bercakap sopan dan romantik kecuali dengan mama aku.
“Waalaikummussalam.. Hai,” sahut Haidi.
“Sibuk ke?”
“ Tak pun. Awak buat apa?”
“ Melepak dengan kawan, tunggu cerita Big Is Beautiful. Awak?”
“Duk tunggu awak,”
“Eii, mengada!”
Tiba-tiba Erika menjerit,” Asri, Zura awek kau duk bergayut ni,”
Apa masalah minah ni? Oh ya! Asri datang juga. Tapi apa kaitan dengan aku? Dan kenapa aku dikatakan awek Jero tu??
“Siapa Asri?” suara Haidi mematikan lamunan aku.
“Ex boyfriend Erik. Kenapa?”
“Kirim salam kat mamat tu, cakap jangan mengada dekat dengan awek saya!”
“Hah! Awak cemburu ya?”
“Mestilah, awak kan awek saya,”
“Yalah..”
“Saya bagi dia 5 SUMPAHAN,”
“5?”
“Sebab saya nak awak dapat 5A,”
Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Haidi. Ada-ada aje!
Talian diputuskan sebaik sahaja cerita kegemaranaku mula disiarkan.
Rupanya sumpahan Haidi menjadi. Asri terkena nasib malang berturut-turut. Pertama, dia tergolek semasa berebut-rebut ingin bersalam dengan Cikgu Wahid, penceramah kami. Kedua, semasa beratur mengambil makanan, ayamnya terjatuh. Secara spontan aku dan Hanie menjerit, “Ayam dia hidup lagi!”. Ketiga, dia didenda pada keesokan harinya kerana terlewat ke dewan. Keempat dia tiba-tiba tergelincir dalam kolam renang sawaktu aktiviti Mengapai Bintang pada malam terakhir kami di kem dan kelima, dia hampir-hampir ketinggalan bas sewaktu ingin pulang dari kem.
………………………………………………………………………………………………………
Aku tersenyum. Itu pengalaman dulu. Aku dan Haidi bukan pasangan kekasih, tak pernah terlintas dalam fikiran kami berdua. Cukuplah sekadar teman tapi mesra.
Esok bermula lah pertempuran aku di medan peperiksaan UPSR.
Ya ALLAH, berikan kami kejayaan di dunia dan di akhirat..
Itu doa aku. Aku dah usaha, sekarang aku serahkan segalanya pada ALLAH.
GENG GEMPAK A_B dah berikrar, “all of us have to achieve the highest,”
…………………………………………………………………………………………………….
Peperangan kami berakhir hari ini. Mungkin merdeka, tapi tak sepenuhnya selagi keputusan tak diumumkan.
Kami masih dihambat ketakutan.
Bab 5
Lusa kami akan ke Cameron Highlands, nak release tension.
Aku excited gila-gila!
…………………………………………………………………………………………………….
Setibanya di Cameron Highlands, kami menggila. Release sepenuhnya tekanan yang kami pendam dan rasa. Aku pula membawa hati lara. Ketika itu, aku dan Haidi ‘berpisah’. . Dia bukan milik aku. Dia milik Julia Anida!
“Zu, pinjam handphone,” pinta Adela.
Aku sekadar menghulurkannya tanpa banyak soal.
Adela menekan punat telefon dan membuat satu missedcall.
“Selamat berbahagia,”
Aku pelik dengan ucapan kosong itu. Rupanya, ia penuh berisi. Dari hari itu aku berkenalan dengan Hanif, budak Pahang.
Aku senang berkawan dengan Hanif. Dia sangat memahami aku. Memang bagus ada abang angkat macam dia.
Tapi hubungan kami tak berkekalan, apabila aku meluahkan perasaan sebenar aku padanya. Rupanya dia salah faham, dia fikir aku menganggapnya sebagai teman istimewa, sedangkan hati aku tidak terbuka untuk sapa-sapa lagi sejak dicuri seorang jejaka yang begitu istimewa.
Aku anggap hati aku dah pecah direnyuk oleh Haidi tapi rupanya masih kemas dalam genggamannya. Dibelai, dipeluk dalam dakapan kasih sayang yang murni daripadanya. Tetapi ketika itu memang aku anggap aku tak mungkin bersama dia.
……………………………………………………………………………………………………..
Pengumuman keputusan tidak lama lagi. Bukan 2-3 hari, tapi 2-3 minit lagi!
Ketika nama aku disebut, nyawa aku seakan-akan ingin putus, nafas aku sesak!
“ Izarin Faizura binti Mahmud Naim, tahniah, 5A!”
AKU GAMAN! Tak percaya dengan apa yang aku telah dengar.
Aku capai slip keputusan dengan teragak-agak.
Mata aku bagai terjogol keluar. Memang aku dapat 5A!
Aku berjalan perlahan-lahan kembali ke tempat duduk. Aku mesti beritahu mama. Aku mencapai telefon bimbit aku. Tiba-tiba seseorang merangkul dari belakang. Keharuman deodorant Soft & Sensual menusuk hidung aku. Mama!
Bangga, itu perasaan mama. Bangga dengan kejayaan anaknya yang dulunya degil!
………………………………………………………………………………………………………

Misi GENG GEMPAK A_B cacat meskipun berjaya.
Tuan Aini dan Erika memperoleh 4A 1B manakala Aminnuddin memperoleh 2A 2B 1C.
Meskipun misi agak tersasar, tetapi kami sekali lagi berikrar, untuk pastikan persahabatan kami sentiasa kekal selama-lamanya dan buktikan yang kami boleh lakukan yang terbaik dalam PMR.
Kami lafazkan ikrar itu dengan semangat baru. Dengan tekad masing-masing. Dengan pelukan erat sewaktu kami berpisah keluar dari sekolah. Kami sentiasa ingin bersama.
………………………………………………………………………………………………….
Tetapi hari itu umpama pengakhiran segala-galanya. Yang kekal cuma aku, Hanie dan Adina..
Kecewa, memang kecewa! Mereka tak berpegang pada janji masing-masing.
Cuti akhir tahun berakhir tanpa berhubung antara satu sama lain. Aku teruskan dengan ego aku, aku takkan mengalah. Mereka yang patut minta maaf. Sengketa kami hanya berpunca dari CINTA MONYET!
Erika terus menerus menuduh aku itu ini. Syakila pula fikir aku dan Rizal bercinta. Adela, terus menerus menuduh Hanie perempuan perampas! Aku tak tahu kenapa ini terjadi? Kenapa persahabatan kami jadi mangsa keadaan??
Aku mahu persahabatan kami kembali. Kemesraan kami bangkit semula. 6 Perkasa bersatu kembali!
Itu mimpi ngeri untuk aku. Sememangnya membunuh tidurku.
Kadang-kadang aku tersenyum dalam tangisku.
Kenapa hanya kerana CINTA MONYET, mereka berubah jadi beruk? Lupa erti persahabatan. Kami bukan kenal sehari dua, tetapi enam tahun!
Pergolakan perasaaan remaja punca semua ini berlaku!
…………………………………………………………………………………………………..
Kenangan pahit dalam satu persahabatan yang terjalin yang takkan aku lupakan.
Aku tersenyum sendiri. ALLAH masih sayang persahabatan kami. Akhirnya kami bersatu kembali dalam satu pertemuan yang tak disangka-sangka.

Bab 6
Permulaan tahun yang baru, pengembaraan bermula!
Kami masih bertemu malah masih beramah mesra tetapi itu hanya lakonan semata-mata. Kami hanya meneruskan gelaran ‘kawan sekolah lama’.
Sepanjang orientasi SMKES, aku langsung tak berminat untuk menyertai cabaran-cabaran guru kaunseling sekolah tersebut.
Tetapi aku terpaksa juga turut serta apabila ‘tuah’ berpihak kepada aku semasa permainan Kotak Beracun.
“Kenalkan diri,”
“Nama saya Izarin Faizura binti Mahmud Naim. Sekolah lama SKPJ. Saya duduk kat atas kerusi kat dalam kelas. Result UPSR 5A,” ujar aku dengan muka selamba.
Puan Najwa tersenyum geli hati.
“Ok. Sekarang cikgu ada soalan. Apa perasaan awak apabila masuk sekolah menengah?”
“ Tipulah kalau saya cakap saya tak excited tapi saya masih ada rasa takut-takut tapi apa salah mencuba. Tetapi kita kena berfikiran matang. Tanamkan dalam diri niat untuk belajar bersungguh-sungguh dan jangan pernah terpengaruh dengan CM,”
“Bagus, terima kasih Faizura,”
Sama-sama.. Bahagia, nasib dapat jawab!
……………………………………………………………………………………………….
Sesi pembelajaran bermula dan itu bermakna aku akan menghadapi pertarungan terutamanya subjek PAI akan jadi subjek teras. Benci betul aku! Bukan aku tak sayang agama tapi masalahnya aku low bab menjawi. Aku memang ‘buta huruf’ jawi!
“ Faizura, tulis huruf Ba,”
Itulah sindiran Ustazah Azah, guru subjek PAI tingkatan 1 KRK2 TA1. Aku rasa macam nak gigit Gess, budak cina satu kelas dengan aku yang memandai tunjuk aku. Ah! Mentang-mentang lah dia tak perlu belajar!
………………………………………………………………………………………………….
Keputusan tawaran ke MRSM akan diumunkan lusa dalam internet lusa. Aku terharu dengan keprihatinan dia bersusah payah bercekang mata menghadap internet untuk mendapatkan keputusan permohonan aku. Dia selalu buat aku keliru dengan sikapnya, sayangkah dia pada aku? Argh! Jangan difikirkan lagi.
Hari ini aku ke pejabat mama. Pejabat Perguaman Dato’ Arman. Mama aku bertugas sebagai ketua kerani Bahagian Pengendalian Kes.
Aku segera menghidupkan sebuah komputer berhampiran meja kerja mama. Aku segera menaip alamat emel http/www.MARA.gov.com.my.
Aku segera memasuki ruangan keputusan kemasukan. Aku menekan nombor giliran UPSR aku. 7 digit itu begitu senang diingati.
Aku terlopong! Kebahagiaan sememangnya memihak pada aku. Aku terbayang wajah dia. ‘Awak, kita akan berjumpa,’ bisik hati kecil aku padanya.
“Mama, kak ngah dapat MRSM Jeli!” sorak aku.
“Alhamdulillah,”
Aku tak sabar. Kami memang ada jodoh!
…………………………………………………………………………………………………
Segala persiapan ala kadar. Alah! Aku bukan nak kahwin, nak pergi maktab aje..
“Baba kamu datang ke?” aju mama.
“Entah,” jawab aku acuh tak acuh.
Sedang asyik aku memunggah pinggan mangkuk, tiba-tiba hon kereta yang berbunyi mengejutkan aku. Aku segera menjenguk keluar. Baba, Haidi?
Baba mendahului Heeda, Haida, Haina dan HAIDI.
Aku tersenyum sambil menjeling kearah Haidi. Aku rindu wajahnya tapi argh! Jangan dipeningkan kepala kau Zu!
Wajahnya aku tenung dalam. Sayang, memang aku sayang Haidi. Tetapi tak lebih dari seorang kawan biasa. Hatiku hanya untuk dia.
Hari itu aju galak menyakat Haidi. Dia hanya menarik muka apabila Baba berpihak kepada aku. Haha.. Kami kan adik beradik angkat. Ya, kami adik beradik angkat!

Bab 7
Permulaan hidup di MRSM Jeli tidak seteruk yang aku fikir. Mungkin kerana ketakutan aku untuk hidup di asrama pada awalnya yang menyebabkan aku berprasangka buruk tentang orang lain.
Dia ada beberapa kali menegur aku meskipun dia masih ada rasa malu. He’s such shine boy.
“Zu, awak selesa kat sini?”
Aku tersenyum, soalan itu yang diajukan padaku pada pertemuan kami sewaktu minggu orientasi. Dia bakal menghadapi SPM tahun ini. Oleh sebab itu, kami kerap berjumpa di Pusat Sumber Ilmu (PSI).
Senyumannya menenangkan perasaan aku yang berombak.
Tapi hubungan kami tak disenangi seseorang disini, dan disana. Intan Norlia, gadis yang agak manis rupa parasnya menjadi penghalang keakraban kami. Tak pernah ada kata dari bibir mulus dia mengatakan yang dia setuju dengan tindakan aku menjauhi dia. Malah dia memprotes setiap kali aku sengaja tidak membalas SMSnya.
“Zu marah Abang ke?”
Soalannya mengejutkan aku. Dia menggunakan panggilan ABANG secara tiba-tiba.
Aku membalas pendek.
“ Zu sibuklah. Gotta rush, asasalamualaikum,”
Aku biarkan dia termangu. Maafkan aku!
Intan Norlia sentiasa mencari kelemahan aku. Hanya kerana dia ketua di aras aku, dia sengaja mengenakan aku. Argh! Senior aku itu memang mendendami aku, hanya kerana baginya aku perampas jejaka idamannya.
“Zarin, awak ingat awak tu bagus sangat? Baru tahun pertama kat sini, dah pandai-pandai mengorat senior?” cebik minah jakon itu andai ada rasa tidak puas hati denganku.
Intan berpindah ke MRSM Jeli pada awal bulan lima tahun lalu. Itu bererti dia mengenali ‘jejaka idaman’nya baru setahun setengah. Hei! Aku kenal dia dah 2 tahun. Benci aku pada Intan semakin membuak-buak.
…………………………………………………………………………………………………….
Malam ini akan diadakan Malam Senandung Bersama (MSB).
Awal-awal lagi dia menghantar SMS memesan agar aku memakai baju sedondon dengannya iaitu warna krim susu. Aku bingung awalnya, memikirkan permintaaannya. Akhirnya aku putuskan, perjuangan aku memang perlu diteruskan. Aku mesti berjuang demi sayang aku padanya. Aku mencapai baju kurung krim susu, baju raya aku pada tahun lalu yang telah kami rancang bersama.
Setibanya aku dan Azie, roommate aku di dewan, pandangan kami tertumpu kepada pasangan yang sedang rancak berbual. Sememangnya itu pasangan romantik sekolah ini. Gandingan ideal antara Putri Alia dan Engku Zahid.
“Hai Zu,” sapa dia dari belakang. Dia tersenyum apabila menyedari aku memakai baju kurung sedondon dengan baju melayunya.
“Aku bagi chance kat kau dengan Fezrul berdating,” usik Azie.
Aku sengaja membulatkan mata aku.
“ Kau rabun, tak payahlah nak bulatkan mata, tak nampak juga,” sakat Azie. Dia sengaja berlalu sebelum sempat aku membalas kata-katanya.
“Zu nampak cantik malam ni,” puji Fezrul.
Ya, Fezrul inilah DIA, jejaka impian aku.
Kami berjalan beriringan menuju ke dewan.
“ Woi, sweet couple dah datang!” jerit kumpulan Iman, antara budak-budak nakal disini.
Semua mata memandang kearah kami berdua.
“ Sama cantik sama padan,” puji seorang senior perempuan, yang aku kenali sebagai Kak Ju.
Aku sekadar mempamerkan muka selamba, berlawanan dengan muka Fezrul yang tersenyum penuh makna.
“ Awak tak sudi?”ajunya perlahan.
Aku gaman.
“ Intan macam mana?”
“Kami cuma classmate lah,”
Aku memandangnya penuh teruja.
Tiba-tiba Intan datang dan menarik Fezrul. Aku terkejut! Fezrul langsung tak melawan. Apa semua ni??
Aku larikan diri dari terus termangu melihat lentok bicara manja Intan dengan Fezrul.
“hai, boleh saya duduk kat sebelah awak?” aju seorang jejaka, mungkin senior aku kerana aku tak pernah terserempak dengannya di aras bawah bahagian kelas pelajar tingkatan 1.
“Duduklah. Tak perlu minta izin saya, bukan ada nama saya pun kat situ,” spontan jawapan aku.
“ Boleh berkenalan?”
Aku sekadar mengangguk dengan senyuman kelat.
“ Saya Danial Nazmi. Awak Izarin Faizura kan?”
Aku mengangguk. Dia dah tau nama aku. Eh? Macam mana dia tau nama aku?
“Macam mana awak tau nama saya?”
“ siapa tak kenal awak, junior paling ramai peminat? Awak tu memang famous dikalangan senior Form 3,4 dan 5. Takkan awak tak tau?”
Ada aku kisah??
“ Tapi kenapa dia orang minat saya?”
“ Awak kan budak yang menyanyikan lagu Takkan Lepas masa Minggu Aktiviti lepas?”
Oh.. Pasal tu pun nak minat. Apalah budak-budak ni!
Sejak hari itu aku berkawan rapat dengan Danial, senior tingkatan 3 itu, dan sejak hari itu aku renggang dengan Fezrul. Meskipun dia banyak kali cuba bercakap dengan aku tapi aku cuba menggelak. Biarlah, dia dan Intan sangat secocok.
Sehari sebelum dia menghadapi SPM, aku menghantar SMS dengan ucapan GOOD LUCK.
Tahun ini tahun terakhir dia disini. Aku sebak, aku sedih untuk berpisah dengan dia. Tapi aku rela, dengan harapan dia dan Intan bahagia.

Bab 8
Takkan lepas
Cinta yang ku ingin ada padamu,
Buatku ingin dekat kamu..
Makin jauh aku dari kamu,
Makin kuat cinta ini padamu,
Ku sanjung cintamu,
Bias mengugat hatiku yang dulu tertutup..
Terbuka hati ini untukmu,
Dan tertutuplan ia tanpa kamu..
Takkanku lepas cinta ini lagi,
Biar kecundang asalkan ku berjuang..
Cuba miliki mu sayang,
Ternyata cinta itu indah,
Meskipun tak miliki,
Ku takkan lepaskan cinta ini..

Dah 2 tahun aku dan Fezrul berpisah. Aku tak mahu mengganggu dia. Biarlah dia capai cita-cita yang dah lama dia tanam. Aku terkilan, dia selalu cakap, dia akan bercinta selepas SPM. Aku ingat aku akan jadi insan yang bertuah tapi nampaknya Intan lagi bertuah. Tapi aku tak mahu bertanya lanjut tentang hubungan mereka, takut nanti disalah ertikan sebagai penyibuk.
Dua minggu lagi sebelum keputusan PMR diumumkan. Aku semakin berdebar. Danial pula akan menghadapi SPM minggu hadapan. Dia sentiasa memberi semangat kepada aku. Aku rindu dorongan daripada insan bernama Fezrul tapi biarlah, biarkan sahaja rasa ini terkubur.
“Zu, lepas saya exam SPM, saya nak kita keluar berdua. Saya nak beritahu awak sesuatu,” pesan Danial. Aku mengangguk dengan senyuman ikhlas.
Aku sebak. Fezrul pernah berjanij tentang perkara yang sama. Tapi aku mungkir janji, aku tak mahu Intan tersinggung.
“Malam ni kita mesej tau,” pinta Danial.
“Esoklah, malam ni ada sportcheck kat aras. Ada budak hilang handphone,” ujar aku setelah terdiam seketika. Aku teringat pesan Puan Elly, penasihat Badan Kepimpinan Excellence (BKE) supaya menjadi ‘alarm person’ malam ini.
Sejak aku menjawat jawatan sebagai salah seorang daripada BKE, aku agak sibuk tapi akan sentiasa memberi 100% tumpuan dalam kelas.
“ Okay, nevermind. I’m going to stay up this night, so why don’t you send me a message if you’re done?”
“ Insya ALLAH,”
“Thanks, I love you,”
Aku tersenyum geli hati. Benda macam tu pun dia beriya-iya.
“I love you too,”
Ketika itu aku fikir persahabatan kami sekadar teman tapi mesra tapi rupanya Danial mahukan lebih dari itu. Dia ingin aku sebagai KEKASIH.
Pada mulanya aku tak sedar ucapan I LOVE YOU adalah SAYA CINTAKAN AWAK. Sedangkan tak terlintas difikiran aku selain SAYA SAYANG AWAK. Semuanya terungkai ketika kami berdua keluar bersama ke Bandar Tanah Merah.
“Sebagai hadiah awak dapat 8A, saya belanja awak makan kat KFC. Boleh?”
Aku sekadar mengangguk. Mood aku betul-betul terganggu. SMS daripada Fezrul yang aku terima semalam menyebabkan aku tak lena tidur.
> Assalamualaikum Zu. Tahniah sebab dapat 8A. I’m proud of you <>Salam Zu. Ni Haidi. Boleh kita jumpa?<>Salam. Boleh. Kat mana?<>Kat MaryBrown, esok, pukul 11 pagi.<>Okey!<
Aku sendiri tidak sabar untuk bertemu jejaka berusia 22 tahun itu. Setahu aku dia masih menuntut di UiTM Machang. Eh? Tetapi bukankah Machang terlalu jauh untuk datang ke KL?
Aku termangu lagi.
Aku tiba awal 30minit dari waktu dijanjikan.
“Assalamualaikum Zu,” sapa Haidi mesra. Aku tersenyum.
“waalaikummussalam, Abang Ngah,” aku cuba berlagak selamba.
“Semakin lama tak jumpa Zu, semakin rindu Abang kat Zu,” bicaranya membuat aku kebingungan. Aku sekadar tersenyum. Kami berbual kosong sementara menanti makanan dihidangkan.
“ ada-ada aje. Hah, mimpi apa nak jumpa Zu hari ni? Selalunya liat nak contact Zu. Tut-tut hari nak jumpa,” aku segera menghamburkan pertanyaan sebaik sahaja hidangan didepan mata. Menanti jawapannya, aku menghirup sedikit air fresh apple.
“Zu rasa?”
“Abang mimpi nak kawin, so datang mintak Zu bagi pendapat?” aku meneka sesuatu yang masuk dek akal.
“Taklah.. Abang rindu kat buah hati Abang ni,” balas Haidi selamba. Aku mengerutkan dahi.
“Maksud Abang?”
“Abang ingat nak pinang Zu, tapi Baba suruh bincang dengan Zu dulu,”
Aku terdiam. Ya Allah! Apa maksud semua ini?
“Abang.. Zu tak sedia lagi. Lagipun, Zu baru 19. Zu ingat nak bertunang dalam umur 24 gitu,” balas aku lembut.
Haidi tersenyum.
“Tapi Abang ada chance lagi kan?”ajunya seperti merengek macam budak kecil.
Aku sekadar tersenyum. “Insya-Allah,” pendek aku menjawab.
Semoga aku ketemu jodoh yang tepat.
Haidi menghantar aku terus ke kolej aku tanpa singgah kemana-mana. Sungguh! Dia seorang yang jujur dan penyayang. Setiap kali bersama, aku sentiasa berasa selamat.
Alhamdullillah, sebaik aku berkahwin, Haidi pun menamatkan dunia bujangnya dengan Hanie, kawan baik aku sendiri. Ha, geli hati aku!

Bab 12
Aku tersenyum di balkoni tingkat 3 kondominium setinggi 7 tingkat itu. Mataku ralit memerhatikan gelagat sekumpulan kanak-kanak bermain salji. Ceria, itu yang aku mahu selama ini. Aku merantau membawa diri hingga ke United Kingdom dengan alasan melanjutkan pelajaran dengan menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam jurusan TESL selepas aku berjaya memperolehi 10A1 dalam peperiksaan SPM.
Pejam celik-pejam celik aku dah tamat belajar. Akhirnya hari ini aku akan pulang ke tanah airku. Penerbangan aku terpaksa ditangguh ekoran ribut salji yang baru berakhir dan kebimbangan rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah tentang kemungkinan ribut salji berlaku.
“Zarin, will us meet you again?” aju Frenzio, kenalanku dari Sepanyol.
“Of course, anytime come and visit me in Malaysia,” ujar aku sambil tersenyum.
Di United Kingdom inilah aku semadikan segala kepahitan hidupku dengan tekad aku akan mulakan hidup yang baru.
“Well, we’re going to marry soon. Please attend to our wedding,” pesan Richard disamping tunangnya Emelyn.
“If God will, I will. Please take care of your fiancée, never hurt her. I’ll kill you if anything happen to her,” usik aku.
“Rin, we’re going too late,” bisik Izzat, rakan senegara denganku.
“Ops, sorry.. Well, call me anytime you want. We have to go,” ujar aku sambil memeluk Emelyn dan Nesscely rakan aku dari Eropah.
Aku mempercepatkan langkahku ke kaunter pemeriksaan.
Alhamdulillah, dalam masa 10 minit lagi kami akan berlepas. Kerinduan aku pada Malaysia semakin membuak-buak.
Aku duduk bersebelahan dengan Ikmal, jejaka kelahiran Terengganu. Aku pelik! Nuraiza dan Alea sentiasa cuba untuk mendekatkan aku dengan Ikmal. Emelyn dan Nesscely pula cuba padankan aku dengan Izzat.
Penerbangan UKplane sememangnya memberi keselesaan kepada penumpangnya tetapi kali ini aku betul-betul tak selesa!
Sesekali aku membetulkan tudung yang meliputi kepalaku.
“Nanti balik you nak mohon kerja dekat mana?” aju Ikmal memulakan bicara.
“UIA, UKM, MRSM or UiTM. How about you?”
“UIA, USM or UM,”
Aku mengangguk lemah.
“ Bila you nak kawin?”
Aku memandang wajah Ikmal. Sibuk aje!
“ Bila dah tiba masanya,”
Ikmal faham gaya aku. Dia menukar topik perbualan kami. Kehadiran Izzat benar-benar mengejutkan aku.
“ Teman I pergi kantin,” ajakannya tak mampu aku tolak apabila tangannya sudah mencapai tanganku.
Langkah kami seiring ke kantin yang tersedia dalam pesawat mewah ini.
“ I tak suka you mesra dengan Ikmal. I don’t like him, you know right? So I hope that you understand my situation,” bicara Izzat benar-benar menyakitkan hati aku. Apahal pulak aku kena faham dia? Dia bukan pakwe aku!
Aku cuma menunduk. Tidak mengiakan, tidak membantah. Aku malas nak layan kerenah mengada mamat ni.
“you want anything else?”aju Izzat sambil memerhatikan makanan yang aku capai.
Aku menggeleng. “ it’s enough. I don’t eat that too much,”
Izzat faham perangai aku. Sememangnya aku tak suka memanjang cerita. Kalau A, sampai lusa A lah jawapan aku.
Kami menuju ke seat secara beriringan lagi. Aku menatik nafas lega. Nak mati aku kalau bersama mamat pengongkong tu!
Ikmal tersenyum melihat tingkahlaku aku.
“cover la kalau ya pun,” aku tersenyum. Malu disindir begitu.
“gain more air,” Ikmal sengaja berlakon seperti orang yang semput. Usikan Ikmal berjaya membuat aku ketawa kecil.
Sepanjang perjalanan aku lebih banyak tidur. Maklumlah, 13jam perjalanan.


Bab 13
Ketibaan kami telah dinanti oleh keluarga kami masing-masing. Izzat tergopoh-gapah menarik aku bertemu ibubapanya.
“Kenalkan, ini Zarin. Dialah yang Jat cerita kat mama hari tu,” ujar Izzat ceria.
Dia cerita pasal aku kat mak dia? Gila!
“ Oh, nilah awek yang dah curi hati anak kesayangan Aunty ni?” ujar Datin Faridah sambil menepuk bahu aku, ramah. Aku cuma tersenyum.
“ Ala Aunty, kami kawan ajelah. Tak lebih,” balas aku cuba membetulkan kesalahfahaman mama Izzat. Jelingan mata Izzat tidak aku endahkan.
Kami berbual hanya sebentar ekoran keluargaku sudah menanti aku. Datin Faridah sempat berpesan pada aku agar ke rumahnya.
Kali ini aku tenggelam dalam dakapan mama. Argh! Sapa tak rindu kalau berpisah selama 4 tahun? Aku pulang cuma seminggu setahun, itupun cuti raya.
………………………………………………………………………………………………………
Sudah seminggu pertemuan aku dan rakan-rakan aku berlalu. Masih terasa keriuhan kami semua dalam Restoran KFC. Harap aje semuanya dah berumur 24 tahun tapi perangai mengalahkan budak sekolah rendah. Perjumpaan semula kali telah diatur oleh Hanie. Yang pasti mereka semua sudah melupakan sengketa lama malah semuanya terkesan dengan luahan hati aku dan Hanie dalam novel kami bersama , Dua Kata yang telah diterbitkan oleh WangsaRindu Publishing.. Segala dendam dan sengketa telah kami buang jauh-jauh. Indahnya persahabatan!
Hari ini aku sudah mula dengan operasi memohon kerja. Dalam sehari, berjam-jam aku menghadap laptop Acer kesayangan aku. Almaklumlah, hari-hari online.
Sedang enak melayan perasaan dengan menghayati lagu westlife-My Love, mata aku terpaku pada skrin laptop. Aku terima emel!
Aku segera menggerakkan tetikus.
+Sejak balik Malaysia, Miss ZaFa jarang emel Mr F1. Sibuk ya?+
Aku tersenyum sendiri. Mr F1??
Aku segera menaip apabila mendapati dia masih online.
-Sorry, I’m so busy until I forgot about you. Don’t be sulking.-
Aku tersenyum sekali lagi. Mr F1 sentiasa menemani aku tika aku berduka di UK. Dialah yang memberi semangat kepada aku. Aku masih ingat pesanannya sewaktu aku menceritakan kedukaan aku tentang Fezrul.
+ Miss ZaFa, jangan buat keputusan melulu. Mungkin hubungan mereka tak seperti yang awak fikir. Jangan lepaskan dia atas rasa hati awak yang belum tentu betul. Mana tahu, dia pun sukakan awak..+
Aku termangu sendiri. Betul kata dia. Aku ni suka bertindak melulu. Aku mesti hubungi fezrul, itupun kalau dia masih nak berhubung dengan aku. Tapi.. Ada harapan lagikah?
Sekali lagi layanan perasaan aku terganggu dengan kehadiran emel.
+ Saya tak merajuk pun. Miss ZaFa, saya teringin nak jumpa awak. Boleh?+
Aku kali ini melompat-lompat atas katil. “ Yahoo!” sorak aku ceria.
“Kak Ngah okey tak ni?” aju mama sebaik melihat kelakuan aku. Aku termalu sendiri.
“Tak ada apa-apa.. Terlalu happy,” spontan aku membalas.
Mama sekadar menggeleng sebelum kembali ke dapur.
Aku kembali membaca emel itu. Wa caya lu!
Aku happy macam ni bukan apa, aku kenal Mr F1 ni sejak aku habis SPM, sampai aku habis belajar. Dah tujuh tahun kami kawan tapi kami tak pernah berjumpa. Berhubung dengan telefon pun tak pernah. Aku segera membalas emel itu.
-Okay. Kat mana?-
Aku bagai mahu menjerit memberitahu dunia tentang kegembiraan aku. Siapa tak gembira bakal jumpa Mr Rightnya?
+ Jumpa kat Restoran Damai. Pukul 9malam, esok. Okeylah. Sambung malam ni pula. Saya ada kerja nak buat ni.. Asasalamualaikum.+
Aku tersenyum. Aku tak sabar untuk berjumpa dengannya.
******************************************************************************
Bab 14
Seminit terasa bagai sebulan menanti. Jam aku baru saja menunjukkan pukul 8:45 pagi sewaktu aku memandu keluar kereta Vios milik mama dari perkarangan rumah banglo kami.
Hanya dalam masa 10 minit, kereta aku sudah bertapak dihadapan restoran mewah itu.
Aku membelek jam dipergelangan tangan aku. 5 minit lagi. Aku segera menyusun langkah menuju ke kaunter pertanyaan. Dengan kemeja berwarna pink berjalur putih dipadankan dengan jeans biru pudar, aku tampak seperti gadis aktif. Wajah sempoi aku jelas dengan pemakaian selendang putih.
“ Cik Faizura?” sapaan gadis penyambut tetamu itu mengejutkan aku. Spontan aku mengangguk.
“ Meja Cik nombor 1, kat hujung sana. Encik Wan minta Cik tunggu dia kat situ. Dia akan sampai tak lama lagi,” lembut gaya percakapan gadis itu. Aku tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Nama dia WAN?
Aku diasak pelbagai soalan.
“ Assalamualaikum..” suara garau menyebabkan aku berpaling ke belakang secara spontan.
“ Waalaikummussalam..” balas aku perlahan. Aku rasa bagai mahu pitam.
“ Lama Zu tunggu?” aju jejaka itu. Aku menggeleng.
“ Baru aje,”
Lelaki berusai 28 tahun itu menghadiahkan senyuman manis kepada aku.
“ Terkejut jumpa Abang kan?” aju Fezrul.
“ Apa maksud semua ni?”
“ Abang masih menanti awak, Miss Ego,” balas Fezrul sambil meraih tangan aku.
“ Macam mana dengan Intan?”
“Ya, kenapa dengan sepupu Abang tu?”
Sepupu??
“Tapi.. Bukan ke korang berpasangan?”
“ itu lakonan nak kenakan awak. Tapi tak sangka awak merajuk sampai macam tu sekali..”
Aku tersenyum kelat.
“ Tapi sapa Wan?”
Abanglah. Kan nama Abang Fezrul Ezwan?”
Aku tersengih. Aku rasa bagai mahu menjerit. Teruja dengan jodoh ini!
Aku bagaikan diserang sakit jantung. Sampai hati dia kenakan aku sampai macam tu sekali. Nasib aku tak kawin lagi. Kalau aku dah kawin, kan melepas aje. Si Intan ni pun satu, nak kenakan aku pun janganlah asyik buli aku. Adoi!
…………………………………………………………………………………………………..
Persiapan pernikahan kami akhirnya selesai. Tinggal seminggu lagi.
Aku semakin ghairah. Tak sabar untuk bersatu dengan insan yang amat aku cintai.
……………………………………………………………………………………………………..malam sehari sebelum perkahwinan aku diinaikan. Saudara-saudaraku asyik mengusik aku. Naik geram juga aku!
Hari pernikahan akhirnya tiba.
Dengan sekali lafaz, aku sah sebagai isteri Fezrul Ezwan Bin Ismadi.
Ya Allah.. Kurniakanlah kami kebahagiaan berpanjangan. Cukuplah segala u jian yang telah Kau beri pada kami.
“ I love you,Ayang,” bisik Fezrul lembut di telinga aku.
“ I love you too, Abang,” Aku mahu berbahgia disamping lelaki yang bisa membuat aku mengucapkan I LOVE YOU sebagai SAYA CINTAKAN AWAK..
Oh, indahnya bercinta. Sungguh! Aku begitu menghargai cinta kurniaan Illahi ini.
..THE END..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...