Rabu, 24 Ogos 2011

jom mengait!

 

 assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik tengok2 cuti sem daa tinggal dua minggu jew lagi (*sedihss!)

Macam tak caya da lebih dua bulan jugak aku jadi penganggur terhormat kat umah.

Teringat awal2 cuti sem, punye semangat nak cari keje part-time. And aku da mintak keje kat kilang, tapi mama tak bagi..(*naseb laa~). Mama asked me to join kelas menjahit so that my ‘menjahit’ skill way better. Yang sedihnya aku tak dapat join kelas menjahit sebab pendaftaran only after raya..(+_+)

So…

Dengan azam yang padu gteww~  aku pon mula cari basic info sal MENGAIT (kait jarum satu jew~).

At first aku belajar macam mana nak hold jarum and benang. Then start ngan the basic and simple step iaitu kait tali air (kta).

haa…gambar kat bawah ni show some basic steps nak mengait…

Belajar crochet

Actually, mengait ni is all about regangan benang. Kita hanya perlu tahu basic crochet then boleh start mengait ikut kreativiti kita. Maybe for newbie macam aku, need carik2 lam internet and rujuk buku untuk dapat idea.

Tapi honestly mengait sangat menguji kesabaran (*maybe sebab aku masih baru dan blur =P). apep0n, mengait nie best and saat paling happy bila hasil kait kita siap!

Photo0370 photo0379

*gambar 1: alas gelas

*gambar 2: alas pasu bunga (kerang terbuka)

Photo0368

yang nie still in progress, sebab nak wat alas meja (besor and need kait banyak bunga).

cantik tak? huhu! Sedikit tidak kemas sebab still belajar.

Jadi, for those yang tak tahu nak wat pe time cuti belajar laa mengait. Syok tau. Even sekarang sumer nie kita ley beli tapi hasil tangan sendiri sangat buat kita rasa puas.

Wallahua’llam…

creadit to Dinah's Crochet Shop sebab banyak give me idea! Thanks!

RA: menghitung hari2 terakhir Ramadhan~ +_+

Isnin, 22 Ogos 2011

watermark for my blog!!!

Photo0300  edit3 Photo0070

salam semua..

gambar diatas adalah cubaan semata-mata.. mau cuba my blog watermark..huhu!

alhamdulillah, akhirnya berjaya…

Ahad, 14 Ogos 2011

ramadhan 2

Puasa

Edisi: cObaan~

Salam ramadhan semua….

(*pasan ada orang baca entry…=P)

Alhamdulillah.. harini da masuk separuh (15hari) kita menjalankan ibadah puasa. Semoga apa yang kita kerjakan dan lalukan diterima Allah S.W.T..insyaallah,amin…

Semalam tengok bulan penuh, cantek…

Pagi yang indah harini. Bangun sahur then tunggu solat Subuh. Dengan azam nak kuruskan balik badan yang makin berisi, aku melakukan senaman ringan (*iaitu lompat2 dalam umah secara perlahan). Sambil2 tue basuh baju (mesin yang tolong basuhkan).

About 7.15 a.m, aku pon dengan gigihnye jemur laa kain2, baju2 dan sewaktu dengannya. Dah cantek tersusun kain aku jemur terasa gerimis pagi menimpa wajahku (gtew~). Dan makin rancak… Terpaku dengan cObaan, aku cepat2 senyum. Huhu!

Kenapa?

Sebab, senyum adalah salah satu senjata menyejukkan hati yang marah. So, aku senyum dan tarik nafas dalam sambil biarkan gerimis tue menyapa muka aku. And it worked! Seriously aku rasa sangat relief and ase enjoy.

Aku pon angkat balik kain2 yang sudah terjemur and hanging kat hanger, lalu jemur kat beranda belakang umah (berbumbung). Selesai hang baju2, ujan stop!

Astaghfirullahala’zim…

Subhanallah…

Sabar kan separuh dari iman. Dan Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

Wallahua’llam..

RA: senyum…


Ahad, 7 Ogos 2011

ramadhan


PUASA

Edisi: dulu vs sekarang

Assalamua’laikum…

Muhasabah diri sempena bulan mulia lagi penuh barakah

Selamat menyambut bulan puasa almubarak

Alhamdulillah, tahun ni aku masih mampu dan mendapat peluang menunaikan ibadah puasa disamping solat tarawih. Dan yang paling special about puasa tahun ni is aku dapat berpuasa kat rumah. Dah almost 8 tahun aku berpuasa kat sekolah, kat kolej and 0so kat U… syukur..

Teringat kenangan dulu-dulu. Time tue aku baru 5 @ 6 tahun. Arwah nenek (aku panggil Wan) selalu bawak aku gi semayang terawih kat surau atau masjid. Kalau takde kereta kami jalan kaki. Abang-abang aku (along,ngah and cik) pon join sama.

Aku selalu dok sebelah Wan dalam saf and kadang-kadang ada gak makcik yang soh aku dok belakang sebab dia cakap aku kecik lagi. Bila start solat terawih, Wan akan cakap “2 rakaat tau”. Then aku angguk paham. Masuk rakaat ke-5 aku da start malas-malas bangun. Tapi Wan akan jelling (kalau aku dok jauh dari dia) dengan bawak isyarat supaya aku bangun solat. Dengan tak ikhlasnye aku bangun solat. Hehe! Aku selalu tanya Wan, bape rakaat lagi tinggal, da solat witir ke belom. Mula-mula Wan jawab gak tapi lama-lama Wan bagi lagi isyarat mata, tanda soh diam and ikut. Lol!

Ada gak time2 aku mintak ngan Wan taknak solat. Wan akan soh aku dok diam-diam. Aku xramai kawan kat kampong so kurang sikit potensi aku nak bergarau senda bagai kat lam masjid time orang lain sibuk cari pahala solat terawih. Dulu-dulu kalau ada budak-budak wat bising pakcik2 @ makcik2 akan tegur, tak kira anak sape pon.

Habes terawih, lipat2 kain semayang terus aku terpacak kat tempat orang letak makanan. Dulu-dulu kat masjid kampong aku ade jew orang sponsor Moreh (makanan lepas solat terawih-yang aku paham laa). Biasa laa budak-budak lagi time tue. Amek kuih 2,3 biji balik umah.

Tapi tue dulu..

Sekarang banyak dah benda berubah. Antara yang paling ketara adalah aku makin besar! (^_^)\/

Tahun ni masuk tahun ke-5 tanpa Wan dan tahun ke-8 tanpa Abah… -.-

Tahun nie aku gi solat terawih ngan adik bongsu aku (my sis n other bro dok hostel). Kalau aku malas drive kete aku soh jew dak kecik tue bonceng aku ngan moto. Masuk masjid, dah tak janggal dok saf depan sebab aku da dewasa (ye ke??). kalau kecik2 dulu aku mintak nak ‘berehat’ tak mau solat sekarang da tak. Alhamdulillah.

Trend budak-budak terjerit-jerit, kejar-kejar still ada tapi da takde orang yang nak atau berani tegur. Sebab kalau kita jelling budak2 nie, mak bapak diorang awal2 lagi jelling kat kita. (tak semua yea..)

Habes solat terawih, no more Moreh kat masjid. mungkin masalah kenaikan harga barang. =P

Dulu dan kini sangat jauh berbeza walaupun xsampai dua dekad lagi. rindu lak pada masa itu…

Wallahua’llam..

RA: mencari keberkatan Ramadhan.

Khamis, 21 Julai 2011

ye ke cinta?

Cinta..

Kali ni aku nak share pasal kisah cinta..gtew~

Macam-macam kita dengar sal suka duka bercinta. Tapi aku honestly not expert at all bab-bab cinta. So, aku nak kongsi permulaan cinta dalam erti kata lain sesi ngorat mengorat..

bila seorang lelaki berkata "awak terlalu sempurna/baik untuk saya", itu bermakna beliau sedang menolak kamo.bukan kerana kamo sempurna @ baik tapi nak gtau yg kamo xsesuai ngan beliau

Pernah dengar tak ayat macam nie bila berkenalan dengan mana-mana lelaki? Sebenarnya banyak jenis (yeke ke orang panggil jenis ek?) perkenalan. Ada yang secara tak sengaja, sengaja, tak patut and so on. Tapi bila part nak ‘tamat’kan perkenalan tue seorang lelaki atau perempuan akan guna ayat di atas dengan harapan orang yang di reject tak kecewa sangat or frust menonggeng. Betol x?

Aku sendiri pernah dihadiahkan ayat ‘indah’ seperti di atas. Dan aku tak pernah salahkan lelaki itu malah berterima kasih sebab bagi idea aku nak tulis entry baru untuk blog aku. Hehe! Thanks bro…(^_^)

The best part is beliau rujuk makwe lama beliau and aku sangat happy for both of them. Cuma aku tak ley terima ayat beliau time tue.

“…saya harap faham yang saya dah berpunye dan saya sayang dia.”

Aku agak terkilan sebab aku ikhlas berkawan dengan beliau. Tanpa ada unsur-unsur lain, aku control pergaulan and ayat time berchatting. Kenape perlu beliau menggunakan ayat seperti diatas??? Tibaaaa jah!

Bukan aku nak kata beliau telah terperasan tapi kind of it. Bila beliau mesej gitau aku sal makwe dia, sikit pon aku tak sedih. Hmmm…pelik-pelik..

Sebenarnya rasa terkilan yang wat aku gigih menaip nie..

To encik PE..hope awak happy ngan pilihan awak..

Wassalam

RA: bila manusia diberi hak untuk bersuara

Selasa, 7 Jun 2011

terima kasih,makcik!

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah sem 3 a.k.a short sem aku untuk tahun nie.. So, balik packing barang2 mau pulang ke kampong halaman terchenta…~

Balik kampong..

Disebalik mood excited and happy nak balik bercuti, something happened tengahari tadi. Aku n my frens g pejabat dengan harapan pakcik or makcik kat ofis tue sudi membuka pintu store blok.

Nape nak sangat stor bukak?

Sebab sume sijil2 SPM and segala jenis surat berenti skolah, surat beranak ada kat dalam bagasi yang telah ku ‘semadi’kan seketika didalam stor tersebut. =D

Namun…pe yang telah aku dapat???

Pakcik: kita tak boleh bukak stor tue. Nanti kalau barang2 orang len rosak kena pijak ke camne kami nak jawab?

Aku: tapi pakcik, saya nak amek sijil saya jew. Saya janji tak pijak barang orang (*blinking eyes~**)

Pakcik: awak nie tak cakna. Da tau sijil tue penting kenapa letak dalam stor. Kita da pesan awal2 barang penting jangan letak lam stor. Ni awak nak balik cuti. Kalau awak nak nek flight g London cne?

Aku: @_@’

Pakcik: bayangkan kalau awak tersalah letak passport awak lam bagasi. Bagasi tak dapat, nak nek flight pon melepas. Cane awak nak lepas immigration. Passport awak lam bagasi.

Aku: tapi..+_+

Pakcik: awak sumer ni bakal cikgu, pegawai. Tapi kalau awak terus camni macamana orang nak hormat awak. Kalau awak pegawai, kata nak meeting kol 9 tapi awak tak sampai2, awak ingat sume orang diam. Sekarang ni semua orang nak bersuara. Nanti awak gak yang malu, kena sound depan2.

Aku: (dalam hati:da kenapa ngan pegawai lak pakcik?)

Kebetulan azni ada tulis no pin kat tapak tangan aku. Time tue my hand kat cermin kaunter pejabat.

Pakcik: tue no ape tue?nak bagi nombor talipon kat saya ke? Saya tak kan bukak.

Aku: hmmmmmm???? (-.-)‘

Pakcik: da la. Awak tak yah merayu.nanti kami wat keputusan yang salah.

Aku: Ape yang salah lak ni (lam hati lagik~)

Pakcik: memang tak ley bukak.

Aku: terima kasih pakcik~

So, aku n kawan2 pulang dengan hati yang nan lara lagi kecewa. Aku still xley lupakan kata2 pakcik tue. Ape kaitan kes aku ngan kes pegawai and nak nek flight g London? Aku nak amek sijil aku lam stor jew.

Around 3 petang, aku pon dengan penuh perasaan berharap pegi lagi ke pejabat kolej. Dan…

Aku: saya nak tanya, pasal stor lagi. Memang tak boleh bukak ke?

Makcik 1: tak boleh.

Aku: tapi saya kena amek sijil2 saya tue. Nanti cane saya nak keje sume. Cuti lama nie.

Makcik 1: kan da cakap awal2 benda penting jangan letak lam stor

Aku: *_*

Makcik 2: buka jew la. Kunci katne?

Makcik 1: mana ada kunci. Nanti Puan I**** marah.

Aku: blink2~~

Makcik 2: tak pela..kita buka jap jew.

Makcik 1: tapi Cik K*** kena ikut same laa.

Aku: (lam hati:horraayyy!)

Makcik 2: meh…

Dan akhirnya aku telah berjaya mengambil sijil2 aku..syukur Alhamdulillah.

Terima kasih banyak2 makcik sebab tolong saya. Semoga Allah murahkan rezeki and mudahkan urusan makcik dunia akhirat..amin~

TERIMA KASIH MAKCIK!

Sabtu, 21 Mei 2011

just for mama..


Assalamualaikum wbt

Malam ni malam terharu dan sayu labu sedunia.. Kenapa?

Aku pun tak tahu pe sebenarnya aku rasa. Punca sume rasa nie adalah sebab aku berada jauh beratus kilometer dari family aku.. (+_+)’

Semalam baru sedar something. Agak terkantoi di situ and if that person do baca my entry ni surely he’ll smile. Setelah tersedar dari ke’lagha’an tue, aku terbaca satu note yang di tulis oleh i-noe-who yang didedikasikan khas buat ibu beliau. and insyaallah my future mom too,amin. Sangat touching cara and ketika note tue ditulis. Salah satu sebabnye he’s a guy. Sweet kan for a man having this kind of sensitivity. And honestly time aku baca tulisan beliau aku menangis. Yerla kan,da la aku tengah horrorly rindu kat mama kat kampong, baca note yang sangat menyentuh hati. Mana tak sayu kot.

So, aku meng’copy and paste’kn note tersebut seperti berikut:

p/s to I’re:mohon halal ek…

i're sayang MA.....

by MOnster Biskut on Friday, May 20, 2011 at 6:11pm

insan y bernama MA...

MA,i're sngt syngkan MA...bnyk bena pengorbanan y MA da buat tuk pemili kite..i're bersyukur sngt dapat MA y terbek bt kami 5 beradik menumpang kasih syng..segala suke duke y pemili kite alami,MA tabah hadapi..walaupon kami thu MA sembunyikan titisan air mate agar tidak mahu kami berduke....

i're syng MA

i're msh ingt ag,mase i're lemah MA la y jd pembakar semangt..time i're demam MA la y bersengkam mate menjage siang da mlm...segala kerenah nakal i're MA layan jew dengn saba..MA la y segalanye bg i're..MA la y menyikat rmbt i're,memandikan i're,menghantar i're ke sklah,mendodoi i're tido,menjadi tempat i're mengdu msalah..i're sygn MA..

disaat i're masih lena dibuai mimpi Ma dan bgn meyiapkan sarapan pg tuk kami..disaat i're menjamah makanan kaki MA mula memecah titisan embun pg..menbnting tulng mencari rezeki bt kami..disaat i're kekeyngn,MA bermandi peluh kesana dan kesini..disaat i're sedng asyik bermain MA pula xde mase merehatkan diri...besar pengorbanan MA bt kami..saat i're meningkat dewasa MA x jemu memberi nasihat bergune bt i're n semua adk-beradi y lain..i're masih ingt lg ape y MA pesan kat kami"MA x pandai dlm pelajaran n MA xna anak2 MA ikut same jd cam MA"...i're syngkan MA..

setiap kali orng berbicara tentang ayah dan ibu ire xdpt menahan kelopak mate ini dari menumpahkan air jenih mengalir ke pipi..i're terus terbayang kat MA...skunk i're jauh dari MA..i're x peduli kate orng y ckp i;re ni manje law pasal keluarge..kerna i're sngt syngkan MA..Walaupon MA jauh dari i;re..tp itu hanyalah jarak MA..tp hubungn kekeluargaan n kasih sayng MA tetap i're dapat rase...disaat MA masih ade..i're na sangt bahagiakan MA..ikut ape y MA cakap n berbakti kat MA..kerna itulah care bg i're na mengenang pengorbanan bt i're dan adik-beradik y lain...i're setiase berdoa aggar ALLAH S.W.T. memberikan kesejahteraan idop di dunia n di akhirat bt MA..syurge itu terletak bawah kaki MA..i're syngkan MA...

ikhlas dari anakmu......i're...

To I’re, kalian adik-beradik memang terbaik for ur mom. Honestly. Tumpang bangga with all of u..

For me, aku akan sentiasa menghargai mama selagi mama masih ada. Jasa dan pengorbanan ma tak kan kami lupa sampai bila-bila. Ma, terima kasih sebab lahirkan kak and didik kak untuk jadi who I am today. Love u ma..

Love,

Kakak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...