Rabu, 7 Disember 2011

Menjadi solehah atau mencari soleh?


Assalamualaikum semua…

Baru-baru ni aku terbaca satu statement yang membuatkan aku terkesima seketika.

“ramai yang tersalah memasang niat untuk berubah. kadang kala kita berubah menjadi solehah/soleh bukan kerana Allah S.W.T. tapi untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah. Padahal Dia yang lebih layak untuk kita dambakan.

Ingat, semuanya kerana Allah…”

Tak salah untuk mencari yang terbaik untuk diri tapi nawaitu yang asal kena betul. Berubah lillahi taala dengan harapan Allah temukan dengan insan yang baik untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih solehah/soleh. Itu baru betul.

Kebetulan my friend mengalami nasib yang lebih kurang. So, tibe-tibe aku terpikir..
Aku salah sorang ke?

Ya Allah..aku rasa aku jahil. Kerdilnya aku.

Dan lagi satu. Bila kita berubah kerana nak dapatkan suami imam muda bapak mertua tok lebai, kadangkala kita kurang istiqamah.

Kerana?

Bila kita sentiasa berharap pada yang akan mati maka sampai masa kita kecewa kerana yang diharap tak mendatang yang dirancang tak menjadi. Padahal yang tak kan mati (Allah ta’ala) sentiasa mahukan hambanya berharap pada-Nya.

So, bila sampai kita kecewa kita akan stop dari ‘berubah’. Maybe tak semua. Tapi still ada.

Berubah perlukan istiqamah.

Maaf andai kata-kata aku agak tidak sopan atau mungkin kurang ‘educated’. Still belajar dari semua benda.

Wallahua’llam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...