Rabu, 24 Ogos 2011

jom mengait!

 

 assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik tengok2 cuti sem daa tinggal dua minggu jew lagi (*sedihss!)

Macam tak caya da lebih dua bulan jugak aku jadi penganggur terhormat kat umah.

Teringat awal2 cuti sem, punye semangat nak cari keje part-time. And aku da mintak keje kat kilang, tapi mama tak bagi..(*naseb laa~). Mama asked me to join kelas menjahit so that my ‘menjahit’ skill way better. Yang sedihnya aku tak dapat join kelas menjahit sebab pendaftaran only after raya..(+_+)

So…

Dengan azam yang padu gteww~  aku pon mula cari basic info sal MENGAIT (kait jarum satu jew~).

At first aku belajar macam mana nak hold jarum and benang. Then start ngan the basic and simple step iaitu kait tali air (kta).

haa…gambar kat bawah ni show some basic steps nak mengait…

Belajar crochet

Actually, mengait ni is all about regangan benang. Kita hanya perlu tahu basic crochet then boleh start mengait ikut kreativiti kita. Maybe for newbie macam aku, need carik2 lam internet and rujuk buku untuk dapat idea.

Tapi honestly mengait sangat menguji kesabaran (*maybe sebab aku masih baru dan blur =P). apep0n, mengait nie best and saat paling happy bila hasil kait kita siap!

Photo0370 photo0379

*gambar 1: alas gelas

*gambar 2: alas pasu bunga (kerang terbuka)

Photo0368

yang nie still in progress, sebab nak wat alas meja (besor and need kait banyak bunga).

cantik tak? huhu! Sedikit tidak kemas sebab still belajar.

Jadi, for those yang tak tahu nak wat pe time cuti belajar laa mengait. Syok tau. Even sekarang sumer nie kita ley beli tapi hasil tangan sendiri sangat buat kita rasa puas.

Wallahua’llam…

creadit to Dinah's Crochet Shop sebab banyak give me idea! Thanks!

RA: menghitung hari2 terakhir Ramadhan~ +_+

Isnin, 22 Ogos 2011

watermark for my blog!!!

Photo0300  edit3 Photo0070

salam semua..

gambar diatas adalah cubaan semata-mata.. mau cuba my blog watermark..huhu!

alhamdulillah, akhirnya berjaya…

Ahad, 14 Ogos 2011

ramadhan 2

Puasa

Edisi: cObaan~

Salam ramadhan semua….

(*pasan ada orang baca entry…=P)

Alhamdulillah.. harini da masuk separuh (15hari) kita menjalankan ibadah puasa. Semoga apa yang kita kerjakan dan lalukan diterima Allah S.W.T..insyaallah,amin…

Semalam tengok bulan penuh, cantek…

Pagi yang indah harini. Bangun sahur then tunggu solat Subuh. Dengan azam nak kuruskan balik badan yang makin berisi, aku melakukan senaman ringan (*iaitu lompat2 dalam umah secara perlahan). Sambil2 tue basuh baju (mesin yang tolong basuhkan).

About 7.15 a.m, aku pon dengan gigihnye jemur laa kain2, baju2 dan sewaktu dengannya. Dah cantek tersusun kain aku jemur terasa gerimis pagi menimpa wajahku (gtew~). Dan makin rancak… Terpaku dengan cObaan, aku cepat2 senyum. Huhu!

Kenapa?

Sebab, senyum adalah salah satu senjata menyejukkan hati yang marah. So, aku senyum dan tarik nafas dalam sambil biarkan gerimis tue menyapa muka aku. And it worked! Seriously aku rasa sangat relief and ase enjoy.

Aku pon angkat balik kain2 yang sudah terjemur and hanging kat hanger, lalu jemur kat beranda belakang umah (berbumbung). Selesai hang baju2, ujan stop!

Astaghfirullahala’zim…

Subhanallah…

Sabar kan separuh dari iman. Dan Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

Wallahua’llam..

RA: senyum…


Ahad, 7 Ogos 2011

ramadhan


PUASA

Edisi: dulu vs sekarang

Assalamua’laikum…

Muhasabah diri sempena bulan mulia lagi penuh barakah

Selamat menyambut bulan puasa almubarak

Alhamdulillah, tahun ni aku masih mampu dan mendapat peluang menunaikan ibadah puasa disamping solat tarawih. Dan yang paling special about puasa tahun ni is aku dapat berpuasa kat rumah. Dah almost 8 tahun aku berpuasa kat sekolah, kat kolej and 0so kat U… syukur..

Teringat kenangan dulu-dulu. Time tue aku baru 5 @ 6 tahun. Arwah nenek (aku panggil Wan) selalu bawak aku gi semayang terawih kat surau atau masjid. Kalau takde kereta kami jalan kaki. Abang-abang aku (along,ngah and cik) pon join sama.

Aku selalu dok sebelah Wan dalam saf and kadang-kadang ada gak makcik yang soh aku dok belakang sebab dia cakap aku kecik lagi. Bila start solat terawih, Wan akan cakap “2 rakaat tau”. Then aku angguk paham. Masuk rakaat ke-5 aku da start malas-malas bangun. Tapi Wan akan jelling (kalau aku dok jauh dari dia) dengan bawak isyarat supaya aku bangun solat. Dengan tak ikhlasnye aku bangun solat. Hehe! Aku selalu tanya Wan, bape rakaat lagi tinggal, da solat witir ke belom. Mula-mula Wan jawab gak tapi lama-lama Wan bagi lagi isyarat mata, tanda soh diam and ikut. Lol!

Ada gak time2 aku mintak ngan Wan taknak solat. Wan akan soh aku dok diam-diam. Aku xramai kawan kat kampong so kurang sikit potensi aku nak bergarau senda bagai kat lam masjid time orang lain sibuk cari pahala solat terawih. Dulu-dulu kalau ada budak-budak wat bising pakcik2 @ makcik2 akan tegur, tak kira anak sape pon.

Habes terawih, lipat2 kain semayang terus aku terpacak kat tempat orang letak makanan. Dulu-dulu kat masjid kampong aku ade jew orang sponsor Moreh (makanan lepas solat terawih-yang aku paham laa). Biasa laa budak-budak lagi time tue. Amek kuih 2,3 biji balik umah.

Tapi tue dulu..

Sekarang banyak dah benda berubah. Antara yang paling ketara adalah aku makin besar! (^_^)\/

Tahun ni masuk tahun ke-5 tanpa Wan dan tahun ke-8 tanpa Abah… -.-

Tahun nie aku gi solat terawih ngan adik bongsu aku (my sis n other bro dok hostel). Kalau aku malas drive kete aku soh jew dak kecik tue bonceng aku ngan moto. Masuk masjid, dah tak janggal dok saf depan sebab aku da dewasa (ye ke??). kalau kecik2 dulu aku mintak nak ‘berehat’ tak mau solat sekarang da tak. Alhamdulillah.

Trend budak-budak terjerit-jerit, kejar-kejar still ada tapi da takde orang yang nak atau berani tegur. Sebab kalau kita jelling budak2 nie, mak bapak diorang awal2 lagi jelling kat kita. (tak semua yea..)

Habes solat terawih, no more Moreh kat masjid. mungkin masalah kenaikan harga barang. =P

Dulu dan kini sangat jauh berbeza walaupun xsampai dua dekad lagi. rindu lak pada masa itu…

Wallahua’llam..

RA: mencari keberkatan Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...