Salam Untuk Cinta
Siapa yang memahami erti cinta? Dan siapa yang memerlukannya?
Cinta… itu yang membuat seorang anak kota hilang arah… dan dia dilamun angau. Tindakannya luar jangkaan.
Kasih… bukankah itu lebih bermakna? Atau ianya hanya kata yang tidak punya makna? Kerana kasih yang hilang, dia membawa hati yang lara, ke lembah asing untuknya…
Persahabatan… itu yang mengikat mereka. Membuat mereka semakin dekat dan tanpa disedari, persahabatan menyemai benih cinta.
Obsesi… atau lebih saintifik, gila bayang? Itu yang membuat dia sendiri buntu dengan hatinya. Siapa yang dia cinta?
Adakah Hawaina milik Ridhuan atau milik Fahim? Atau Mafazi yang akan membelainya?
Adakah Marlia akan terus menanti Ridhuan atau membuka hatinya untuk Khairul?
Hardina, sudah sediakah dia dengan ujian? Adakah kembali mencari atau berpegang pada cinta Fahim?
Adakah hati remaja Norlia dapat menahan perasaan cinta yang hadir untuk Ridhuan, abang kandungnya sendiri atau dia terus memendam rasa dan tunduk dengan salam sayang Fizz Hamdie?
Adakah Michelle akan bersama dengan Ridhuan untuk terus mengenal Islam atau hanyut dalam belaian Zulfekar?
Adakah Zulfekar dapat menolak cintanya pada Hawaina dan terus hanyut dalam syurga dunia?
Dan, adakah kesetiaan Tan Sri Iskandar akan berterusan untuk Puan Sri Harlina atau dia berpaling tadah dan rebah dalam huluran sayang Siti Hadijah?
Bab 1
Bunyi dentuman pintu ditiup angin membuatnya terkejut.
‘Ish, buat orang terkejut aje,’ desisnya sambil mengurut dadanya. Leher bajunya yang terbuka mendedahkan sedikit bahagian dadanya. Segera dibutangkan. Risau sesiapa melihatnya.
Rambutnya yang ikal mayang yang dibiarkan lepas sesekali menyapu matanya. Rimas apabila hujung rambutnya memasuki mulutnya, dia segera mengikat rambutnya.
Dari belakang sepohon pokok sena dihadapan bangunan akademik itu, sepasang mata yang memerhati tingkahlaku gadis itu.
‘cantik,’ bisik pemilik sepasang mata yang dibayangi sepasang cermin mata berkanta yang agak besar.
Dia segera mengatur langkah untuk berlalu apabila menyedari keterlanjurannya memerhatikan gadis pujaannya.
“ Awalnya Hawa sampai kelas,” sapa suatu suara membuatkan gadis itu mendengus kecil.
‘mangkuk hayun ni lagi,’
“ Assalamualaikum, tak awal pun. Kau aje yang lewat,” balas gadis yang dipanggil Hawa itu. Tegas dan tegang. Langsung tiada kemesraan antara mereka.
Lelaki itu ketawa kecil mendengar sindiran bersahaja gadis itu. Dia tersenyum sendiri. Gadis itu membetulkan cermin matanya. Jejaka itu memerhatikan tingkahlaku gadis itu. Tanpa dia sedari, gadis itu sebenarnya kelihatan matang.Bukankah ini satu keajaiban? Hanya kerana kehadiran gadis dari kota metropolitan ini tahun lalu, ianya telah mengubah anak tunggal Dato’ Mokhtar ini kepada remaja yang lebih berguna. Buat seketika dia termenung. Kenangan awal tahun lalu membuatkan dia merasakan keanehan dalam dirinya. Adakah perasaan ini dinamakan cinta?
“ Woi, jalan tak guna mata ke?” jerkahnya terhadap seorang gadis yang baru melintasi ‘kawasannya’. Menjadi kepantangan untuk dia duduk diam apabila melihat pelajar perempuan yang melintasi ‘kawasannya.’
“ Eh, dia buat bodoh pulak,” bebelnya sendiri. Buat setika gadis itu menoleh dan buat seketika juga, dia terpaku. Perkataan yang terpancul keluar dari mulutnya hanya satu, cantik!
Gadis itu tiba-tiba tersenyum melihat reaksi mukanya. Dia jadi serba tak kena.
“ Kau pekak ke?” ajumya sambil menggayakan perwatakan orang pekak. Tiba-tiba senyuman gadis itu mati. Gadis itu segera melangkah kearahnya. Kali ini dia jadi menggelabah. Kenapa? Adakah benar, wujudnya cinta pandang pertama?
Gadis itu segera menanggalkan earphones yang melekat ditelinganya. Matanya difokuskan tepat kearah jejaka itu. Sekilas dia dapat menangkap perkataan yang tersusun kemas pada tag nama lelaki itu. Wan Ahmad Ridhuan Fareez bin Dato’ Wan Ahmad Mokhtar.
“ Apahal kau memekik panggil aku?” aju gadis itu tegas. Bengang dengan tindakan Ridhuan memanggilnya pekak.
“ Kau langgar aku tak reti nak mintak maaf,” balas Ridhuan selamba dan kata-katanya disambut oleh hilai tawa rakan-rakannya, namun tiada siapa mengetahui, jantungnya berdegup kencang apabila berdiri hanya demgam jarak satu meter dari gadis itu. Gugupnya bertambah apabila gadis cantik yang bikin hatinya tidak keruan itu seolah-olah bakal memakannya. Seketika mindanya melayang. Pelbagai andaian yang muncul.
Andaian pertamanya ialah gadis itu bertindak menikamnya menggunakan pedang samurai yang digunakan oleh Ryu seperti dalam cerita Bleach.
Lebih zionis pada andaian keduanya apabila gadis itu memenggal kepalanya seperti askar Jepun dizaman penjajahan mereka di Tanah Melayu dahulu.
“ Aku dah mintak maaflah songek! Kau ni memang ada masalah pendengaran betul,” balas gadis itu selamba. Dalam hati, dia menyumpah sepuasnya. Mangkuk jamban betul!
“ beradablah sikit, tempat orang ni,” balas Ridhuan tidak mahu mengalah. Degupan jantung semakin menggila namun dia cuba bersikap neutral.
Kali ini gadis itu mendekatinya. Tindakan gadis itu membuat dia sedikit bingung dan tertanya-tanya.
Tiba-tiba kolar bajunya ditarik lembut oleh gadis itu. Wajahnya kini hanya satu inci dari wajah gadis itu. Nah, ternyata gadis kota ini sudah biasa bergaul bebas. Kalau tidak, masakan dia berani bertindak untuk mencium aku dikhalayak ramai.
Tidak sempat dia bermonolog sendiri, satu penumbuk singgah di perutnya. Ridhuan menjerit kesakitan.
“ Sorry,” ucap gadis itu sambil berlalu. Padan muka kau!
Ridhuan pantas memanggil gadis itu sambil memanggil gadis itu.
“ Nama kau siapa?”
Gadis itu menoleh. “ Hawaina,”
“Ridhuan masih mahu mengenakan gadis itu.
“ Apa? Hawaii?”
“ Bongek! Nur Hawaina Faizura binti Tan Sri Iskandar,”
Ridhuan tersengih. Gadis itu sudah berlalu.
“ Terima kasih untuk ‘ciuman’ ini Hawaina,” bisiknya sendiri. Lembut tangannya mengusap perutnya. Perit tidak lagi terasa namun satu rasa yang asing singgah di hati. Apakah ini cinta pandang pertama?
“Yang kau gelak sorang-sorang ni kenapa?”
Suara Hawaina mengejutkan Ridhuan dari lamunan.
“ Kau tahu tak?”
“ Tak tahu pun,” balas Hawaina, tidak berminat.
“ Aku sukakan kau,” kata-kata Ridhuan membuat Hawaina mendongak kearahnya.
“ bongok!”
Hawaina selamba mengetuk kepala Ridhuan dengan hujung pennya.
‘ aku tak mampu untuk mencintaimu lebih dari sahabat. Pintu hatiku masih berkunci.Meskipun kau sudah lenguh mengetuknya. Cintaku pada Illahi masih belum utuh.’
Ridhuan tersengih. Malu dengan keterlanjurannya. Dia sedar, Hawaina memang anak kelahiran kota, namun dia penuh ketimuran. Dia boleh dikatakan gadis melayu terakhir diceruk kota itu. Berbicara soal perasaan dengan gadis itu juga harus ada rasa malu. Tak boleh main lepas cakap aje.
‘ Dan aku takkan berhenti menanti kau Hawa,’
Dia nekad, cinta Hawaina wajar menjadi miliknya.
Bab 2
Bunyi pintu dihempas mengejutkan Hawaina yang sedang membelek malas buku teks Biologi tingkatan 5.
‘ Ya Allah, makhluk ni lagi!’
“ Assalamualaikum Hawa,” sapa Ridhuan ramah. Sengaja dia segera memberi salam sebelum dipotong oleh gadis itu.
“ Waalaikummussalam.”
“ Jom, balik dengan aku,” lantang suara Ridhuan. Ajakan itu lebih kepada arahan.
“ Tak nak,” selamba Hawaina menolak pelawaan Ridhuan. Nak ajak pun macam nak berperang!
“ Kenapa?” aju Ridhuan cuba meraih simpati.
Hawaina mencebik. ‘nak aku jujur ke? Kalau aku jujur senang aje jawapan aku. Aku rimas dengan sikap kau!’
“ aku nak balik dengan Papa Mohar,” balasnya.
Ridhuan tersengih. Segera dikeluarkan telefon bimbitnya. Telefon Motorola Luxury Edition itu baru sahaja dibelinya tempoh hari ekoran telefonnya rosak.
Pantas nombor telefon bapa saudaranya dihubungi.
“assalamualaikum,pa,” selamba Ridhuan memanggil lelaki itu dengan panggilan Pa.
“ Waalaikummussalam. Eh Wan, kau salah tekan nombor ni. Ni pakcik lah,” sakat Pak Cik Mohar. Geli hati dengan gelagat Ridhuan. Terdetik hairan dihatinya. Sejak bila Ridhuan menjadi sebegitu cuai.
“ apalah pa ni. Mulai hari ni Wan akan panggil pa… bolehkan?”
“ Kenapa pulak?”
“ Sebab bini saya yang panggil papa, saya pun kena panggil papa jugaklah,”
Ketawa Pakcik Mohar disambut senang hati oleh Ridhuan. Pakcik Mohar mengerti siapa ‘bini’ yang dimaksudkan oleh Ridhuan.
“ Kenapa ya Wan? Ada apa- apa yang boleh Pa bantu?” aju Pakcik Mohar tidak kekok dengan panggilan barunya.
“ Saya nak bawak bini saya keluar. Nak mintak izin lah ni,” selamba Ridhuan menyusun kata. Jelingan Hawaina menyebabkan dia tergelak. Adakah gadis itu tidak senang dia memanggilnya ‘bini’? Argh! Tidak hairanlah jika gadis itu menarik muncung sepanjang ikan todak. Sememangnya gadis itu tidak menyenangi perbuatannya itu.
Selepas tamat berbual dengan Pakcik Mohar, Ridhuan segera menghampiri Hawaina.
“ Jom, papa bagi kau balik dengan aku hari ni,” ujar Ridhuan sambil tersengih. Dia sudah membayangkan keseronokan bersiar-siar dengan gadis manis itu.
Sebenarnya niatnya ikhlas ingin menumpangkan Hawaina pulang dek kerana kasihan melihat kekalutan Pakcik Mohar. Rehat tengah harinya digunakan untuk menjemput Hawaina. Seharian pula berkurung didalam biliknya di pejabat. Sejak dinaikkan pangkat sebagai Pengawai Pemasaran membuatkan Pakcik Mohar semakin sibuk.
Hawaina mencebik mendengar kata-kata Ridhuan. Kalau dia diberi kekuatan untuk membelasah jejaka dihadapannya ini, pasti jejaka itu sudah mati dikerjakan.
Hawaina segera bangkit sambil menjawab, “ Hantar aku sebelum pukul 5 petang,”
Segera langkahnya diatur menuju ke kereta Persona yang dipandu Pakcik Zaman. Melihat lelaki itu menguap keletihan, terdetik rasa kasihan pula dia melihat lelaki berusia awal 40 an itu. Sejak isterinya meninggal dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk terus solo. Sendirian menjaga anak keduanya yang kini menuntut di MRSM Kuala Berang. Anak sulungnya pula baru sahaja mula berkerja sebagai jurutera di High Class Construction SDN. BHD, syarikat kejuruteraan ternama di Semenanjung Malaysia, malah mempunyai cawangannya di luar Negara. Sememangnya lelaki itu wajar dijadikan ikon Bapa Mithali.
“ Pakcik, kita orang nak makan dekat KFC, jom join,” ujar Ridhuan sambil menepuk lembut bahu lelaki itu. Kemesraan antara mereka sudah lama dijalinkan. Sejak hari pertama mereka berkenalan.
“ tak apalah Wan, pakcik ada kerja lagi ni. Lepas tinggalkan kamu berdua kat Ganu Mall, pakcik nak pergi jemput Dato’. Dia nak keluar dengan Datin hari ni,” terang Pakcik Zaman tanpa dipinta. Ridhuan sekadar mengangguk tanda mengerti.
Hawaina sekadar mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan cara untuk lari dari jejaka itu. Kerimasan menyebabkan otaknya terasa seperti ingin meletup.
Beberapa rancangan telah direncanakan.
Rancangannya yang pertama ialah dia cuba bertindak secara selamba. Beralasan untuk ke tandas sudah memandai untuknya melarikan diri. Namun idea itu terbang melayang apabila dia teringat peristiwa Ridhuan menantinya dipintu biliknya sewaktu mengajaknya keluar.
Rancangan yang kedua agak dramatik apabila dia bercadang untuk berpura-pura dipaksa oleh Ridhuan untuk mengikutnya. Alah, ala-ala kena dera. Tapi rancangan itu mati disitu juga. Sekiranya Ridhuan dibelasah, alamatnya dia yang perlu merawat lelaki itu. Itu macam serah diri pulak!
Rancangan ketiga agak agresif kerana dia merancang untuk bertindak memukul Ridhuan sekiranya dia dikejar. Namun, rancangan itu membuatkan dia tersenyum sendiri.
‘ Kang, aku dikatakan sebagai perempuan gila pula,’ bisiknya.
Ridhuan pula melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Adakah wajar dia berbicara tentang hati dengan gadis manis ini hari ini? Atau guna peluang ini untuk mengeratkan hubungan mereka?
Perlahan keluhannya dilepaskan. Terasa sangat berat untuk menggantikan karbon dioksida dengan oksigen yang baru. Paru-parunya terasa sukar untuk melakukan rutinnya. Hatinya terasa pedih. Adakah benar kata Mama, dia sudah dilamun cinta?
Setibanya di Ganu Mall, langkahnya diatur menurut langkah Ridhuan.
“Hawa, jom pilih baju,”
Hawaina mengangguk. Biarlah, tu duit dia. Aku ok aje, desisnya.
Blaus berwarna merah jambu yang dihulurkan oleh Ridhuan dicapai. Hawaina sendiri memuji pilihan Ridhuan itu cantik. Memang anak mak betul dia ni, desis Hawaina.
“ Please , try it first,” pinta Ridhuan.
Hawaina hanya menurut.
Seketika gadis itu keluar dari bilik persalinan. Buat seketika Ridhuan terpaku. Cantik! Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Apalagi yang sesuai untuk memuji gadis manis itu? Ya, manis. Walaupun hanya bertocang satu ekor kuda, dia tampak manis.
“ ok , we’re going to pay for it,” ujar Ridhuan. Hawaina sekadar tersenyum. Dia sebenarnya kepenatan namun sebagai sepupu Ridhuan, dia tidak mahu mengecewakan jejaka itu.
Langkah mereka diatur menuju ke eskelator. Sengaja Ridhuan mengejar langkah Hawaina. Namun baru sahaja ingin menyamai langkah Hawaina, gadis itu berhenti secara mengejut.
“ Kita singgah sini kejap,” ujar Hawaina sambil mengatur langkahnya ke kedai alat komunikasi itu.
“ Cantik tak model tu?” aju Hawaina sambil menunjuk kearah telefon model terbaru itu.
Ridhuan mengangguk. Elegant and stylish, bisiknya.
Hawaina menumpukan sepenuhnya pandangannya pada sebuah model terbaru Nokia. Ternyata model itu menarik minatnya. Namun buat seketika dia tersedar. Telefon pemberian papanya masih elok lagi. Telefon Nokia 5302 itu masih gah untuk digayakan.
“ Tak apalah,jom pergi KFC,” kata Hawaina sambil memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket seluar Levi’snya.
“ Tak nak beli ke Hawa? Cantiklah telefon tu,” aju Ridhuan.
“ Tak apalah. Lain kali aje,” Ridhuan memandang Hawaina mencari kepastian. Dia sedar, bukan masalah kewangan yang menjadi masalah pada Hawaina namun sikap berhematnya dalam berbelanja membuatkan dia tidak mudah mengikut nafsu.
“ erm… aku bukan apa, hand phone kau tu dah agak kuno kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain. At least, you can have a new one,” telus Ridhuan berbicara. Hawaina tersenyum. Dia sedar perkara itu tetapi biarlah. Itu bukanlah perkara penting.
“ Aku tak kisah Wan. I use this hand phone to contact family, friends, relatives, and maybe teachers, only. At least I do have one, compared with others that doesn’t a chance to have even cents,” ujar Hawaina sambil tersenyum. Ridhuan turut tersenyum. Sememangnya gadis itu sangar cantik. Cantik rupa paras, dan dan akhlak. Kali ini Ridhuan nekad, telefon bimbit model terbaru itu ajan menjadi hadiah ulangtahun Hawaina tahun ini.
Memandangkan hari lahir Hawaina jatuh pada Ahad minggu hadapan, itu membuat Ridhuan menyimpan kukuh azam itu.
Bab 3
“Sayang, nak makan apa?” aju Hawaina tanpa menoleh. Matanya khusyuk memerhatikan satu persatu menu yang ada. Ridhuan terpana. ‘Heard that? She called me Sayang! Can you believe that?’ soraknya dalam hati. Namun belum sempat lagi Ridhuan menjawab pertanyaan Hawaina, Ridhuan terus mematikan niatnya apabila mendengar suara Hawaina.
“ Eqlas, akak tanya ni… Las nak makan apa sa…?” kata-kata Hawaina terhenti apaila menyedari yang berdiri disisinya ialah RIDHUAN!
Ridhuan tersengih. Hampeh! Buat aku perasaan aje. Nasib aku tak jawab, kalau tak buat jatuh saham aku aje.
Hawaina tersengih. Mungkin kerana pada kebiasaannya dia menemani adiknya Eqlas pada setiap hujung minggu ke restoran makanan segera itu. Hawaina sedar, dia sudah mula merindui keluarganya.
“ Wan, semua Cheesy Wedges ni aku punya. Jangan mengada nak,” tegas Hawaina. Sudah menjadi hobinya menguasai hak memakan Cheesy Wedges seorang diri. Hal itu yang menyebabkan Eqlas memanggilnya ‘Hantu Keju’.
Buat seketika hatinya digeletek rasa geli hati apabila teringatkan kerenah adaik bongsunya itu. Walaupun sudah berusia empat belas tahun, namun sikap keanak-anakannya masih terserlah.
Ridhuan pula hanyut dalam angannya. Apakah Hawaina sudah mempunyai pacar? Lantas jika ada, kenapa Hawaina tidak pernah menceritakan tentangnya? Namun, jika Hawaina masih belum berpunya, mengapa tembok hatinya sukar sekali dibolosi?
Mindanya sendiri pusing memikirkannya. Entah-entah Hawaina seorang LESBIAN? Tidak, mintak jauh! Kang melepas aku nanti, desisnya.
Namun pantas pula hatinya diketuk geli hati. Kenapa dia senang sekali menyukai gadis itu walhal dia mereka baru berkenalan rapat beberapa bulan lalu.
“ Hawa,kau ada pakwe?” aju Ridhuan selamba. Sebenarnya dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa kecutnya dirinya ketika itu.
“ Ada,” ringkas jawapannya. Hawaina masih menikmati ayam goreng yang dipesannya sebentar tadi.
“ Serius?”
Hawaina mengangguk.
“ Pokwo Wei, pakcik aku sebelah mama aku,” Hawaina mengangkat mukanya menghadap Ridhuan.
“I’m not interest in love yet,”
Hawaina tahu maksud Ridhuan. Dia sengaja berpura-pura. Baginya, perasaan suka tak sepatutnya ditunjukkan secara terang-terangan. Tak macho gitu!
Selesai menunaikan solat isyak, Hawaina mendekati balkoni, Kini minda Hawaina kembali menerawang. Kerinduannya terhadap keluarganya sudah tidak dapat dibendung lagi. Andai dia lupa di mana dia kini berada, sudah pasti dia akan meraung kesayuan.
Bukannya dia sanggup berpisah dengan keluarganya namun keadaan yang memaksanya. Kadang-kadang dia buntu dengan tingkahlaku dan layanan mama terhadapnya. Mengapa harus dia disalahkan jika Papa mencari teman baru? Baginya wajar jika ada insan lain wujud dihati papa. Mama yang memulakan semua ini. Mama!
Dia mengeluh kecil. Kata-kata mama masih terngiang ditelinganya.
“ Kau dengan ayah kau sama aje. Kalau bukan sebab kau, kakak kau putus tunang. Kau yang menggatal dengan si Zulfekar tu. Ayah kau tu pun menggatal dengan bini orang,”
Perit untuk menelan kata-kata itu. Sampai hati mama! Aku tak pernah menyukai si gatal itu malah membencinya. Mana mungkin aku mendampinginya?’
Kak Dina harus dihubungi!
Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Hawaina. Melihat nama yang tertera di skrin telefonnya membuat Hawaina tersenyum.
“ I need the whole explation from you, dear,” ujar Hawaina.
Hawaina yakin ada sebab mengapa pertunangan kakaknya diputuskan.
“ Hawa, akak tau Hawa risau. Bukan niat akak nak buat Hawa risau tapi adik, dah ketentuan Tuhan pertunangan kita putus. Nasib baik putus sekarang, kalau dah kahwin nak bercerai, lagi teruk,” adu Hardina.
“ Hawa… kak baru sedar selama ini Zul tak pernah cintakan akak. Dia sengaja pinang akak untuk pisahkan akak dengan Im. Dia Cuma nak balas dendam kat Im sebab Im dapat miliki hati akak dan menyebabkan dia dipandang rendah oleh rakan-rakannya. Dia bertaruh untuk dapatkan akak supaya dia dapat malukan Im. Sekarang dia dah ada perempuan lain,” sambung Hardina.
Hawaina sekadar mengangguk. Walaupun dia tahu kakaknya tidak melihatnya. Dia sendiri sedar dengan sikap Zulfekar. Jika benar dia ikhlas mencintai Hardina, mengapa dia sanggup menipu Hardina semata-mata ingin keluar bersama dengannya. Sememangnya buaya itu miang, lebih miang dari daun keladi!
“ Hawa… akak harap Hawa dapat terangkan pada Mama. Akak berharap pada Hawa,” permintaan Hardina seumpama hukuman untuk Hawaina. Berbincang secara terus dengan mama seumpama menyerahkan kepala untuk dipancung. Hawaina mengeluh sendiri. Hardina tidak memahami situasinya.
Bab 4
Hawaina merasakan dahinya terlalu kebas. Suhu badannya meningkat sejak semalam. Dia demam!
Langkahnya diatur longlai menuju ke bilik air. Sengaja digagahi kudratnya untuk bangun. Baginya demam bukan alas an untuk meninggalkan sesi persekolahan.
Selesai mandi, dia segera mendapatkan pakaian. Kawajiban harus dijalankan secepat mungkin. Telekung sembahyang dicapai dna sejadah dihamparkan. Dia tenggelam dalam kesyahduan menghadap Illahi.
Kedinginan air yang mencucuri badannya masih terasa meskipun dia sudah menuruni tangga.
“ Selamat pagi sayang,” sapa Mama Rohaida, isteri Papa Mohar.
“ Selamat pagi mama,” sahut Hawaina ceria.
Hawaina terus merapati wanita berusia tiga puluh sembilan itu. Hasil perkongsian hidup dengan Papa Mohar, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini belajar di UNISEL dalam jurusan pengurusan perniagaan. Erman namanya. Dia baru berusia 20 tahun. Hawaina tersenyum sendiri.
Bukakah jejaka itu suka mengusiknya? Namun Hawaina tahu, Erman sangat menyayanginya seperti adik sendiri. Hawaina tersentak apabila dahinya disentuh lembut.
“ Sayang demam kan? Tak payah pergi sekolah lah,” ujar Mama Rohaida prihatin. Hawaina tersenyum.
“ Tak apalah mama. Hawa kena ambil nota, minggu depan exam,”balas Hawaina. Memikirkan hari ini merupakan hari Jumaat, dia kuatkan semangat untuk ke sekolah.
Puan Rohaida sekadar mengangguk. Dia kenal benar Hawaina. Gadis itu sukar dipujuk.
Kehadiran guru muda itu ke dewan membuatkan Hawaina mencebik dalam hati, namun dia membuat muka selamba.
“ Boleh saya jumpa Hawaina Faizura?” suara Cikgu Fahim itu menarik beberapa pasang mata memandang Hawaina yang mendagu di tangga pentas. Hawaina tidak mengendahkannya. Apalah masalah pakcik ni? Seingatnya baru sahaja dua tiga hari yang lepas dia mengenakan guru muda itu. Akibatnya, dia terpaksa pulang kerumah dalam keadaan basah lencun.
“ Hawaina?” sapa Fahim mengejutkan Hawaina.
“ Ya cikgu, ada apa?” aju Hawaina, malas. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meninggalkan guru muda itu.
“ Hawa tak sihat ke?” aju Fahim sambil meraba dahi Hawaina.
“ Saya sihat aje,” jawab Hawaina sambil menepis kasar tangan Fahim.
“ Saya sibuk ada kerja. Saya minta diri dulu, assalamualaikum,” pantas Hawaina menyambung. Dia bingkas menuju ke pintu keluar. Dia rimas didekati guru muda itu. Memang lelaki itu punyai pakej yang agak sempurna namun dia seusia dengan kakaknya sendiri. Gila kalau dia menerima lelaki itu!
Kelibat Ridhuan dicarinya. Awal-awal lagi Ridhuan sudah memaklumkan padanya bahawa mereka akan pulang bersama. Melihat jarum jam sudah hampir jam ke angka dua belas, Hawaina semakin tidak sabar untuk pulang kerumah. Namun tiba-tiba matanya kabur. Dia tidak sempat menoleh apabila mendengar namanya dipanggil sebaliknya rebah disitu.
Fahim tidak mengendahkan jeritan pelajar-pelajar sebaliknya terus mendekati tubuh Hawaina yang terkujur lemah diatas lantai.
“ Cikgu, angkatlah Hawa tu. Bawak ke hospital,” suara Diana, rakan baik Hawaina memecahkan keriuhan yang berlaku. Dalam kekabutan itu, Fahim terus bertindak mendukung Hawaina.
Tingkahlakunya diperhatikan sepasang mata yang redup. Hati siapa tidak tersentuh andai gadis yang dicintai didukung seorang lelaki asing?
Jejaka itu terus meninggalkan kumpulan pelajar itu.
“ Cikgu, saya nak ikut,” pinta Ridhuan. Fahim mengangguk. Dia sedar, Ridhuan lebih rapat dengan Hawaina.
Sepanjang perjalanan, Ridhuan lebih banyak menoleh ke belakang melihat Hawaina. Perjalanan itu hanya memakan masa lima belas minit dari Sekolah Menengah Elit Bestari Besut (SMEBB) ke Hospital Besar Besut.
Ridhuan merungut dalam hati. Dia sendiri melihat tindakan Fahim meraba dahi Hawaina. Dia sendiri bengang. Tindakan Ridhuan mendukung Hawaina juga membuat hatinya bagai dirobek.
“ Ridhuan, apa hubungan awak dengan Hawaina?” aju Fahim mmecahkan kesunyian.
“ Sepupu,” ringkas jawapan Ridhuan.
“ Tak lebih?”
Ridhuan memandang tepat kearah Fahim. Penyibuk!
“ Hawa tak bersedia untuk sebarang hubungan. Cuma dia tak rimas dengan saya macam dia rimas dengan cikgu,” sindir Ridhuan. Padan muka kau cikgu!
Selesai mendaftarkan Hawaina kedalam wad, Fahim dan Ridhuan menyiapkan diri untuk menunaikan fardu kifayah, solat Jumaat dan fardu ain, solat fardu Zuhur.
Walaupun hati masing-masing berat untuk meninggalkan Hawaina di wad sendirian, namun dikuatkan juga iman untuk beribadat kepada Allah.
Masing-masing juga dengan agenda masing-masing. Mahu menjaga puteri idaman hati.
Bab 5
Melihat Hawaina terbaring lesu, Ridhuan dihambat keresahan. Hawaina mengalami kemurungan yang menyebabkan tekanan darahnya rendah. Sebab itulah dia pengsan. Ridhuan meraup muka.
Dia merasakan bagaikan seorang penjenayah yang dibuktikan bersalah. Hawaina sakit, namun dia tidak menyedarinya.
Tangannya membelai lembut rambut Hawaina. Dia terlalu kasihkan gadis itu kerana wajahnya seiras Dina, cinta pertamanya.
Dina… mungkin sekarang kau sedang berbahagia dengan Zul. Aku tahu, mungkin jodoh kita dah tak ada. Sebab itulah aku cuba buka hati aku untuk orang lain. Dan, Hawaina yang mengusik hatiku. Tapi adakah dia akan menerima aku? Argh! Aku keliru. Adakah aku benar-benar mencintai Hawaina atau aku sekadar melepaskan kerinduan aku pada Dina? Fahim memejamkan matanya rapat.
Bunyi berdehem membuatkan Fahim membuka matanya.
“ Saya harap cikgu tolong jangan ganggu Hawa. Dia tak sukakan cikgu, faham?” tegas Ridhuan. Dia harus berdepan dengan guru muda itu.
“ Saya cintakan dia. Tolong jangan rampas dia daripada saya. Dia terlalu muda untuk cikgu. Beza usia cikgu dengan kami bukan setahun dua tapi, tujuh tahun. She’s not belong with you,” Ridhuan lebih membentak. Dia mendekati Hawaina sambil mencapai lembut tangan Hawaina.
Fahim tersenyum. Dia sedar tentang perasaan cinta yang wujud dalam hati Ridhuan, namun tiada cinta yang wujud dalam mata Hawaina. Ridhuan juga mengetahuinya.
“ Tolong jangan ganggu kami,”
Fahim mencapai tali lehernya. Dia merapikan diri untuk pulang.
“ Ridhuan, tak jantan kalau menang tanpa bertanding,” sindir Fahim.
Ridhuan tersenyum. Itu cabaran, bukan?
“ Dan tak jantan kalau menyerah sebelum kalah,” sambung Fahim sambil membuka pintu wad yang menempatkan Hawaina.
“ Kita lawan,” putus Fahim sambil mengangkat tangan. Ridhuan mengangguk. Ya, kita lawan.
Persembahan daripada Wan Farid yang mewakili tingkatan tiga itu benar-benar memukau. Lontaran suaranya menggoncangkan jantung gadis-gadis yang mendengarnya.
“seterusnya kami menjemput Ridhuan Fareez untuk mempersembahkan nyanyiannya,” suara serak basah Fateen Nadia, pemenang anugerah PERANTA sebagai pendeklamasi sajak terbaik itu membuatkan Ridhuan berdebar.
Dia melangkah penuh keyakinan menuju ke pentas. ‘this is for you, Hawaina,’ azam Ridhuan.
Ridhuan melabuhkan punggungnya dikerusi bulat yang tersedia diatas pentas. Beberapa kali dia membetulkan tempat duduknya. Mikrofon didekatkan supaya suaranya jelas. Dia membetukkan letak gitar akustiknya.
“ Lagu ini saya nyanyikan khas untuk gadis yang teristimewa dihati saya,” ujar Ridhuan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan bersorak.
“ Marlia! Marlia! Marlia!” suara yang bingit bersorak menyebut nama pelajar perempuan kelas 5 Bahtiar membuat Ridhuan tersenyum sendiri. Gila dia kalau dia menyukai gadis bersifat hantu tu!
“ Hawaina Faizura, saya cintakan awak,”
Andainya kau jadi milikku,
Selalu ku nyanyikan lagu rindu…
Andainya kau dan aku bersatu,
Dunia ini berseri selalu…
Ku ingin dirimu dekat dihatiku,
Berdua kita kan raih bahagia,
Ku ingin dirimu turut merasa rasa rindu tuk menatap matamu,
Menatap matamu….
Ridhuan menyudahkan nyanyiannya dengan sorakan para penonton. Hawaina tergaman.
‘Gila ke apa mamat ni?’ bisik hati Hawaina. Baginya, lagu dendangan Aril itu hanyalah angan-angan Ridhuan. Tiada cinta yang wujud dihatinya. Dia sekadar memberikan reaksi selamba. Dia tidak mahu menunjukkan betapa dia terkejut dengan tindakan mereka.
“Saya jugak nak buat persembahan malam ni,” suara Fahim telah memecahkan suasana.
Semua pelajar bersorak keghairahan. Semuanya tidak mahu terlepas persembahan istimewa dari guru muda yang pernah memenangi pertandingan Suara Hati anjuran Zaid Muhaidin, penyanyi indie Malaysia.
“ Lagu ini khas untuk Hawaina, gadis paling istimewa dalam hidup saya,” kata-kata Fahim disahut dengan sorakan gemuruh daripada barisan guru-guru pula. Mungkin masing-masing terkejut dengan kata-kata Fahim yang lebih kepada pengakuan cinta.
Aku pernah mencinta,
Gadis sepertimu…
Namun tak lama bercinta,
Putus pula…
Ku bawa hatiku yang lara kesini…
Kelembah tiada ku kenali…
Ku mencari ketenangan abadi,
Untuk membimbing aku…
Namun kau pula hadir dalam hidup,
Dan ku mencintaimu pula...
“ Aku cintamu sayang… aku cintakanmu Hawaina,” Fahim menyudahkan nyanyiannya. Kali ini Hawaina sudah berdiri dihadapan pentas. Dia merungut sendiri.
‘mesti semua ingat aku suka menggoda, benci betul aku kat mamat-mamat ni!’ rungutnya.
“ Saya nak buat persembahan penutup,” lantang Hawaina bersuara.
Dia segera menaiki anak tangga pentas. Langkahnya masih teratur. Walaupun hatinya sedang menyumpah seranah Fahim dan Ridhuan.
Stop! Jangan buang waktu…
Stop! Kau tahu aku memang tak mahu…
Menerimamu untukmu jadi belahan jiwaku,
Menjadikanku dewa paras siang dan malammu,
Berhenti…
Berhentilah mengharapkan aku,
Sempurnakan hidupmu,
Ceriakan hari-harimu…
Berhentilah aku tak seindah,
Rayuan manismu…
Sungguh aku tak sehebat itu..
“ Please stop making a fuss. No love for you, guys. Leave me alone,” ujar Hawaina sambil melarikan diri kebelakang pentas. Dia sedang ketakutan. Takut mengecewakan orang lain. Takut untuk kecewa. Takut untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Takut perkara silamnya berulang. Takut untuk berdepan hari-hari mendatang.