Apakah itu kanser
servik?
Kanser pangkal rahim. Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim
yang bersambung dengan vagina. Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara
luarbiasa.
Ia boleh terbahagi
kepada :
·
Peringkat awal
Berlaku di
sekitar servik
·
Peringkat lewat
Merebak ke
tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
seperti paru-paru
melalui sistem aliran darah
Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan
wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan
terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari
setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini. 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua
kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser
servik. 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser
di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab
kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar
tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh
dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor
berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
·
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana
faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.
Adakah anda
mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu
daripada gejala berikut:
·
Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan
haid)
·
Perdarahan yang banyak
·
Perdarahan yang berpanjangan
·
Perdarahan di antara haid
·
Sakit
·
Kehadiran darah beku
·
Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
·
Sakit semasa hubungan seksual
·
Perdarahan dari vagina selepas putus haid
·
Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
·
Berbau
·
Bercampur darah
Bolehkah kanser
pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Ø
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk
terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Ø
Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk
seseorang itu diserang kanser.
Ø
Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan
wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
Ø
Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di
servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai
'dysplasia')
Ø
Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui
ujian pap smear
Apakah ujian yang
mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor
akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya
"invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
·
Full blood count
·
Liver function test
·
Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk
mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang
disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan
pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
·
Pembedahan
·
Radioterapi
·
Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang
dikesan.
Bagaimana untuk
mencegah kanser pangkal rahim?
·
Mencegah lebih baik dari merawat.
·
Amalkan cara hidup yang sihat.
·
Setia pada pasangan anda.
·
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
·
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap
smear, jika masih belum dilakukan lagi.
More info, do visit this.