PUASA
Edisi: dulu vs sekarang
Assalamua’laikum…
Muhasabah diri sempena bulan mulia lagi penuh barakah
Selamat menyambut bulan puasa almubarak
Alhamdulillah, tahun ni aku masih mampu dan mendapat peluang menunaikan ibadah puasa disamping solat tarawih. Dan yang paling special about puasa tahun ni is aku dapat berpuasa kat rumah. Dah almost 8 tahun aku berpuasa kat sekolah, kat kolej and 0so kat U… syukur..
Teringat kenangan dulu-dulu. Time tue aku baru 5 @ 6 tahun. Arwah nenek (aku panggil Wan) selalu bawak aku gi semayang terawih kat surau atau masjid. Kalau takde kereta kami jalan kaki. Abang-abang aku (along,ngah and cik) pon join sama.
Aku selalu dok sebelah Wan dalam saf and kadang-kadang ada gak makcik yang soh aku dok belakang sebab dia cakap aku kecik lagi. Bila start solat terawih, Wan akan cakap “2 rakaat tau”. Then aku angguk paham. Masuk rakaat ke-5 aku da start malas-malas bangun. Tapi Wan akan jelling (kalau aku dok jauh dari dia) dengan bawak isyarat supaya aku bangun solat. Dengan tak ikhlasnye aku bangun solat. Hehe! Aku selalu tanya Wan, bape rakaat lagi tinggal, da solat witir ke belom. Mula-mula Wan jawab gak tapi lama-lama Wan bagi lagi isyarat mata, tanda soh diam and ikut. Lol!
Habes terawih, lipat2 kain semayang terus aku terpacak kat tempat orang letak makanan. Dulu-dulu kat masjid kampong aku ade jew orang sponsor Moreh (makanan lepas solat terawih-yang aku paham laa). Biasa laa budak-budak lagi time tue. Amek kuih 2,3 biji balik umah.
Tapi tue dulu..
Sekarang banyak dah benda berubah. Antara yang paling ketara adalah aku makin besar! (^_^)\/
Tahun ni masuk tahun ke-5 tanpa Wan dan tahun ke-8 tanpa Abah… -.-
Tahun nie aku gi solat terawih ngan adik bongsu aku (my sis n other bro dok hostel). Kalau aku malas drive kete aku soh jew dak kecik tue bonceng aku ngan moto. Masuk masjid, dah tak janggal dok saf depan sebab aku da dewasa (ye ke??). kalau kecik2 dulu aku mintak nak ‘berehat’ tak mau solat sekarang da tak. Alhamdulillah.
Trend budak-budak terjerit-jerit, kejar-kejar still ada tapi da takde orang yang nak atau berani tegur. Sebab kalau kita jelling budak2 nie, mak bapak diorang awal2 lagi jelling kat kita. (tak semua yea..)
Habes solat terawih, no more Moreh kat masjid. mungkin masalah kenaikan harga barang. =P
Dulu dan kini sangat jauh berbeza walaupun xsampai dua dekad lagi. rindu lak pada masa itu…
Wallahua’llam..
RA: mencari keberkatan Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan