Selasa, 19 Oktober 2010

pulau sibu....


SALAM AND SALAM SEJAHTERA

Program: Keindahan Batu Karang Pulau Sibu

Tempat: Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu Mersing, Johor

Tarikh: 15-17 Oktober 2010

Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup aku. Kenangan yang tidak akan dilupakan malah menjadi memori terindah dalam kotak ingatan aku. Kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Sibu malah kali pertama bertandang ke negeri Johor (seingat aku laa~).

Sebenarnya aku ada terdengar ura-uar mengatakan pulau tue tidak seindah yang digambarkan. Namun, perasaan teruja untuk melihat sendiri PULAU SIBU membawa aku ke sana

….keindahan batu karang Pulau Sibu….

Di sini aku coretkan rutin kami sepanjang program berjalan

Jumaat October 15, 2010

Jam 1.13 a.m. kami bertolak dari UKM Bangi dengan menaiki dua buah bas UKM. Aku hanya tidur (walaupun kadang-kadang terjaga) sepanjang perjalanan sehingga kami berhenti di R&R (lupa nama) kira-kira jam 4.10 a.m. Setengah jam berhenti menikmati air milo panas bagi menghilangkan rasa sejuk kami meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 6.00 a.m. kami berhenti solat Subuh. Dan tidak lama kemudian kami sampai ke Jeti Tanjung Leman. Jam 8.54 a.m. kami menaiki bot menuju ke Pulau Sibu. Pulau Sibu….here I come!!! Sepanjang berada di atas bot, hanya perkataan SUBHANALLAH, indahnya ciptaan yang Esa mampu aku ucapkan. Pulau-pulau yang cantik, pemandangan waktu pagi yang sangat indah, matahari yang kian memancar membuatkan aku sangat teruja. CANTIK! Perjalanan kami memakan masa hamper satu jam setengah. Jam 10.30 a.m. kami tibe ke destinasi yang di tuju iaitu Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu. Memang indah! Pulau yang cantik,hey! (nyanyi lagu Bukit yang cantik). Ketika menghampiri pulau tersebut, bot yang kami naiki berhenti. Rupa-rupanya ada masalah enjin. Dan bot yang kedua menunda bot kami menghampiri pantai. Kami terpaksa menaiki bot kecil untuk ke pantai kerana air yang cetek. Then Berjaya sampai ke pulau!yay!

Kami di beri taklimat serba ringkas mengenai pulau tersebut beserta pantang larang yang perlu kami patuhi. Kami menginap di chalet yang ada. Walau keadaan chalet tidak selesa namun kami bersyukur. At least tak payah dirikan khemah! Balik berehat dan kami menolong krew2 MT menyediakan makanan tengahari.

Selepas makan tengahari, aktiviti bermula. First aktiviti adalah ICE-BREAKING! Aktivitinya ialah tukar barang sambil berkenalan. Kemudian kami memulakan aktiviti berkumpulan. Kumpulan aku adalah kumpulan 3 yang di beri nama KAYU BALAK! Ahli terdiri dari abang faridie, syamim, asma, kak jue,V, Khoiri dan aku sendiri. Kami diberi masa setengah jam untuk mencipta sebuah Gadget. Kumpulan aku memilih untuk membuat lastik serba guna.

Petangnya adalah aktiviti yang dikendalikan oleh abang Yan and the gang. WATER CONFIDENT dan LATIHAN snorkeling. Dan kami di beri kebebasan untuk mandi-manda.

Malamnya, aktiviti Unggun Api 1 bermula. Setiap kumpulan harus present sebuah persembahan dan kumpulan kami memilih sketsa SYURGA DAN NERAKA!. Berbagai aksi dapt dilihat. Ada ynag best, kelakar dan ada yang menghiburkan.

~TIDO~

Sabtu October 15, 2010

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diconduct oleh KA sendiri dengan step yang macam2 dan pelik! Kemudian kami menuju ke tempat snorkeling yang mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan aku kumpulan kedua. Sementara menunggu giliran, aku dan azni mandi di gigi air. Tiba giliran kami, Din membawa kami ke tempat yang agak jauh dari pantai. MENAKJUBKAN! Kali pertama dalam hidup dapat snorkeling dan melihat sendiri keINDAHan BATU KARANG. Cantik sangat! Tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Kami juga dapat melihat satu pot choral yang sangat cantik dan ikan-ikan like NEMO berkejaran. Rasa tak mau naik!

After that, kami di bawa berjalan sekeliling kampong oleh abang Didek (tak tahu betul tak eja nama). Tak sangka rupa-rupanya kat pulau tue ada sekolah, rumah orang, masjid, kedai dan binatang yang dibela. Haaaaaaa~ kagum kan! Singgah di kedai untuk menikmati ABC. Sepanjang perjalanan mata aku tak pernah lepas menikamati setiap penjuru pulau tersebut. Memang cantek!

Petang nye, selepas solat zohor dan makan tengahari kira-kira jam 2 p.m. kami menuju ke lokasi abseiling. Dekat-dekat resort tue jugak. Sebenarnya aku agak nervous. Walaupun ketinggian nya tak laa tinggi sangat tapi aku nervous gak! Tunggu punya tunggu akhirnya aku Berjaya men’culik’ hardness dari Mr Fido Dido. Dengan excited dalam nervous aku memanjat bukit untuk memulakan misi abseiling kali pertama aku. Sementara menuggu giliran turun kami berborak-borak. Dan hapir giliran aku, hujan renyai-renyai mulai turun. Semakin lebat dan aktiviti terpaksa di stop kan kerana aspek keselamatan. Takut tali basah, licin. Walaupun agak frust tapi tue da takdir. Nak wat camne. Kami terpaksa menunggu esok harinya. Bagi menghilangkan rasa frust tak dapat abseiling aku join peserta lain bermain bola tampar pantai. ( mr Fido Dido said dia expect my 1st ball tak kan lepas..tp…my ball lepas and dia teruja..hehehee~). Kami bermain dengan HORRORnya. Mana tak nye bila sebelah gelanggang ada 8 pemain. Kelam kabut kejar bola yang tak tentu arah perginye di sebabkan ke’expert’an kami bermain. Hujan makin lebat dan kami berlarian balik ke bilik. Mandi then tid0!

Malamnye, aktiviti UNGGUN API 2 beserta BBQ berlangsung. Kami makan di tepi unggun api sambil bercerita. Ada yang enjoy berkaraoke. Aku dan Mr Fido Dido decide untuk lepak kat tepi pantai sambil bercerita. Macam-macam topic kami bualkan. Ada yang sedih, ada yang happy dan kami nyanyi duet. Ada lagu yang lupa lirik. It’s such a nice nite! Kami tengok bintang. Best sangat. Ikut perancangan asal, kami nak makan Maggie sambil lepak sesame tapi disebabkan kemalasan kami duduk jew. Still..its a memorable. Till 2 a.m. something kami balik then tido~

Ahad October 17, 2010

Hari terakhir berada di pulau. Cepat jew masa berlalu. Rasa baru jew kami sampai. Selepas sarapan pagi geng yang tak sempat abseiling menuju ke tempat abseiling. Sangat teruja ditambah dengan rasa takut yang amat sangat. Time kaki aku mula menuruni batu-batuan bukit, aku sempat piker adakah itu terbaik untuk aku.(huhu..macam keputusan penting jew). Dan akhirnya aku sampai ke bawah dengan selamat. Syukur! Jam 10.45 a.m. sumer da Berjaya turun dan kami pulang ke resort untuk berkemas dan siap sedia nak balik.

Berat rasa hati nak tinggalkan pulau yang sangat indah ni. Jam 12.31 noon, kami bertolak menaiki bot menuju ke Jeti Tanjung Leman. Ombak hari tue sangat sangat bergelora dan kadang-kadang wat aku piker yang bukan-bukan. 1.30 p.m. kami sampai ke jeti dan jam 2.30 p.m. kami bertolak pulang menaiki bas. Jam 9.29 p.m. kami tiba di UKM Bangi.

Syukur..semua selamat pergi dan kembali.

Conclusion:

Wow! The memorable, unforgettable experience I ever had. Now, I realize that the happiness is not what we feel but we remember…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...