Khamis, 28 April 2011

LOL!

Marry me,mary…

Haaa..special tak tajuk entry. Ni tajuk citer Korea yang direkemenkan oleh my friend. Citer ni best, sangat unik jalan citer dia. Actors ye pon encem2..huhu! (^.^)\/

Boleh dikatakan yang nie citer yang sweet, funny and sangat romantic. Macam tak caya aku dapat habeskan tengok drama nie, its 15 episodes. YAY!!

Ketika entry ni mula ditulis aku sedang menonton episode 13.. and while watching Director Jung-In bercakap, acting, aku mesti teringat mesej beliau..

Sape beliau?

rahsia~

My friend gitau one of the actors lam citer nie looks alike my friend, Mr A. Jadi aku tengok, and double big surprised, they really look alike. Huhu!

Ni mesej yang dianta oleh Mr A:

i watched the poster onli oso shocked..
how to watch the hole drama..
sure i blackout nye kalo tengok..lol
..”

Hahahaa! Sangat kelakar…

And Mr A said that he much handsome compared to that guy. LOL! +_+

This song is composed by Mu Gyul and lyrics by Wi Marry

Hello..hello…hello…

My cute angel

U are always by my side

And..thank you…thank you

It’s the only thing I want to tell u…

Tapi..ni only part lagu tue jew.

Hmm..then end of my entry…

Nite…

p/s:got another 24 hours more to be home~

Selasa, 26 April 2011

my MCF...


Semalam my dearest sister merangkap gad0oh-mate aku call…dengan suara sedih2 versi manja she said wanna tell me something…

Maka bermula laa cerita Mak Cik Fatimah(MCF)…

Alkisah bermula bila MCF and the gang yang join Minggu Bahasa MRSM peringkat Zon Timur balik and terpaksa mengambil kertas exam yang tertangguh. Salah satu subjek yang diorang kena amek is Geografi.

Semalam cikgu subjek tue bagitahu markah yang diorang dapat and MCF got 83%. Lalu cikgu tersebut berkata..

saya tak percaya langsung awak boleh dapat markah nie…

Sebab before this MCF got 70%. and beliau berkata tak logic for MCF to get 83%...APEKAH???

Versi membebel seorang kakak bermula…

Abes…cikgu tue nak budak2 nie asyik dapat 70%. Takpon paling2 naik pon 72% baru logic??? Kalo camtue sume sekolah yang dapat keputusan LOMPATAN SAUJANA tue TAK LOGIK laa…sila amek exam UPSR, PMR, or SPM balik untuk melogikkan result tue…

Ish3…tak patut cikgu tue cakap macam tue…

Maybe pada pandangan beliau my adik in the fifth class.. 3E! tapi, the real is my adik sepatutnya dapat kelas B. disebabkan MCF baru jew pindah dari MRSM Pekan so dia diletakkan kat kelas kedua paling corot.

Kenapa perlu cikgu tue memandang rendah pencapaian student dia? Suppose to she should be proud sebab student dia dapat improve markah exam and got better result. Kalaupon tak nak puji, at least hargai usaha student tue naikkan nama beliau.

And yang paling tak ley terima, MCF just got 83% bukan nya dari 70% dapat 100% ke…peningkatan tue normal kot.

Bila dengar my sis nanges and said cikgu tue anggap dia tak pandai, aku tumpang sedih. I noe my MCF very well…

Hope pasni tak jadi daa macam nie…

To my MCF:

Maybe ur cikgu can’t see ur afford n willingly nak improve ur result tapi do always remember, Allah knows what in our heart is. And also, me n mama..we noe u are our shinny star..

p/s:maaf,entry ni bukan niat untuk mengutuk cikgu tersebut. Sekadar berkongsi kesedihan my MCF. Still respect the don!

akhirnya...



27 April 2011 11.14 a.m.

Assalamualaikum and salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah akhirnya aku masih diberi kesempatan untuk mengambil paper last exam final sem ni…

Lega sangat-sangat…walaupun dalam usaha nak meng’study’kan diri kadang2 terlagha seketika, tapi akhirnya hari nie tiba jua..

Sekarang boleh fikir nak balik…this coming Friday with him..

My mom pon ciap majok2 bila aku gitau aku tak balik pas exam aritue…huhu! Sian mama..

Tapi…

Bila piker bout my result yang bakal dapat tibe2 mood happy slowly gloom…

Pape pon, I’ve tried my best…semoga dipermudahkan oleh-Nya..

Amin~

Akhir kalam (gtew~)…

Selamat tinggal SEM 4 waa Marhaban yaa SHORT SEM!

Isnin, 18 April 2011

rumput dan cinta


Salam ukhwah sumer…

Kali nie ada lagi satu citer nak kongsi. Secara jujurnya citer ni kawan saya bagi bila saya citer about my relationship and this is my very first time to read this story.

It such a great story. Sangat bermakna and bagi kesedaran kat saya sendiri.

Jadi..ape yang baik kita kena kongsi, tak bek kedekut bak kata anak sedara ku…

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Sebagai konklusinye..pe yang aku berjaya amek laa ialah:

- Kita kena hargai pe yang kita ada, pernah kita ada. Hargai ape saje even kita Nampak, tahu n sedar ape yang bukan hak kita lagi bagus dari kita nye. Sebab sebenarnya ape yang kita ada tue pon punya keistimewaan tersendiri yang tidak kelihatan tapi jelas bila bukan lagi hak kita.


moga-moga kita dikalangan mereka yang bersyukur...amin~

Selasa, 12 April 2011

its all about love

salam sumer....

sempena minggu stress se-UKM saya dengan ini ingin berkongsi satu cerita...best lak bila baca. maybe hormon 'nak kawen' datang balik bila stress plus xmo pikir sal next paper...+_+

pape pon..hope uolz enjoy baca kesah nie....

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

p/s:dunia sekarang terlalu obses dengan kecantikan luaran, so kecantikan 'dalaman' tak lagi jadi aset penting..manusia daa lalai~

source: here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...